Thursday 10 May 2012

APA SEBENORNYA YANG KITA MAHU NI?

Spock yang hanya saya kenal menerusi siri Star Trek pernah berkata,

"Saya pelik melihat dengan banyak kali bagaimana manusia dapat memperolehi apa yang mereka TIDAK MAHU."

Ada segelintir manusia yang ditipu oleh 'fikiran'. Apa yang mereka  fokuskan dalam minda, rasa dan amalan adalah apa yang mereka TIDAK MAHU. 

Mereka sebenarnya TIDAK memilih untuk memberi tumpuan, fokus, fikir, rasa dan alami kepada perkara yang mereka MAHU. 

Pelik kan? Sebab tu Spock yang runcing telinganya pun pelik, inikan kita yang bulat telinga ni.

Berikut adalah contoh bagaimana segelintir manusia boleh tersilap pilih untuk memfokuskan minda, rasa dan alami mereka kepada apa yang mereka TIDAK MAHU.

"DIA (bagilah nama apapun, manusia ke, organisasi ke, apa ke jadah ke) JAHAT. DIA NI akan membawa KEROSAKAN macam ni.......(dedah dan senaraikanlah selagi mampu segala kejahatan, keburukan dan ketidak-sempurnaan ini dengan iringian toksid perasaan yang negatif).  DIA ni MUSUH KITA. KITA mesti PERANGI DIA."

Jika apa yang tertera di atas diberi tumpuan, difokuskan, difikir, dirasa berulang-ulang, berkali-kali, ia akan menghantar qwiff ke seluruh alam untuk bertaut dengan qwiff yang sama. Jika diteruskan lagi, ia akan menzahirkan pengalaman mimpi benda berdasarkan teks huruf besar di atas. Itulah 'realiti' yang mungkin terzahir. Yang terzahir akhirnya adalah :

DIA JAHAT. DIA MUSUH KITA. KITA PERANGI DIA.

Adakah KITA MAHU memilih 'realiti' atau pengalaman mimpi benda yang dipenuhi oleh 'dia yang jahat'? 

Adakah kita mahu menzahirkan dunia yang penuh dengan 'musuh'?

Adakah kita mahu hidup kita sepanjang masa BERPERANG dengan musuh yang kita cipta dalam minda dan rasa kita ini?

Selalunya, fokus minda terhadap apa yang kita TIDAK MAHU ini terjadi kerana ego (aku), yang ingin mendabik sebagai penyelamat atau HERO. Inilah kepandaian 'musuh hakiki' manusia, yang pintar menjajah 'fikiran' agar memakan 'tuannya' sendiri.

Hero begini tidak berminat untuk fokus kepada apa yang kita MAHU berdasarkan FITRAH. Dia hanya fokus kepada fikiran dan rasa yang dapat mengekalkan ilusi keHEROan dia je.

Inilah yang dipertontonkan kepada kita setiap hari dalam segala jenis media (perdana mahpun alternatif, atas talian mahupun luar talian). Tak kiralah 'pihak' manapun, semuanya memberi fokus pada apa yang kita TIDAK MAHU. Mereka memberi penumpuan dan fokus (yang berulang-ulang) terhadap segala yang toksid.

Berhati-hati dengan HERO palsu ini, tak kiralah apa jua jenama atau labelnya. Ada ramai sekarang ni. 

Elakkan diri kita dari menjadi sebahagian dari medan gelombang kuantum segelintir manusia ini.

Pilihlah mereka yang memilih untuk fokus kepada apa yang KITA MAHU.

Pilih, fokus, fikir, rasa, alami dan ulangilah berkali-kali dengan istiqamah, apa yang KITA MAHU, bukannya apa yang kita TIDAK MAHU. Janganlah nanti menjadi bahan tertawa mahkluk asing seperti Spock.




No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...