Friday, 4 November 2016

KEBAIKAN DI SEBALIK YG DILABEL JAHAT

Kejahatan berleluasa bukan kerana orang baik berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Kejahatan berleluasa kerana perkara yg jahat (terutama orang yg kita label jahat dan tindakan mereka) lebih diberi perhatian, dilayan, dipopularkan, diberi segala macam respon dan reaksi bagai nak rak, dijadikan bahan utk segala macam perkara, termasuk ngumpat, komen & viral media sosial, liputan media arus perdana, karya seni, penulisan, kajian dan kertas-kerja akademik. Kita nampak dan layan hanya yg jahat (masalah), tak nampak kebaikan (penyelesaian). Kita biak masalah dan yg jahat. Kita dapat apa yg kita fokus dan layan. Padan muka kita. Rentikanlah sikap ni. Tukarlah paradigma. Dah tenat dunia dan habitat kita ni. Jomla kita melihat tembus segala yg kita label kejahatan, agar dapat mencerap potensi kebaikan yg selalunya terhijab atau terselindung di sebalik yg kita label jahat. Kita jadi sebahagian dari penyelesaian dan kebaikan. Jadi baik. Mulakan dgn hati kita sendiri dulu. 






No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...