Saturday 5 May 2018

DARI DOKUMEN KERING KE KEBUN YG HIDUP

Duhai anak2 'rekabentuk & teknologi media baru usm'. 

Suatu ketika dulu, program yg kamu ikuti ini hanyalah dokumen kering yg dibentang dan dipertahankan berkali2 didepan panel org pandai2 sampailah ke peringkat kementerian pengajian tinggi. Naratif yg sama juga berlaku kpd program seni halus nun di seberang laut china selatan di unimas. 

Oleh itu, menjadi saksi kpd transformasi dokumen2 kering kpd kebun2 yg subur, adalah satu nikmat Tuhan yg sgt2 saya syukuri. 

Terima kasih atas sumbangan anda yg amat penting dlm mewajahkan kebun subur ini, merentas segala apa yg mungkin saya pernah jangkakan semasa mengusahakan dokumennya dgn kawan2 dulu. Anda, ibu-bapa anda, para pensyarah, para pentadbir dan seluruh kakitangan yg terlibat, telah menjadi sebahagian dari keluarga pekebun tegar yg telah menyuburkan kebun ini sepanjang 10 tahun lepas.


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...