PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Saturday, 26 May 2012

KEBUN BUNYI YANG MENGGEMAKAN GETARAN FITRAH

Berkebun dengan para pelajar tahun akhir Seni Halus USM, Penang.
Kebun Bunyi bersama-sama anak-anak di Convent Greenlane, Penang dibantu Colemann dan rakan-rakannya dari  tahun 1 Rekabentuk Media Baru USM
Bersama para pelajar dari Fakulti Pendidikan UiTM
Berkebun dengan anak-anak dari sebuah sekolah dari Kedah.
Memanjangkan kesyukuran kepada semua yang sudi berkebun bunyi bersama saya di MGTF USM. Kebun Bunyi dan Kebun Rasa adalah sebahagian dari denai kembali kepada getaran fitrah.


Macam mana nak kenal getaran fitrah?


Getaran fitrah hadir dengan sifat berikut:


Cinta tak bersyarat
Menyembuhkan
Melega dan menyakinkan
Kebenaran sejagat
Aman dan menenangkan
Positif dan optimistik
Membantu dan menyokong
Memberi inspirasi dan menaikkan semangat
Berguna dan praktikal
Berpatutan dan adil
Ringkas dan tidak rumit
Mengizin dan membenarkan
Menerima secara sejagat
Tidak menuntut apa-apa
Amat bermakna dan memperjelas
Menaikkan keyakinan
Membina kepercayaan
Menggalak dan memotivasi
Menggalakkan tanggungjawab
Memperkasakan
Menyatukan
Penuh ikhsan
Toleran
Mudah diakses
Membuka tabir fikir
Memberi tenaga
Membuang rasa salah
Tidak menghukum
Membuang ketakutan
Membuang ancaman
Tiada manipulasi 
Tiada ego


Jika berada dalam getaran ini, teruskanlah. Jika sebaliknya, elakkan.


Moga semua sesi berkebun bunyi dan rupa kita selama ini telah berjaya membawa kita menyingkap getaran di atas, jika pun tak semuanya.


No comments:

Post a Comment