PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Monday, 7 May 2018

RINTIS 2018 : SITI KHODIJAH


"Apakah karya yg menyembuh dan memulih? Camna nak kurangkan stress pd anak2 autism (khususnya yg mengalami Autism Spectrum Disorder?)." Siti Khodijah cuba mencari jawabnya dgn menghasilkan sebuah instalasi media interaktif yg inklusif, mesra-penghayat, tak membuat penghayat garu kepala sebab tak faham, tak menakutkan & tak menyombong. Instalasi beliau menampilkan enam plet fizikal yg boleh diketuk utk menghasilkan enam nada gamelan. Nada ini diselaraskan dgn spektrum warna cahaya yg menyala bila plet diketuk. Rekaan Siti Khodijah bukan saja menarik dari segi estetika interaktif karya instalasi yg boleh dihayati umum, tetapi juga menyumbang secara langsung kpd terapi anak2 autism. Satu lagi x-faktornya adalah penggunaan gema alat muzik tradisional. Ternyata tradisi dan teknologi, seni dan sains, boleh bertaut utk memberi sumbangan proaktif kpd masyarakat . #pusatpengajianseni #usm #rintis2018 #belasinsan

No comments:

Post a Comment