Monday 4 June 2012

GURU QURAN SAYA

Duhai sang profesor madya universiti taraf APEX, 
macam mana dahsyat pun kamu dengan segala 
problem statements, 
research question,
literature review
theoretical and conceptual framework,
methodology,
mahupun segala deretan anugerah seni
serta penghormatan manusia
juga segala bakat menyakat suka dibuat menyukat dan memukat hormat yang cepat karat
juga segala penyaksian hebat di serata bumi yang sarat hasrat
termasuk peristiwa transit Venus yang bakal  kamu saksi pagi Rabu nanti

Semua itu kerdil, 
jika dibanding dengan berkat ilmu AlQuran
yang diturunkan pada kamu menerusi guru kamu

Ayahanda Saidon

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...