Saturday 28 March 2020

APA PESAN GUNUNG

APA PESAN GUNUNG
(Lagi satu skrip tak siap, yg kalau rajin, u ol tolong gua siapkan secara berjemaah)

Gunung:
Hei manusia yg kerdil! Kenapa kamu datang ke sini? Bukankah kamu telah dilantik menjadi khalifah? Bukankah kamu yg diberi amanah?

Orang:
Adoiii, sori la brader gunung. Gua lupa la. Gua lalai. Apa yg patut gua buat sekarang, brader? Gua bingung ni. Lu tolongla bagi panduan.


BAIK PUNYA KUCING

throwBAIK PUNYA
(Skrip filem pendek yg tak sempat siap)

Orang:
hoi kucing oren, nak gi mana ni brader? Nak ikut.

Kucing oren:
Nak lari & asingkan diri. Apasal lu ikut plak ni, issssshh.

Orang:
Lari & asing dari siapa bro?

Kucing oren:
Dari virus la

Orang:
Corona ke?

Kucing oren:
Bukan corona.
Manusia.



throwBAIK PUNYA part 2.

Orang:
Lu jaga2 sikit brader. Ada dengar tak tomyam kucing?

Kucing oren:
Ada. Tapi semua yg makan tomyam tu dah mati kena penyakit.

Orang:
Abis tu, kenapa tuduh manusia virus?

Kucing oren
Sebab bodoh, bebal, sombong, angkuh, tamak-haloba, insecure, tak syukur nikmat, suka bersengketa, kecam mengecam dan degilnya sgt cepat & senang merebak, terutama dlm media sosial.  Tak dapat nak dikuarantin. Bahaya.

Dah, ketepi sikit. Aku nak pi bercuti dari manusia yg otak dia bising, hati dia kacau. Lu duduk rumah diam2. Minta ampun pd Tuhan. Minta maaf sesama manusia. Berhentilah buat kerosakan atas bumi. Kalau nak disenaraikan, tak cukup kertas. Tobatla. Tukarla gaya hidup yg hodoh & tak lestari tu. Kembalila kpd fitrah lu. Gemakanlah belas.

Nah, tengok ni. Aku nak blahh. Meowww!

https://www.facebook.com/167288330277317/posts/1225684171104389/



throwBAIK PUNYA. Part 3

Kucing oren:
Lu faham tak? Lu pernah kena buru ke? Kena tembak? Kena perangkap? Lepas tu, kena siksa macam2 cara sebelum dimakan, hidup2 tau! Lu pernah kena ke? Siapa yg binatang sebenarnya??

Lu buru binatang yg makin pupus. Lu musnahkan hutan, halau orang asal, rosakkan habitat semulajdi. Lu tebang pokok2 yg memaksi bumi, ratakan gunung & bukit, bubuh racun dalam tanah & sungai, buang toksid dalam laut, cemarkan udara, apa hal? Pembangunan ke? Apa yg bangun? Apa yg lu faham? Lu rosakkan bumi, bumi sakit, sampai tenat demam panas melampau, lu ada kisah? Bumi sakit, binatang sakit, ekosistem sakit, lu pun sakit la! Lu faham ke. Apasal la lu hanya nampak, 'property', 'capital', 'profit margin' bla bla bla.... Apasal lu angkuh & sombong.

Aku boleh go on and on and on and on.........sampai kiamat.

Memang padan muka lu semua kena kurung dlm rumah!! Itupun tak serik2 lagi!! Apa punya bebal. Nasib baik aku binatang. Siapa yg rakus, tamak, buas & ganas sebenarnya?

Orang:
Gua yg begitu brader. Maafkan kami.



PENGASINGAN

https://m.youtube.com/watch?feature=share&v=zIC5nwqvWAI

PENGASINGAN
... dari apa ya. 

Ini bukan Bukit Tursina. Bukan juga Gua Hira. Namun ada ketika bila bingit minda & ribut perasaan manusia makin mewabak, kita lari mencari Tursina & Hira masing2.

Dalam diam ada DIA. 

Stay cool u ol.

SEDAR & SYUKUR


SEDAR & SYUKUR
Anak2 & cucu atok yg dikasihi. Jom fokus pd rasa syukur terhadap apa yg kita ada. Masa depan kamu dicipta oleh apa yg kamu fokus, sekarang.

MINDFULNESS & GRATITUDE
My beloved children & grandchildren. Let us focus on being grateful of what we have. Your future is created by what u focus on, now.





Friday 27 March 2020

DEMI MASA MU


DEMI MASA MU
Duhai burung yg bersenandung
Dendangnya lagu bisikan pilu
Duhai hati puncanya bermenung
Mengapakah alam, oh...
Kini mudah tersinggung
Mengapakah alam, oh..
Kini menjadi bingung

Duhai alam cerita fikiran
Lagunya kesedaran seorang insan
Tanyalah bumi yg sudi berpesan
Mengapa berdagang oh...
Tanpa rasa ihsan, hmmm
Jangan alam dikarang, oh..
Tanpa berperasa

Rasalah anak ku
Getaran gunung
Rima tangisannya
Semakin sunyi
Mana oh manakah
Hendak kau renung
Kerna oh bumi mu
Semakin tersinggung

Kini menjadi, kini menjadi
Kini menjadi bingung

Rasalah anak ku
Coretan hati
Janganlah jiwa mu
Menjadi besi
Mana amanah ku
Hendak kau cari
Bila oh jasad ku
Menjadi bumi

Bila jasad mu
Bila jasad ku
Menjadi bumi

Menjadi bumi

Senikata & lagu oleh Kebun Jiwa Halus

Tautan ke video muzik Demi Masa Mu di
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1969526026659672&id=1522194364726176

Thursday 26 March 2020

KAWAN2 HIJAU KU


Duhai kawan2 ku yg menghijau. Aku rindu kamu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami semua. Kami redha mendepani ujian Mu. Berikan kami kekuatan.

(Dear green friends. I miss u ol. 
Ya Allah, please grant us Your Forgiveness for our sins. We accept Your test with an open heart. Give us strength)

Photo by @faridzainuddin

PERLINDUNGAN

Kami bersyukur atas segala kurniaan. Ya Allah, ampunkan segala dosa kami. Lindungi kediaman & keluarga kami, juga bumi & seluruh makhluk.


KEMAAFAN (FORGIVENESS)

Duhai para sahabat ku yg cantik, maafkan aku & semua manusia. 
(Dear beautiful friends, please forgive my friends & I.) 


Bersihkanlah dosa2 kami 
(Please cleanse us from our sins)

Bukakan pintu hati kami utk saling-memaafkan satu sama lain 
(Please open our hearts to seek & give forgiveness from each other)

Foto oleh Farid Zainuddin



Wednesday 25 March 2020

WHISPER OF TRUTH

The loudest voice is a whisper of truth

BITCHING ON WHAT WE DONT WANT

Dont waste our energy on what we dont want. If they still attract your attention, shift your consciousness to doa for them or doa for the emergence of what we want. We will never b granted what we want if we keep on bitching on what we dont want. Please.

BANGUN & CERAH


(Yang dibersihkan, jasad & benda.
Yang dipulih, disembuh & diterangkan, hati.)





Ada yg sibuk bising melawan kegelapan.
Baguslah. Byk isu utk dikutip, dilawan & dibahan. Ada rezki, dpt jadi hero jadian. Tapi kegelapan tetap berterusan.

Ada juga yg senyap2 bangun, cari suiz & tekan butang 'on'.

Dalam diri kita semua, dah ada benih cahaya. Cuma mentolnya kotor & suiznya tersorok. Moga kita dpt bersihkan mentol & jumpa suiznya. Ada byk masa dlm rumah utk melakukannya.

Wa 'caya' sama lu ol!
(p.s - caya=cahaya)



Akal celik, hati buta
Muka elok, bebal rasa
Melihat bala, tak nampak tanda
Nampak yg gelap, tertutup cahaya.

Dipujuk belas, dibalas belasah
Disimbah kasih, dikata tak gah
Dipujuk ikhlas, ditewas bermegah
Diajak bersyukur, dikecam mengalah


Tuesday 24 March 2020

JOMLA TOBAT


Dari perspektif bumi, manusia kebanyakannya adalah virus, pembawa penyakit. 

Manusia rosakkan hutan, pecahkan bukit, cemarkan sungai & laut, kotorkan udara, siksa & dera binatang, tidak berharmoni dgn arus bumi yg fitrah. Semuanya dihalalkan atas nama pembangunan & keuntungan maksimum. 

Bumi mahu kita berhenti sekejap dari berbuat kerosakan, nilai semula sistem & paradigma hidup berasas tamak-haloba yg selama ini kita langgan sebagai cara & gaya hidup.

Jomla tobat ramai2. Berhijrahlah.

HEALING


No matter what happens, we have no choice but to not cave in to stupidity. Lower vibes will emerge again & again, testing our energy field, diverting it towards lower vibes especially contempt & anger. Wabak thrives in such vibes. 

We have no choice. We must anchor our energy to higher vibrations. The real test collectively for human race is to shift our collective energy field. Dont let stupidity divert us. Please.

We r in the phase of healing crisis. The toxic poisons are coming out, including stupidity. Once most of the toxics have been discharged safely, healing can take place.

Meanwhile, choose to focus our energy towards healing. The whole world need it.



GELOMBANG DOA


Jika hati-rasa setiap org secara individu itu baik dan koheren, otak-fikirannya bercahaya. Gelombang koheren dan bercahaya ini jika bertaut dgn gelombang hati-rasa individu lain, akan bertambah gemanya. 

Oleh itu, kita digalakkan berkongsi gelombang baik2 dgn org2 terdekat dulu (ibu bapa keluarg), kawan2, masyarakat dari lokal ke global dan seluruh makhluk seluruh alam. Ia adalah gelombang doa. Sebab tu kita digalakkan berjemaah, gelombangnya lebih besar dan kuat, gema cahayanya lebih jauh.

Jika lebih ramai manusia, atau majoriti manusia di bumi kini membuat pilihan utk menggetarkan gelombang hati-rasa yang aman, yang penuh kasih sayang, syukur dll yg baik2, gelombang dunia juga turut aman, penuh kasih sayang, syukur.
Tolongla rentikan getar dan hantar gelombang benci  dll yg tak baik, tolongla. Ia boleh merosakkan dunia.

Hantarla gelombang hati-rasa yg baik2, setiap sekarang. Itulah jihad kita utk seluruh umat manusia, seluruh alam.
Sekian, pesanan tanpa penaja oleh atok rock tanpa title pencetus ummah atau daei.

Monday 23 March 2020

BANGUN LAGI

BANGUN
(Petikan rakaman siaran watch party dari awan, langit & matahari)

"Hey manusia, ni kami nak tanya sikit. Jangan sentap ya. Apa yg selalu kamu cari tiap2 hari bila keluar dari rumah?

Cari pasal, dpt pasal. Cari rezki, dpt rezki. Cari penyakit, dptla penyakit.

Relaks. Apa yg kamu selalu cari, kamu dapat. Apa yg kamu selalu fikir & rasa dlm hati, yg kamu fokus & buat selalu, kamu dapat secara individu & secara kolektif. Fokus pd salah org tu, salah org ni, dapatlah byk kesalahan. Fokus pd belasah, dpt belasah. Fokus pd belas, dpt belas. Fokus pada kesyukuran, dptlah byk lagi hal2 yg bawa pd rasa syukur. Segalanya saling bertaut, saling terkait, saling-bergantung, takda yg wujud sendiri. Apa yg kamu dpt tu, sebab kamu yg cari. Semua adil.

Sekarang, tanya betul2 dlm hati masing2. Kamu semua ni secara kolektif sebagai manusia sejagat, cari apa sebenarnya?

Now, stare at us, dont overthink, and let your true heart speak"


HERO JADIAN & HERO SEJATI


Siapa sebenarnya hero2 sejati yg menyelamatkan Malaysia & dunia.

BANGUN

"BANGUN"
Sebuah filem pendek yg belum siap

External. March 2050. Petang. Di tebing sungai yg jernih.

IBU:
(Memandang jauh ke langit yg biru sambil mengambil nafas panjang udara bersih)
Satu masa dahulu, manusia suka berbuat kerosakan atas bumi ini.

ANAK:
Kenapa?

IBU:
Kerana jiwa mereka kosong. Suka berpuak2, bermusuh-musuh, saling berhasad-dengki, saling membenci dan saling mencurigai. Mereka sibuk mengejar kuasa.

ANAK
Kuasa apa ibu?

IBU:
Kuasa politik, penguasaan ekonomi dan kekuatan ketenteraan yg sombong & angkuh.

ANAK:
Takkan takda antara mereka yg pandai-pandai

IBU:
Ya ada. Ramai. Yg ada Phd pun ramai.

ANAK:
Abis tu...

IBU:
Tapi mereka menggunakan kepandaian untuk menipu, memperdaya, memfitnah, mengalih perhatian, memanipulasi, mengianaya, menindas, merampas, merompak, membunuh sesuka hati. Mereka rosakkan hutan, pecah gunung & bukit, cemarkan sungai & laut, kotorkan udara, halau warga penghuni & penjaga hutan, mengianaya org2 miskin, siksa & dera semua binatang, tidak mahu langsung hidup berharmoni dgn arus bumi yg fitrah.

ANAK:
Kenapa sampai macam tu sekali?

IBU:
Kerana mereka hanya hidup atas dasar nafsu kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Semuanya mereka belasah atas nama pembangunan, gaya hidup & keuntungan maksimum. Yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin. Yg tersgt kaya & berkuasa hanya 0.001%, yg miskin jadi hamba berbiliion ramainya. Yg kaya & berkuasa lena dalam mimpi kebendaan. Yg selainnya terlalu sibuk ditipu & diperhambakan, tenggelam dlm kebisingan minda & perasaan mereka yg tak henti bergolak. Majoritinya menjadi ketagih dgn konflik.

ANAK:
(Terus mendengar dgn tekun)

IBU:
Kemudian dtg satu bala tentera yg sgt halus menyerang mereka semua, tak kira di mana jua mereka berada di muka bumi ini.

ANAK:
(Membesarkan mata) Tentera apa ibu?

IBU:
Tentera yg tak boleh dilihat dan tak boleh dikesan dgn mata kasar. Tentera yg tak tak mengenal bulu atau memilih bangsa, jantina, usia, pegangan agama, negara, geografi, fahaman & parti politik, pekerjaan, pangkat, darjat, gelaran, status kewangan, status sosial, KPI, ROI, bidang ilmu, bidang kepakaran, bidang kemahiran, jenama dan berbagai2 lagi label yg digunakan ketika itu utk memisah-misah, melaga-laga dan memusuh-musuh sesama manusia.

ANAK:
Apa jadi pada semua manusia lepas tu?

Cut to
Interior, house. Pagi. March 2020.

IBU (YG LAIN):
(Dari tingkat atas rumah)
Abah, gi beli barang2 dlm list tu!

BAPA:
Wokay, pray for my safety.

(Sori semua, story tak siap, terpaksa keluar gi beli brg keperluan)


Sunday 22 March 2020

CAYA SAMA LU ORANG!

ORANG BODOH buat masalah.
ORANG PRASAN PANDAI, cari salah orang bodoh utk dibahan & diviralkan.
ORANG BETUL2 PANDAI, berusaha untuk cari penyelesaian

ORANG YG ARIF & BAIK, elakkan satu dunia dari ditimpa malapetaka

Wa caya sama lu orang!

(Dgn ucapan tkasih pd Einstein)

APA YG CORVID AJAR?



Kau virus yg tak mengenal atau memilih bangsa, jantina, usia, pegangan agama, negara, geografi, fahaman & parti politik, pekerjaan, pangkat, darjat, gelaran, status kewangan, status politik, status sosial, KPI, ROI, bidang ilmu, bidang kepakaran, bidang kemahiran dan berbagai2 lagi label yg digunakan selama ini utk memisah-misah, melaga-laga sesama manusia, dan manusia dgn alam sekitar.

Ya, memang kamu tengah ajar kami cukup2.

LONG THROWBAIK PUNYA - SETIAP SEKARANG



I WROTE THIS SONG after my adiguru-father passed away, followed few years later by my nephew. I felt exremely sad then. I tried to ease the pain by composing & writing songs. I could not do it with visual art. Maybe because I was too comfortable using visual art to hide my feelings, or to showcase my sometimes pretentious intellectual probings. Somehow, visual art was not compatible with what I felt then.

THEN MY BELOVED PET-CAT for 12 years Duma, died, probably poisoned. I was heartbroken and  angry. Yet, externally, I worked so hard in campaigning for a loving & compassionate world, especially our increasingly hipsterized cities. But the whole world still appear to b cruel for me. Not only cruel but many more adjectives that I have chosen not to highlight here.

WITH BROKEN HEART & ANGER lingering, I  encountered more 'testing' experiences that whacked my false sense of self. On top of sadness, I also felt betrayed, angry, annoyed, sometimes regret, hate & contempt. I tried very hard to diffuse these feelings. I was always tempted to feel these ways many times.  I realized that I had become a magnet for lower vibrations, coming from my own ego-based and insecured lower mind.

EVERYTHING AROUND ME was painfully noisy then, especially humans' emotions, clashing egos & opposing thoughts, including mine. I felt like I could hear those noises. I felt like these noises were the reasons why animals ran away from humans (or attacked us) and why Nature runs amok to balance our noises (sick mental-emotional states and destructive actions). Sometimes I felt as if some animals  and trees were crying. Ya I know, crazy.

I DESPRRATELY SEEKED silence. I needed a break, even from myself. My mind & my heart were so unsettled. I felt like I had created some kind of hell within myself. Few physical pains began to emerge, including one related to my nerve system. I was warded few days because of it. Some other physical pains still linger. The worst thing was that, I also caused pain to others, especially those very close to me. I could not accept that.

I TOLD MYSELF that I had to shift my consciousness from those coming from lower mind vibrations. I needed to be a magnet of higher mind vibrations. I needed to save & protect myself and those close to me. I had to make a decision to drop many things that I depended before in forming my false sense of self, insecurities and many more.

SO I TRIED TO ISOLATE myself as much as I possibly could, whilst focusing on the callings of my heart. I tried very hard to tune down my noisy overthinking mind and easily-agitated feeling. I needed to move towards silence and peace. In Malay, 'ke arah diam & aman = kediaman." To do that, I needed to shift my consciousness, mostly by focusing on gratitude, love & compassion.

AFTER A WHILE, Allah graced me with one of the callings of my heart - a small piece of land near a river, blessed with a beautiful natural surrounding. I was so thankful even until now.

I FOUND COMFORT in Nature. In Nature, I always find myself re-uniting with my parents, especially when they were younger and eager to impart their values to their 9 children including me.

I composed & wrote this song, "Setiap Sekarang". I let my youngest daughter Ainina to sing it. She was able to voice out what I felt.

THE SONG is about time and space. Consciousness creates time, and time creates space. In a quantum sense, time & space have a different meaning especially the notion of 'nowness'. Dont worry if u dont get it. If u r deeply curious, God will unveil what u need to know, gradually.

The song echoes the voices of my parents to their children. It speaks about the state of consciousness (yg sedar), mental-emotional vibrations/frequencies/energies or quantum states of possibilities (irama muzik, bergetar tiada kaku & beku), softening a hardened heart (melembutkan kasar mu), facing the tests of life with a smile (senyumlah pada tiap ujian), gratitude (bersyukur atas semua kurniaan), planting values (ku tanam dlm tiap tinggalan) and guidance (utk mu menjadikan pedoman). It is also a call for us to uphold the values that they have planted (ku mohon kau tatang, warisan ku sekarang) in our heart, now (dihati mu sekarang).

After singing it many many times in my H3ROtour or H3ROziarah series, I was blessed by Allah with Rumahtokcu. I believe a song can b a form of doa or prayer. One chooses an intention, picks a state of mind & emotion to vibrate through a song, echoes it, to entangle in a quantum sense with likewise frequency in the infinite quantum field of possibilities. If we chose to entangle with gratitude, love & compassion, circumstances will emerge to bring us to a reality filled with gratitude, love & compassion.

THE HOUSE is now a place for me to distance and isolate myself, at least once every 2 weeks. I refer to it as moving towards silence & peace (ke arah diam dan aman = kediaman). Whenever Im in the house, I experience silence, peace, love, compassion and most of all, so much gratitude.

So u see, isolation & distancing are not all bad.

Some of u may have heard the song. Now with this 'throwbaik', I hope u may enjoy it even more.

This song is also for all my heroes out there, the frontrunners. My heart goes to them.

Stay safe.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=280799218991332&id=219519628452625

Saturday 21 March 2020

TRANS-HUMANISME & SALING-BERTAUTAN

KITA SEMUA SECARA KUANTUMNYA SALING BERTAUT. 



Jika tak faham, takpa. Dengan kekuatan niat, rasa ingin tahu & doa, Tuhan akan membuka kefahaman utk kita, berperingkat, ikut kemampuan kita. 

Di peringkat minda dan perasaan, kita bertaut dlm medan gelombang tenaga yg penuh dgn kemungkinan. Oleh itu, kita perlu penuh sedar (mindful) dgn pilihan apa yg kita pilih utk fikir dan rasa. Ini kerana kedua-duanya memberi kesan langsung kpd medan tenaga secara kolektif. Jika majoriti manusia memulih fikiran & perasaan yg sakit, perlakuan2 & realiti fizikal yg timbul membawa kpd kejadian2 yg juga sakit. 

Kualiti fikiran & perasaan manusia sejagat menentukan kualiti fizikal manusia sejagat. 

Apa yang dibicarakan oleh Richard Doyle, seorang Profesor Bahasa Inggeris di Penn.State Univ. berkaitan dengan retorika kesedaran (rhetoric of consciousness) dan terma 'transhumanism' (dari Huxley) serta keadaan 'saling-bertautan' (inter-connectivity) minda kita yang 'virtual', mungkin boleh dijadikan renungan. 

Pembicaraannya sudah saya tempuh sejak zaman belajar di USA dulu, hingga kini.  Tapi ianya bukanlah sesuatu yang baru atau belum pernah ditempuh.

Hal berkaitan dengan perluasan minda, pertautan, dan bagaimana pertautan ini dapat membawa kita kepada kearifan kolektif (collective wisdom) atau kearifan yang infinit (infinite wisdom), bukanlah hal baru. Teknologi dalaman, teknologi nano, 'inner net', 'cosmic space in molecules and atoms' (ruang kosmik dalam molekul dan atom), 'introception' (bukan 'perception') dan 'human-mindedness' (berfikiran kemanusiaan), semuanya melibatkan usaha kita untuk 'bermeditasi' untuk menjadi 'saksi' pada perlakuan minda kita sendiri. Ini juga bukanlah perkara yang baru, atau hanya dibicarakan oleh kalangan pemikir dan saintis serta tekno'kerat' je.  Ini sudah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu.

Apabila kita berdepan dengan 'info-quake' (bukan 'earthquake') menerusi situasi 'hyper-connectivity' dari rangkaian sistem maklumat yang boleh 'melumatkan' hati dan kasih sayang antara manusia, kita perlu mampu merentas keluar dari kepungan 'lokal' jasad kasar (body). Inilah yang disebut Huxley sebagai transhumanism. Keluar dari kepungan lokaliti dan ilusi pemisahan yang dipancar oleh 'mimpi benda', bukanlah juga sesuatu tuntutan yang 'hip' dan baru. Ianya sudah saya pusakai dari tradisi saya sendiri, tapi bukan dari jenis yang dipasarkan oleh Kementerian Kebudayaan.  Jenis dan preskripsinya? Berbeza dengan tuan profesor ni, juga bukan sebarang dasar yang digariskan oleh mana-mana 'jawatankuasa' dalam bilik mesyuarat. 

Saya cuba sedaya upaya ikut 'cara' atau 'metodologi' yang dibekalkan Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan menerusi Sunnah baginda. Transhumanismnya adalah keluar dari kepungan (atau graviti) nafsu untuk mencapai (levitate and elevate) ke makam-makam rohani yang lebih tinggi, insyaAllah. 

Inter-connectivitynya hadir dari 'berjemaah' dan tidak memutuskan 'persaudaraan'. Jemaahnya bertaut secara batin, atas getaran kadih & belas, menerusi doa. Nabi Muhammad S.A.W telah membekalkannya menerusi amalan-amalan wajib dan sunat seperti solat, zikir dsb. Ini pilihan saya wokay, tak kiralah jika saya sendiri terpaksa 'bergelut' dengan nafsu sendiri untuk melakukannya. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tewas.  

Persoalannya, apakah yang kita lakukan dengan 'ruang minda' antara dua telinga kita, suatu 'anugerah' berbentuk super-komputer dengan 13 bilion sel yang di'amanahkan' kepada kita? Kita guna utk memikirkan mengorek kesilapan org lain, menuduh org lain, menyalah dan mengalahkan org lain? Atau utk berdepan dgn kejahatan minda kita sendiri, memenangi hati, mencari penyelesaian & memperbaiki serta memulih diri? Yg mana lebih mensejahterakan secara jangka panjang & kolektif? 

Bagaimanakah kita memaksimumkan, memanfaat serta mensejahterakan otak dan hati kita? Apakah tahap 'kesihatan' kesedaran otak yang lokal dan minda kita yang 'non-local'/'virtual', secara individu dan kolektif? Sihat? Sejahtera? Adakah ia menggetarkan pemikiran halus (kasih, belas, syukur, ikhlas, jujur, ceria, gembira, dll) atau pemikiran rendah yg primitif (benci, dengki, tamak, penting diri, marah, murung, risau, dll)? 

Jika kita masih 'berfikir' untuk membaca kemanusiaan dan kehidupan secara bercah-pecah, terasing-asing, dalam dikotomi dan binari malas yang dibuat-buat berdasarkan emosi dan sentimen (klise 'independent' lwn 'institusi', 'alternatif' lwn 'arus perdana', tak termasuk berdasarkan retorika politik kepartian dll), apakah kita benar-benar memaksimumkan kapasiti anugerah otak dan minda kita? 

Apakah kita telah mensejahterakannya mengikut fitrah?

Apakah kita telah melestarikan 'interconnectivity'(saling-berkaitan atau saling-bertautan atau lebih halus lagi, 'persaudaraan') dan meniti 'transhumanism' 

Jika setiap hari otak dan minda kita dihijab oleh hal-hal yang menghalang pertautan ('dis-connectivity') dan melawan kemanusiaan (inhuman), apakah secara kolektifnya kita dapat mencapai kesejahteraan global?

Sihat ke?

Tak terfikirkah kita bahawa mungkin 'cara berfikir' (cara kita gunakan otak dan minda) atau 'cara hidup' atau 'lifestyle' yang kita pakai, anut dan amal telah menjadi terlalu sebati (naturalized) hingga kita lupa bahawa mungkin pilihan cara berfikir itu adalah 'alternatif' yang tak bermanfaat, langsung tak 'natural' dan melawan 'fitrah' akal dan jiwa manusia kita. 

Apakata kita cuba jadi saksi terhadap 'fikiran dan perasaan' kita, terhadap 'lifestyle' kita. 

Sihat ke? Memulihkan ke? 

Moga kita semua diberi kekuatan utk berdepan dgn virus minda & perasaan kita sendiri. 

Kita mesti membuat anjakan paradigma. 

Tuesday 17 March 2020

14 HARI UNTUK BANGUN


14 HARI UNTUK BANGUN

Sekarang ini, kita perlu buat pilihan. Apa getaran tenaga yg kita mahukan, sekarang? Apakah getaran yg kita mahu fokus, layan & sebarkan, terutama menerusi media sosial? Apa ya?

Adakah kita pilih takut-panik, atau kita pilih tenang-damai? Kita pilih benci-marah atau kasih-belas? Kita pilih utk fokus kpd mencari salah atau fokus pd mencari penyelesaian? Kita pilih utk fokus pd org jahat atau org baik? Kita pilih utk fokus pd penyakit atau fokus pada pemulihan & kesembuhan? Kita pilih utk fokus pd apa yg kita suka atau apa yg kita tak suka? 

Tolonglah pilih betul2 kerana pilihan kita itu, jika ikut hukum kuantum, akan beri kesan langsung kpd pemulihan sejagat. Tolonglah sedar dan bangun.

Kita mesti pilih sekarang, secara kolektif, bukan berseorangan. Ia mesti bermula dari peringkat paling halus yakni niat. Kita mesti pilih getaran tenaga apa yg kita mahu fokus, layan, getar, gema dan jadikan doa utk realiti sedunia.

Apa jua yang kita pilih sebagai doa beramai2 akan menjadi getaran majoriti sedunia. Dengan Kuasa & Izin Yg Maha Pencipta, yg kita pilih itu boleh menjadi realiti sedunia kita sekarang, esok & hari2 akan datang. Kita mesti pilih getaran doa kolektif kita, sekarang. Apa doa kolektif kita?

Pilihlah doa dgn getaran kasih-belas dlm tenang-damai. Tolonglah pilih getaran ini. Jadikan ia doa harian kita sejagat. Ini getaran doa yg memulihkan. Ini getaran doa yg menyelamatkan kemanusiaan sedunia yg sedang diuji. Ini getaran fitrah. Ia amat penting utk 'survival' seluruh umat manusia, sekarang, hari ini & hari2 mendatang.

Apa itu doa?

Kita doa kpd Yg Maha Berkuasa dgn talian niat, perasaan & fikiran. Semua ini bukan benda, tak boleh nampak, tak boleh pegang, tak boleh hidu, tak boleh rasa di lidah & tak boleh didengar. Ketiga-tiganya getaran halus. Namun, ketiga-tiganya jika dibentuk sebagai doa boleh menjadi senjata pendinding yg paling hebat. Kenapa?

Niat, perasaan & fikiran kita secara individu adalah getaran tenaga. Ini sangat penting utk kita disedari. Tenaga niat, fikir & perasaan kita semua terjalin atau terkait secara kuantum. Tenaga ini tidak ikut hukum fizik klasik. Ia ikut hukum kuantum. Salah satu hukum itu adalah hukum keterjalinan yg merentas batas jasad, ruang & masa.

Sedarlah, bahawa dlm diri kita yg paling halus itu, yg lebih halus dari atom, terdapat satu tenaga keterjalinan yg amat berkuasa sekali dlm menentukan nasib kita sebagai umat manusia sejagat. Ia adalah kuasa keterjalinan kasih & belas. Ya, kuasa keterjalinan kasih & belas terutama menerusi doa.

Tolonglah bangun & sedar sekarang, setiap sekarang. Tolonglah selamatkan kemanusiaan & bumi dgn kembali kpd kuasa keterjalinan kasih & belas ini. Ini adalah kuasa keterjalinan batin yg wujud dlm jiwa kita semua. Ia boleh menyelamatkan kita.

Keterjalinan batin ini adalah satu kuasa yg amat hebat, yg sering ditutup dari kesedaran manusia sejagat. Kita tidak menggunakan kuasa keterjalinan ini kerana kita semua sudah ditipu oleh sistem2 pemikiran anti-fitrah yg berpusatkan kebendaan.

Kita telah dihijab, ditidur, dilena, dibius & dikalihkan dari keterjalinan batin ini. Sistem2 ini merebak persis wabak yg selama ini bersembunyi dlm pelbagai aspek hidup - politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sains-teknologi, seni-budaya. Sistem2 ini degil, amat berkuasa secara global & masih bergerak dgn ugutan. Ia hanya menguntungkan kurang dari 0.001% manusia, selainnya yg berbillion termasuk kita hanya hamba. 

Namun sistem2 ini makin lupus. Jangka hayatnya sudah sampai pd penghujung. Sudah ramai yg sedar bahawa ia adalah ilusi yg telah menipu kita, memisah-misahkan kita, melaga-lagakan kita, meracun & merosakkan jiwa kita. Ia menipu kita dgn tahyul mimpi benda berpaksi nafsu, tamak, dengki, khianat, takbur, benci, marah, rasa kekurangan, syak wasangka buruk, taksub terhadap identiti diri & kolektif yg palsu, kecewa, resah, rungsing, putus asa, takut & byk lagi. Ia adalah wabak. Wabak halus dari kepincangan sistem ini kini sudah muncul melata, tidak lagi berlindung.

Racun & toksid busuk ini sedang keluar dgn melata. Ia akan terus keluar dlm masa terdekat. Ia keluar dlm byk dimensi hidup - politik, sosial, ekonomi, pendidikan, seni, budaya, teknologi dll. Biar semuanya keluar. Jangan beri respon lebih-lebih. Ini sebahagian dari 'krisis penyembuhan'. Racun & toksid yg dah lama berkampung dlm sistem2 anti-fitrah ini perlu keluar & lupus dulu, baru boleh berlaku proses pemulihan & penyembuhan. Racun & toksid ni keluar dlm mcm2 bentuk - tamak, khianat, bohong, bodoh, dan mcm2 lagi. Semuanya memang boleh ganggu medan tenaga kita, menghijab kita dgn getaran rendah - boleh buat kita marah, naik angin, benci, meluat, menyampah. Berhati-hati. Ini semua boleh merebakkan lagi wabak. Jgn termasuk dlm getaran rendah ini. Jaga medan tenaga kita. 

Krisis penyembuhan (toksid keluar) ini sedang berlaku secara global. Kita sedang dipulihkan. Bertenang dgn krisis penyembuhan. Tumpu perhatian pada kuasa keterjalinan batin kasih dan belas. Tumpu pd pemulihan & penyembuhan.
Hari ini semua manusia mesti bangun. Wabak ini tidak boleh merebak jika kita semua sudah bangun. Inilah masanya utk bangun, ketika kita semua sedang diuji. Ujian adalah denai pemulihan. Penyakit adalah pintu utk cahaya masuk. Kuasa pemulihan sejagat itu ada pd setiap orang, dlm jiwa kita semua, dlm fitrah kita. 

Bangunlah dgn Kasih & Belas. Bangunlah semua. Inilah pembangunan yg sebenar, bangun dari lena mimpi benda berpusat materi semata-mata. Berhijrahlah kembali ke pangkuan fitrah, demi masa mu. Inilah masa utk kebangkitan global.

KEBUN JIWA HALUS
17 Mac, 2020.



Wednesday 11 March 2020

WECONOMY / EKONOKITA

Wecomony
We economy based on community capital.

Ekonokita
Ekonomi kita berasaskan kapital komuniti

Berhijrahlah sayang.

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...