Saturday, 24 January 2015

RE-APPROACHING TRADITIONAL COSMOLOGY & QUANTUM VISUALIZATION (PART 2)

I submit. "Gerak Melindung & Mengasihi" (Loving Protector Motion). These are two composites inspired by a motion-captured image by Nur Zaidi. Nur Zaidi is currently doing his Phd in mapping 'abjad' or Arabic letters through 'gerak' or body movements in a traditional Malay martial art called Silat Titi Sebatang. The lines in the composites were actually traced from moving points (placed on a silat performer body) in space. They were motion captured using multiple cameras. As the points (titik) moved, and viewed from top, they appeared  to form the Arabic letter 'ba' (near enclosed eliptical shape like an ear or a kidney or a seed). 'Ba' is the first letter in the opening of Al-Fatihah, the 'heart' of the Quran. The lines amazingly fit perfectly with the profile contour of a pregnant women. They also appear to envelop and protect a baby as shown below.



Friday, 9 January 2015

TUNDING JARI LAGI!

Adik-adik, ni brader tua nak tanya pada diri sendiri yang banyak defisit, dan adik-adik juga.

Setan (atau segala jenis kejahatan termasuk yang merasuk manusia), kalau dia datang nak buat kerja jahat, adakah dia mengaku dan buat pengumuman besar-besaran? 

"Hey manusia! Aku datang ni, nak buat kerja jahat aku ni! Jeng!jeng!jeng!"

"Mana CNN, mana BNC, mana AlJazeera ni? Ni aku ni, setan, nak buat jahat!"

Selalunya gitu ke modus operandi kejahatan? 

Rasanya tak kot.

Yang sering terjadi, kejahatan datang menyerap senyap-senyap, juga 'menyamar'. 

Janganlah underestimate setan atau hantu jin seangkatan dengannya seperti hantu-hantu kurang IQ dalam beberapa filem popular. Banyak setan ada Phd berderet-deret, bijak-bijak dan licik.

Kalau minda manusia bising berhujah bertekak bertelagah bergasak berperang, lagilah senang dia  buat kerja. Bising (termasuk dalam media perdana dan media sosial),adalah situasi ideal setan utk sukar dikesan. Ia bersembunyi, menyelinap, takda siapa pun perasan, semua rugi. Demi masa, semua rugi.

Gambar berikut adalah salah satu ringkasan visual modus operandi kejahatan setelah menyamar dan melakukan kerja jahatnya.

"Dia yang buat! Ni semua kerja dia! Ni semua angkara dia! Dia yang salah! Dia masalah! Dia jahat! Mari kita kutuk dia!"

Akhirnya semua manusia tuduh-menuduh, tidak nampak kejahatan yang sudah menyerap dalam diri sendiri, hingga semua hidup dalam gelap. 

Kecuali mereka yang DIAM, kerana dalam Diam, hijab fikir dan rasa terbuka, ilusi berhala bentuk hilang, cahaya sedar mudah masuk. Mereka menerima dan menghantar cahayanya untuk disebar dan digema hingga kegelapan (kejahatan) tak boleh beroperasi.

Moh kita buka kesempatan untuk DIAM.


MOH KE KEBUN (LETS GO GARDENING)

Kebun Jiwa Halus kini telah dilengkapi dgn Kebun Rupa, ruang sumber yang sempit jasad tapi lapang minda. Moh (mari) kita berkebun. Lama tak berkebun, minda dan rasa makin menghijab, jiwa jadi keras beku, nafsu jadi kenderaan buta tanpa pemandu. Akhirnya, penat dipukat dan disakat hasrat melarat yang menyendat mengetat urat; dilimpah musiBAH.

Oleh itu, tanah kebun jiwa halus bukan benda, tapi getaran minda dan hati kita semua, yang biar terang disimbah cahaya, dibajak, digembur, dibenih, disiram, dibaja agar tumbuh dalam kitaran hidup yang mensejahterakan segalanya.

Inilah tanah yang tidak boleh dijual-beli-gadai, tidak boleh ditirus menjadi tunggangan nafsu, tidak boleh dirampas, dicuri, direbuti. Inilah tanah yang telah dibekal oleh arwah ayahanda.

Tanahnya bertapak di hati kita semua.

Mari kita yang banyak defisit dan toksid ni sama-sama hijrah kembali ke fitrah, yang menggetarkan kasih tanpa syarat. 

Moh!




Thursday, 8 January 2015

FIX THE PROBLEM, NOT THE BLAME.

Pointing finger is easy. But it does not fix any problem. It only escalates a problem by fixing a blame.


Wednesday, 7 January 2015

HILANG BENTUK DI KUALA (2015)


Dissolution of form, in Kuala Kangsar. In silence, there is a presence. In presence, the shadow ceases, leaving only the source of light.

BENGAWAN SOLO


"Bengawan Solo" yg sesekali dilagukan oleh saya dan puteri bongsu saya Ainina adalah antara lagu yg menyejukkan jiwa saya dan isteri, Rozana. Lagu klasik bila dinyanyikan oleh anak remaja generasi siber, membuka getaran segar dalam diri yg kekadang malu mengaku tua.

Bengawan Solo baru-baru ini timbul kembali dalam radar hidup saya, bukan dalam bentuk lagu, tapi dalam bentuk empat pemuda seniman seni rupa dari Solo Indonesia - Irul, Sonny, Indra dan Wahyu. Pengalamannya , seperti lagu tadi, menyejukkan hati. 

Mereka bertamu di Pulau Pinang untuk berpameran, membina pertautan dan melebarkan pengalaman. Inisiatifnya berputik dari Arina Kiswantoh, bekas penuntut seni halus USM yg pernah mengikuti pengajian di Jogja dalam program pertukaran pelajar. 

Saya bertemu mereka di rumah pensyarah Arina, Dr. Tetriana dan suaminya Hasanul, seorang pelukis. Salam pengenalan saya dengan mereka bermula dgn leteran saya kepada Arina tentang pilihan lokasi atau tempat berpameran. Tempat pameran bukannya neutral, getarannya ditentukan oleh pengemudi dan para penguninya. Leteran bercampur khutbah-jergah saya itu berputar sekitar pentingnya memuliakan hasil titik-peluh (karya) dengan meletakkannya (berpameran) di tempat yang sesuai dengan 'angin' karya. Keadilan adalah meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai, termasuklah karya seni. Saya merasakan angin karya empat pemuda Solo ini tidak sesuai dipamer di tempat yang dipilih. Gitulah lebih kurang kesimpulan leteran saya yang mungkin membuat mereka terkejut beruk dalam sopan bertamu. 

Esoknya saya bawa mereka mengikuti kuliah dan alami jiwa halus keliling Pulau dengan kereta Avanza cabuk saya yang masih setia. Alami alam lebih afdal dari bidaah kata dalam kekangan bilik kuliah yang lebih banyak mengajar berhujah dari berhijrah. Ia juga denai atau laluan yang lebih dekat fitrah jika dibanding dengan ketepuan ruang galeri yang adakalanya amat hanyir dengan bau haloba dan duri persaingan takbor lupa kubor. 

Jika mahu membina ego palsu dan memunafikkan diri, atau mahu beri makan pada saka prasan seniman, itu saya tak minat nak layan. Tapi saya boleh cadangkan beberapa pakar yang berkelayakan untuk dilanggan. Yang boleh saya ikhtiarkan adalah memberi pil biru pencair ilusi bentuk dan rupa untuk mereka cuba menyingkap hijab minda. 

Kuliah alami jiwa halus keliling Pulau bermula dgn rezeki udang sebalik mee serentak elegi Teluk Kumbar ke ekstasi Bukit Genting; silau hartanah di Balik Pulau, merewang di Kelewang, bahang wang Teluk Bahang dan Feringgi, dan diakhiri menjengok saka warisan Kolot-nial di George Town.





Sambil keliling, saya mencerap getar kesenimanan mereka, yang ritma dan nadanya lebih eksistensialis. Tak perlu saya ulas karya-karya mereka. Ada ramai broker kata, kurator-pengator-kolektor-narator dan para dosen bertauliah yang lebih rajin melakukannya.

Beberapa hari selepas kuliah alami, saya jemput mereka bertamu dalam program Kebun Jiwa Halus di Gertak Sanggul, Balik Pulau. Mereka berkhemah semalam di dusun Pak Sarip sambil berpeluang berkebun jiwa halus dengan 25 orang adik remaja yang tercicir. Di dusun ini, mereka tidak dikekang oleh tekanan melakonkan watak seniman. Mereka boleh menjadi diri sendiri, dan saya dapat menimba tempias alami mereka sebagai insan muda di Solo dan di Indonesia. 





Hari ini, malam tadi, mereka bertandang ke rumah teres sewa saya yang kecil. Mereka menghadiahkan beberapa tanda ingatan yg kuat getar saka Jawa sebagai penghargaan. Saya tak minta, tapi terima kasih kerana memberi. Pertemuan, persahabatan dan pertautan adalah rezeki yang amat berharga dan bernilai. Kehadiran anda saja telah meluaskan rezeki saya.

Terima kasih, semoga ketemu lagi.




WATER, IN GRATITUDE

After crying for weeks in sadness, our deeper and higher consciousness gave us a wake up call. Lets take a paradigm shift-return. (Berhijrahlah, demi masa kita.)

This is my seposen (little) reflection on the recent flood disaster that strucked several areas in Malaysia. Also the AirAsia disaster, which is hypothesized as having to do with water too, in a form of clouds. I am also recalling my childhood memory when my late father used to teach me to take ablution (wudhu'). 

Water is known in many spiritual traditions as a sacred medium of cleansing. In abundance, water is taken as a blessing, a medium of life force. It is symbiotically connected to humans in a quantum unity, echoing the ebbs and flows of our collective consciousness. Yet, in blind greed, wrath, anger, hate and contempt that may have inflicted our current collective consciousness, water have also behaved similarly, spilling over and bringing disaster. 

Then again, if we care to shut up and reflect deeper, every flood left myriads of new or fresh beginnings, healing and changing our physical, mental and emotional landscape to synchronize them in a harmonious symbiotic relationship - humans amongst each other and with the environment, full of love, joy, gratitude, happiness and compassion. 

One can start by looking in a calm silence at a pool of clean water as contained in our palms (that may appear in a shape of love); taking a deep breath while giving abundance of gratitude, love and respect, before washing our face with it. Try it. May the force b with us to protect us from future wrath. Peace b upon us.


Al-fatihah for my beloved father-guru, Saidon Noh. Missing him so much. 

ASK AND YOU WILL RECEIVE

Whenever I'm intensely seeking some kind of clarification and affirmation about a particular subject of intetest, what I seek will appear or manifest in an unexpected way, sometimes literally falling onto my lap or in some cases, my hands.

For the past one month, as I was bathing my mentals vibration with topics such as the inner-net, mindfulness, higher consciousness, meditation, higher self, quantum space and higher dimension, and a shifting-return to complimentary learning paradigm that combines both the arts and sciences, akal-naqal, I received five book gifts and bought one at super-cheap price in an unexpected place. 

Stella Chong gave me two books, one on Taoism and another on mindfulness; ex/boss and ex USM VC, Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak gave me one book on education and leadership that he wrote, and a book on the imperative of solidarity between Sunni and Shia muslims. Ch'ng Huckn Teng droped a beautiful coffee table book on CHT. While I was wandering aimlessly at the Lebuh Acheh-Armenian's pasar karat, I bought a book on string theory (ya, quantum physic book in pasar karat, Im not kidding k!)

Thank you to Stella, Tan Sri Dzul and Ch'ng for the precious gifts. Real wealth is abundance of love, joy, happiness and peace in gratitude. Most of which through genuine friendship and strong quantum connectivity with other people. 

Poor people have to 'buy' everything, including love, respect, honor and friendship.  Rich people (that is, their hearts), earn these naturally. Thats my take on being rich and poor. 

So, next time when you want something so bad, don't bitch, ditch or complain about not getting. Don't linger on pointing fingers. Don't expect you can buy everything. Instead, concentrate on internalizing the experience of feeling happy and full of gratitude as you imagine getting what you want. It will come to you without force or much resistance.






HIJRAH KEBUN RUPA

Arwah ayahanda pernah pesan melalui kuliah keluarga, "hidup ni macam penyewa yang menumpang, kita pinjam sekejap. Lepas habis tempoh, dikembalikan semula pada pemilik hakiki". Arwah ayahanda yg dikasihi kini sudah kembali kepada Pemilik Hakiki. 

Dulu, Kebun Rupa menumpang di sebuah bangunan yg sebelumnya terbuang di belakang bangunan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM. 

Kini ia telah berhijrah, menumpang pula di ruang sempit (tapi lapang hati), di rumah teres sewa saya yang comel. 

Mohon hantarkan getaran doa agar Kebun Rupa dapat dimanfaatkan sebagai ekstensi Kebun Jiwa Halus yang mensejahterakan sesiapa jua yg sudi bertandang. 







Tuesday, 6 January 2015

WAITING FOR SEPAT AFTER GODOT DIDN'T TURN OUT (2015)


Singgah tepian saliran, memukat sepat di Sekinchan, dengan ucapan terima kasih pada Anuar, Sooshie, Fatin dan kawan-kawan. 

"Waiting for Sepat, after Godot didn't turn out". Functional sculpture made of organic material, improvised performance, environmental art & science, creativity & sustainable practice, transdisciplinarity without all the intellectual fads, in Sekinchan.

ISTANA CINTA KELLY (KELLY'S CASTLE OF LOVE)

Cinta merentas dimensi, termasuk masa. (Love cuts across dimensions, including time).


LAPANG PANDANG HATI TERANG (EXPANSIVE SIGHT, HEART IN LIGHT)


Mengadap Lembah Kinta dari pinggir Titiwangsa. (Facing Kinta Valley, from the edge of Titiwangsa)

Monday, 5 January 2015

BEING PRESENCE

Being presence is not so much about what you are busy doing, but most importantly about your being. Presence is an awareness of your state of mind and emotion, of higher consciousness - of chosing to be sincere, genuine, authentic, positive, assertive, enthusiastic, empathy, happy, joy and loving. If u transmit these vibes, your presence will be uplifting and inspiring, even if you are not talking or doing anything at all.


Photo credit : DellyAdeela (2014)

LIMPAH DI KUALA (2015)

Soalan objektif pasca PT3
A. Air sungai yang melimpah, B. Limpah-kurnia darjah kebesaran, kedudukan, anugerah dan kemegahan  dari Sultan atau sesiapa jua, C. Limpahan duit & harta-benda, pembangunan pesat, nikmat benda dan segala yg tak pernah cukup utk nafsu, D. Limpahan gambar-gambar oleh mereka yang beri bantuan pd mangsa banjir, atau E. Limpahan kasih sayang yg ikhlas tanpa udang sebalik mee kpd Allah dan sesama manusia/makhluk. 

Sila pilih satu jawapan saja.



Friday, 2 January 2015

KEM KEBUN JIWA HALUS

Salam kasih buat semua pekebun jiwa halus dan adik-adik tersayang dari Kolej Upskill, juga guru-guru mereka. Mari kita sama-sama panjangkan syukur atas terlaksananya Kem Kebun Jiwa Halus dengan selamat sempurna. Dua hari Allah mengurniakan cuaca yg enak, melindungi kita dari hujan lebat, ribut petir dan panas terik. Hari selepas kem, Balik Pulau dilanda ribut dan hujan. Dengan segala musibah alam dan kemalangan jiwa yg melanda kita tahun lepas, mari sama-sama kita lafaz dan zikirkan tasbih dan tahmid, tanam dan getarkan puji-pujian agar segala frekuensi fikir dan rasa kita itu jadi sebati, melindungi kita dari kemurkaan Allah. Kita saling-mengingati kerana kita melengkapi satu sama lain dalam satu jemaah serta umat manusia yang mensyukuri anugerah hidup. Mari kita sama-sama istiqamah dalam memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan, membasuh segala kekotoran minda, mengubat dan menyembuh jiwa agar halus bersinar subur dan mensejahterakan kehidupan serta bumi yg dihuni.

Di bentangkan di sini ringkasan kebun jiwa halus sebagai tanda ingatan. Kita mohon Petunjuk, mana yg baik kita panjangkan, yg tak elok kita buang jauh-jauh. Mohon maaf atas segala yg tersilap, tersasar, terlupa dan terlajak.

1. BUKA GELANGGANG DAN SEDIA DIRI
1.1 Tetap paksi
1.2 Buka niat
1.3 Pagar diri
1.4 Bersih dan kosong
1.5 Isi, tanam dan getarkan : Alfatihah, Salawat
1.6 Hantar dan gemakan : Saya ialah cahaya kasih, syukur, gembira, cergas, yakin, sejahtera, kreatif dan terang hati.

Bahasa badan, bahasa tutur, bahasa lihat, bahasa dengar
Getaran batin dan bahasa badan
Kehadiran
Bahasa orang yang berjaya/hebat dan gagal
Amali

Doa Selamat

2. PECAH AIS
2.1 Kitaran nama
2.2 Buat kumpulan
2.3 Sedar diri sedar keliling
2.4 Zip zap boing
2.5 Setiap insan itu pemimpin
2.6 Pecah bentuk, cair dan ringan diri

3. SAYA TENAGA (bukan sekadar bertenaga)

4. UJI MINDA DEDUKTIF
4.1 Siapa saya

5. PEMUSATAN TENAGA
5.1 Fokus
5.2 Nafas dlm bulatan baring mengadap langit
5.3 Nafas dalam duduk dan berdiri
5.4 Bersih dan pulih diri
5.5 Pengecas lihat, dengar, sentuh, rasa, hidu.

Tugasan:
Jadilah apa yg anda mahu, sekarang.
Kami dlm sepuluh tahun akan datang.

6. SAYA KREATIF DAN PETA DIRI
6.1 Tahap kreativiti saya
Lihat nota powerpoint

7. SAYA PINTAR
7.1 Kitaran stail belajar
Lihat nota powerpoint

Utk dokumentasi foto, singgah le ke facebook Kebun Jiwa Halus.


DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...