Tuesday 29 November 2016

CAKAP APA LU BIKIN

Sekarang bukan lagi zaman pandai komen je.....
(menerusi apa jua medium - fb, instagram, blog, esei, buku, filem, teater, lagu, lukisan, dll)

Sekarang zaman untuk bertindak. 

Tabek utk semua yg bertindak (bukan komen tindakan org lain je). 




Friday 25 November 2016

GELAK JE LA.

Yg jahat tu sorang. Yg sibuk bagi komen (bagi energy) pada yg jahat tu, sejuta. Byk pulak komen2 yg energynya sama atau lebih jahat dari yg dikomen. 

Patutla takda transformasi. Malah, makin parah. Tak tau la nak nangis ke atau nak gelak. 

Gelak je la. Whahahahhhhhhh!!!


1 HIJAB YG 9.

Ada 9 kebaikan, 1 kejahatan. Tapi yg 1 tu je yg sibuk dan kecoh dilayan. Akhirnya tak nampak langsung yg 9. Kesian. 


Wednesday 23 November 2016

RASA DULU, BARU BACA

Kalbu dulu, lepas tu akal. Zikir dulu, lepas tu fikir. Lalu dulu, lepas tu tahu. Rasa dulu, lepas tu baca. Moga yg menulis dan kita semua mencapai keseimbangan.


Monday 21 November 2016

RAHMAT BAHGIA

18 November lepas, Damia yg istimewa (down sindrom), datang ke Kebun saya bersama bapanya. Umurnya 17, tapi tubuhnya comel seperti anak 7 tahun. Bila hujan, dia suruh kami diam. Berbisik pun jangan. Dua jari telunjuk kiri kanan tunjuk ke atas, sambil mukanya tegas marah tanpa suara kerana kami bercakap. Waktu tu, saya rasa seperti ditegur oleh Yoda atau pendita yg berusia 100 tahun. Setiap kali lihat bendera Malaysia, Yoda ini jadi bersemangat dan teruja gembira. Dia bergambar dgn bendera Malaysia, dgn pelbagai pose istimewa. Saya kata dlm hati, "inilah  'rahmat bahagia, Tuhan kurniakan'". Ya, 'istimewa' lebih sesuai dari panggilan OKU. Perlu dingat, mereka membawa pulang pingat Olimpik utk Negara, melaungkan 'rahmat bahagia' dgn penuh semangat hingga mata saya berair melihatnya. Seminggu selepas Damia muncul, saya tercampak ke Aik Hua, yg menyekolahkan ramai anak2 OKU. Saya dengar mereka nyanyikan lagu Negara Ku beramai-ramai. Sepintas saya teringatkan Damia, bendera Malaysia dan 'rahmat bahagianya' dia atas kurnia Tuhan. 




BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...