Dik, sempena bulan Syawal ni abang nak beringat dan pesan sikit je. Untuk diri sendiri yang masih banyak defisit ni, dan untuk kita semua sesama manusia.Bulan Syawal ni kita isikan dengan bebanyak kesyukuran la ye hendaknya.
Abang tau adik baru dapat tudung kepala baru, atau baru dapat ketayap atau songkok, baru dapat kitab demokrasi, nak hijrah, nak jadi baik. Bagus, Alhamdulillah, kita bersyukur sama-sama. Kalau betul gitu, mari kita sama-sama fokus pada yang baik-baik, untuk terus istiqamah dalam hijrah kita.
Tapi awat pulak ni, nak gamat sangat? Awatlah masih nak fokus dan rungsing pada segala yang adik-adik 'anggap' jahat (pada 'orang lain') tu. Nanti penat, kerana segala gelombang jahat tu menyedut tenaga batin yang elok, menukarnya jadi tenaga hitam yang menghijab dan menggelapkan hati sendiri.
Jika masih lagi rungsing, terganggu dan mahu 'melawan' kejahatan yang kita kata nak tinggalkan tu, maknanya masih ada lagi saki-baki gelombang jahat (atau keinginan ke arahnya) yang belum betul-betul kita sental dalam diri. Kalau dah tinggalkan kejahatan, fokuslah pada mengisi dan membina gelombang kebaikan dalam diri, bukannya masih nak menyibuk ambil tahu kejahatan (pada orang lain pula). Tinggalkan je terus kejahatan tu, tak payah layan, tak payah terlampau sangat nak nyibuk 'jahat orang lain'. Lebih baik doakan kebaikan untuk 'orang lain', dengan sendiri kejahatan akan pergi dari kita, tidak akan lagi hadir membenih dan merebak dalam diri. Fokus pada diri sendiri agar terus istiqamah dalam hijrah.
Oleh itu, berhati-hati ya, dengan 'kejahatan terselindung' yang bertopengkan laungan 'kebaikan yang ingin melawan atau menentang kejahatan'. Dalam banyak keadaan, itu adalah projeksi ego yang makanannya adalah riak, takbur, ujub, bongkak, sombong diri, nak nampak diri sendiri je paling betul dan bagus orang lain semua tak betul. Nampak di luar memang bagus, alim, warak, tapi gelombang dalaman masih terpanggil
pada 'kejahatan' (yang dikatakan ada pada orang lain, walhal sebenarnya,
masih pekat dalam diri sendiri). Badi saka ni ada banyak di sekeliling jika dicari, termasuk dalam seni. Dalam media perdana dan alternatif usah cakapla, tu memang makanannya. Tak payah pi jauh-jauh la, tak payah dok usha dan tunjuk pada 'orang lain' la ye, dalam diri kita sendiri boleh bersarang dan membiak secara terselindung.
Berhati-hati dengan hidup yang sangat terjurus memberatkan 'kejahatan orang lain', atau terarah menuju kepada 'kejahatan orang lain', lebih dari mendoakan kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain. Jika terserempak atau bertemu jodoh dengan apa-apa yang jahat (termasuklah yang dikatakan ada pada orang lain), astaghfar bebanyak, tu maknanya 'kejahatan' tu masih ada dalam diri; tu maknanya gelombang dalam diri tu masih belum bersih betul-betul, masih terpanggil ke arah kejahatan. Elaklah dari cepat-cepat sangat fokus pada 'kejahatan' orang lain. Fokus la pada diri sendiri dulu, "kenapa ya, aku ditakdirkan terserempak dengan perkara ni?". Minta ampun bebanyak dan mohon petunjuk untuk diri sendiri dulu, kemudian doakan juga kebaikan dan petunjuk untuk yang dikatakan 'orang lain' tu. Menghantar gelombang kebaikan (doa) dan menggemakannya(menyebarkan)adalah cara terbaik berdepan dengan kejahatan. Bukannya main balun mendedah, mengaib, mencanai, mengutuk, mengherdik, membantai, mentibai, menjadikan modal ngumpat (atau lebih lasyat lagi,'berkarya') dan segala yang senajis dengannya (termasuk dalam fb).
Yang nak 'lawan/tentang' dengan yang 'dilawan/ditentang' tu selalunya dijajah oleh gelombang hitam (projeksi ego) yang sama je. Semuanya mudah kena sampuk gelombang riak nak jadi hero. Ini trick setan paling licik. Bapak Luke Skywalker dalam hikayat Star Wars yang terkena badi saka ni molek dijadikan contoh, takkan kita nak ikut serta dia kot. Janganlah kita jadi pembenih dan penyebar kebencian dan kejahatan, permusuhan sesama manusia, yang akhirnya mengizinkan setan menang.
Woookay.
bila sy baca post ni.. ade betul.. bila diri ni cuba nk jadi baik dgn beri nasihat itu dan ini, kadang-kadang diri ni terleka dan hayut dgn kesalahan sendiri..kadang-kadang rasa diri tak layak nk bg nasihat pun sebenarnya..
ReplyDelete