Monday 14 May 2012

BILA MENDONGAK KE LANGIT (SELEPAS PULANG DARI MENCERAP BINTANG DI CONVENT GREENLANE, PENANG).


Jirim atau benda bukanlah sesuatu yang mutlak dan kekal.

Segala jirim dan benda termasuk ruang dan masa mempunyai    
permulaan. Semuanya relatif dan berubah, bukan statik (Einstein, 1915).

Alam semesta berkembang sejak Letupan Besar atau Big Bang)secara berterusan (George Lemaitre, 1894-1966). Ia tidak statik atau telah wujud sendiri sejak azali, tanpa permulaan. Pengesanan sisa radiasi atau cosmic background radiation membuktikannya (George Gamov 1934, Arno Penzias dan Robert Wilson 1965, juga George Smoot, 1989).

Jika kita mengembara ke belakang dalam ruang-masa, terbukti alam semesta berasal dari satu titik tunggal yang mempunyai 'isipadu sifar' dan 'ketumpatan tidak terhad', sebelum Letupan Besar.
'Isipadu sifar' maknanya satu titik tanpa sebarang isipadu. Tanpa isipadu bermaksud tidak wujud sebelumnya. Alam semesta termasuk manusia diCiptakan dari tiada.

Tegaknya alam semesta ini bukanlah hanya secara kebetulan. Ianya pasti mempunyai suatu tujuan (Roger Penrose)

Letupan Besar membawa pada ketertiban, keseimbangan yang kompleks dan teramat teliti.

Ketertiban, keseimbangan yang kompleks dan ketelitian ini sangat terancang untuk terhasilnya suatu planet yang selamat dihuni. Adalah mustahil untuk mengandaikan ia telah terjadi secara kebetulan atau telah wujud sejak azali. 

Jika kadar pengembangan alam semesta selepas Letupan Besar itu berbeza walau dengan nisbah yang tersangat halus pun (di peringkat partikel atau sub-atom), tidak akan wujud planet yang selamat dihuni. 

Jika terlebih atau terkurang, alam semesta dan planet yang selamat untuk dihuni akan roboh, runtuh dan musnah.

"Sekiranya kadar pengembangan satu saat selepas Bing Bang dikecilkan hatta satu bahagian dari seratus ribu juta juta, alam semesta ini pasti akan runtuh sebelum ia mencapai saiz yang ada sekarang." (Stephen Hawking).

"Ianya amat sukar untuk menentang kesan pada pemikiran yang struktur alam semesta di kala ini, yang nyatanya amat sensitif terhadap sebarang perubahan kecil, telah difikirkan dengan agak cermat....Nilai-nilai angka menakjubkan yang ditetapkan secara semulajadi terhadap pemalar asasnya secara jelas merupakan bukti paling nyata terdapatnya satu unsur rekaan pada kosmik." (Paul Davies)

"Setelah kita perhatikan semua bukti ini, muncul desakan pada pemikiran yang terdapat kuasa ghaib - atau lebih tepat lagi Kuasa - yang semestinya terlibat (dalam pembentukan alam semesta)." (George Greenstein)

Kuasa apa yang menjadikan alam semesta dari tiada kepada 
diADAkan?

Mengapa alam semesta (dan kita sebagai manusia) 
diADAkan?


No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...