Saturday 21 March 2020

TRANS-HUMANISME & SALING-BERTAUTAN

KITA SEMUA SECARA KUANTUMNYA SALING BERTAUT. 



Jika tak faham, takpa. Dengan kekuatan niat, rasa ingin tahu & doa, Tuhan akan membuka kefahaman utk kita, berperingkat, ikut kemampuan kita. 

Di peringkat minda dan perasaan, kita bertaut dlm medan gelombang tenaga yg penuh dgn kemungkinan. Oleh itu, kita perlu penuh sedar (mindful) dgn pilihan apa yg kita pilih utk fikir dan rasa. Ini kerana kedua-duanya memberi kesan langsung kpd medan tenaga secara kolektif. Jika majoriti manusia memulih fikiran & perasaan yg sakit, perlakuan2 & realiti fizikal yg timbul membawa kpd kejadian2 yg juga sakit. 

Kualiti fikiran & perasaan manusia sejagat menentukan kualiti fizikal manusia sejagat. 

Apa yang dibicarakan oleh Richard Doyle, seorang Profesor Bahasa Inggeris di Penn.State Univ. berkaitan dengan retorika kesedaran (rhetoric of consciousness) dan terma 'transhumanism' (dari Huxley) serta keadaan 'saling-bertautan' (inter-connectivity) minda kita yang 'virtual', mungkin boleh dijadikan renungan. 

Pembicaraannya sudah saya tempuh sejak zaman belajar di USA dulu, hingga kini.  Tapi ianya bukanlah sesuatu yang baru atau belum pernah ditempuh.

Hal berkaitan dengan perluasan minda, pertautan, dan bagaimana pertautan ini dapat membawa kita kepada kearifan kolektif (collective wisdom) atau kearifan yang infinit (infinite wisdom), bukanlah hal baru. Teknologi dalaman, teknologi nano, 'inner net', 'cosmic space in molecules and atoms' (ruang kosmik dalam molekul dan atom), 'introception' (bukan 'perception') dan 'human-mindedness' (berfikiran kemanusiaan), semuanya melibatkan usaha kita untuk 'bermeditasi' untuk menjadi 'saksi' pada perlakuan minda kita sendiri. Ini juga bukanlah perkara yang baru, atau hanya dibicarakan oleh kalangan pemikir dan saintis serta tekno'kerat' je.  Ini sudah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu.

Apabila kita berdepan dengan 'info-quake' (bukan 'earthquake') menerusi situasi 'hyper-connectivity' dari rangkaian sistem maklumat yang boleh 'melumatkan' hati dan kasih sayang antara manusia, kita perlu mampu merentas keluar dari kepungan 'lokal' jasad kasar (body). Inilah yang disebut Huxley sebagai transhumanism. Keluar dari kepungan lokaliti dan ilusi pemisahan yang dipancar oleh 'mimpi benda', bukanlah juga sesuatu tuntutan yang 'hip' dan baru. Ianya sudah saya pusakai dari tradisi saya sendiri, tapi bukan dari jenis yang dipasarkan oleh Kementerian Kebudayaan.  Jenis dan preskripsinya? Berbeza dengan tuan profesor ni, juga bukan sebarang dasar yang digariskan oleh mana-mana 'jawatankuasa' dalam bilik mesyuarat. 

Saya cuba sedaya upaya ikut 'cara' atau 'metodologi' yang dibekalkan Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan menerusi Sunnah baginda. Transhumanismnya adalah keluar dari kepungan (atau graviti) nafsu untuk mencapai (levitate and elevate) ke makam-makam rohani yang lebih tinggi, insyaAllah. 

Inter-connectivitynya hadir dari 'berjemaah' dan tidak memutuskan 'persaudaraan'. Jemaahnya bertaut secara batin, atas getaran kadih & belas, menerusi doa. Nabi Muhammad S.A.W telah membekalkannya menerusi amalan-amalan wajib dan sunat seperti solat, zikir dsb. Ini pilihan saya wokay, tak kiralah jika saya sendiri terpaksa 'bergelut' dengan nafsu sendiri untuk melakukannya. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tewas.  

Persoalannya, apakah yang kita lakukan dengan 'ruang minda' antara dua telinga kita, suatu 'anugerah' berbentuk super-komputer dengan 13 bilion sel yang di'amanahkan' kepada kita? Kita guna utk memikirkan mengorek kesilapan org lain, menuduh org lain, menyalah dan mengalahkan org lain? Atau utk berdepan dgn kejahatan minda kita sendiri, memenangi hati, mencari penyelesaian & memperbaiki serta memulih diri? Yg mana lebih mensejahterakan secara jangka panjang & kolektif? 

Bagaimanakah kita memaksimumkan, memanfaat serta mensejahterakan otak dan hati kita? Apakah tahap 'kesihatan' kesedaran otak yang lokal dan minda kita yang 'non-local'/'virtual', secara individu dan kolektif? Sihat? Sejahtera? Adakah ia menggetarkan pemikiran halus (kasih, belas, syukur, ikhlas, jujur, ceria, gembira, dll) atau pemikiran rendah yg primitif (benci, dengki, tamak, penting diri, marah, murung, risau, dll)? 

Jika kita masih 'berfikir' untuk membaca kemanusiaan dan kehidupan secara bercah-pecah, terasing-asing, dalam dikotomi dan binari malas yang dibuat-buat berdasarkan emosi dan sentimen (klise 'independent' lwn 'institusi', 'alternatif' lwn 'arus perdana', tak termasuk berdasarkan retorika politik kepartian dll), apakah kita benar-benar memaksimumkan kapasiti anugerah otak dan minda kita? 

Apakah kita telah mensejahterakannya mengikut fitrah?

Apakah kita telah melestarikan 'interconnectivity'(saling-berkaitan atau saling-bertautan atau lebih halus lagi, 'persaudaraan') dan meniti 'transhumanism' 

Jika setiap hari otak dan minda kita dihijab oleh hal-hal yang menghalang pertautan ('dis-connectivity') dan melawan kemanusiaan (inhuman), apakah secara kolektifnya kita dapat mencapai kesejahteraan global?

Sihat ke?

Tak terfikirkah kita bahawa mungkin 'cara berfikir' (cara kita gunakan otak dan minda) atau 'cara hidup' atau 'lifestyle' yang kita pakai, anut dan amal telah menjadi terlalu sebati (naturalized) hingga kita lupa bahawa mungkin pilihan cara berfikir itu adalah 'alternatif' yang tak bermanfaat, langsung tak 'natural' dan melawan 'fitrah' akal dan jiwa manusia kita. 

Apakata kita cuba jadi saksi terhadap 'fikiran dan perasaan' kita, terhadap 'lifestyle' kita. 

Sihat ke? Memulihkan ke? 

Moga kita semua diberi kekuatan utk berdepan dgn virus minda & perasaan kita sendiri. 

Kita mesti membuat anjakan paradigma. 

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...