Tuesday 3 January 2012

UDANG RIMAU BAKAR DI PASAR FILIPINA, KOTA KINABALU

Harimau mati tinggalkan belang, udang rimau mati, tinggalkan rasa pada lidah.....Mengaum!
Acara wajib setiap kali ke Kota Kinabalu (KK) adalah menjamah udang bakar, sotong, ketam, kerapu dan yang sewaktu dengannya di Pasar Filipina, Kota Kinabalu. Pengalamannya jauh lebih sedap dari membeli mutiara yang berlambak di tempat yang sama. Selain dari rasanya dan asap dari tempat bakar, harga udang rimau ni juga boleh membuat saya 'nangis'. Tapi saya ke KK setahun sekali, bagus juga menikmati dan menghargai rezeki yang Allah dah kurniakan.

Selain dari udang rimau bakar yang mengaum rasanya, ada rumpai laut cecah asam D.I.Y (do it yourself) yang boleh melelehkan air liur dan air peluh, selain melelehkan jiwa agar mantasbihkan syukur. Juga boleh membuatkan saya lebih menghargai sebuah negeri bernama Sabah.

Sila pilih dan jaga nafsu....
Meja panjang ala 'The Last Supper' untuk setiap gerai, juga boleh pilih...amat demokratik.
Sesudah kejadian
Cecah asam D.I.Y untuk dimakan dengan makanan di bawah ni...
Rumpai laut.
Terima kasihla Fuad Bebit yang tak pernah serik dan jemu bawa saya ke acara wajib ni. 

Terima kasih juga pada rakan-rakan 'pekebun' yang lain, terutama Prof. Madya Dr. Ismail Ibrahim, Dekan Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan lain-lain rakan (Zahimie, Along, Teddy, Fazmi, dll) kerana jemput saya ziarah kebun di UMS, juga makan malam di sebuah restoran makanan laut yang saya tak ingat di mana (layan perut je, macam mana minda nak ingat).  Kebun saya merata negara, begitu juga dengan rakan-rakan dan bekas anak-anak murid. Ini semua rezeki Allah.

Saya doakan anda semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah.

Ada rezeki, saya bertandang lagi.

Balik ke hotel, perlu pastikan agar kebuncitan tidak melepasi piawaian SIRIM.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...