Saturday, 5 November 2016

H3RO & SI JANTUNG HATI

Antara denai ujian mengalami 'Belas' Yg Maha Pengasih adalah meredhakan dgn tenang, pemergian mereka yg amat kita sayangi. Kasih sayang bukanlah pemilikan, bukan pemunyaan, bukan utk disukat-sukat, dicongak, di ROI, di KPI, di indeks. Susah. Hari ini biru.


Seorang Tok Wan seakan berjanji dgn cucunya Si Jantung Hati utk sama2 pergi buat selamanya, agar kami lebih menginsafi, menghargai, mensyukuri dan menikmati 'setiap sekarang'. Hari ini biru.


Alisha ialah cicit pewaris H3RO & Si Jantung Hati, lu cucu Tok Cu yg osem.


Tok Mak dia kata Alisha nangis tak tentu pasal, tanya papa mana. Bawa ke sini. Dia ucap, "Assalamu'alaikum Papa". Alisha, lu confirmed, cucu Tok Cu yg osem.


Apa yg dlm hati hanya kepunyaan Allah. BelasNya meliputi segalanya.


Menungnya membuat aku bersyukur dlm setiap nafas. 

Adalah amat benar, panggilan Belas sentiasa hadir dgn ujian. 




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...