Friday 30 March 2018

MENUA KITAI (OUR LAND)


Se-urat, se-nadi, se-nafas utk produksi @sadaborneo 'Menua Kitai' (Our Land), 13 & 14 April, 2018. Auditorium Dewan Budaya USM. 8.45 mlm. #menuakitaiusm



A GOOD DAY - FOR ALTERNATIVE READING


Read from the bottom to top, and have a good day.



RUMI'S SWIRL


Come to me, and I shall dance with you 


In the temples, on the beaches, through the crowded streets 


Be you man or woman, plant or animal, slave or free

 

I shall show you the brilliant crystal fires, shining within 


I shall show you the beauty deep within your soul 


I shall show the path beyond Heaven.


Only dance, and your illusions will blow in the wind 


Dance, and make joyous the love around you

 

Dance, and your veils which hide the Light 

Shall swirl in a heap at your feet.” 


~ Rumi

Thursday 29 March 2018

GEMA KASIH IBU & ANAK


Anak mengirim Sakura dari Togane, Jepun. Ibunya dikirim catatan seorang penulis Jepun yg 3 kali datang berguru di @rozanasbatik . Kasih ibu pd anak terbukti bergema dlm gelombang yg sama. Kita panjangkan syukur dan kirim gelombang kasih buat ibu & anak yg comel ini. Keduanya wanita yg rajin berusaha, tekun dan amat kreatif. 

#gemabelas

TASBIH DI TOGANE


Jika bapaknya yg rock kapak itu berkocak di Fukuoka, doakanlah anaknya yg comel & baik itu bertasbih di Togane. @amirahasnul kirim sakura & terima kasih tak terhingga pd semua yg mengirim doa. Gemakan kasih dan belas mia!

PUPUSNYA SITI NURBAYAH 3


'Serikandi dalam kelisanan; anak kandung alam; bebas daripada bahan2 penaik'.......Ulangtayang keluhan guruku Pak Mail (1989) dgn interteks siri 'Hijab Nurbaya' (2000)

Monday 26 March 2018

PUPUSNYA SITI NURBAYAH 2


'Zaman informasi & artifak muzium' ......Ulangtayang keluhan guruku Pak Mail (1989) dgn interteks siri 'Hijab Nurbaya' (2000)

PUPUSNYA SITI NURBAYAH


Ulangtayang keluhan guruku Pak Mail (1989) dgn interteks siri 'Hijab Nurbaya' (2000)

RUMAH IBU


Dimuliakan dgn panggilan 'Rumah Ibu'. Bukan rumah bapak. Kenapa?  #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai #rozanasbatik

KEDIAMAN


KEarah DIAM yg AMAN = kediaman. Tak sama dgn komoditi, pelaburan dan pasaran.  #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai #rozanasbatik

IMBANGAN


Imbangan, antara apa dgn apa?  #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai #rozanasbatik

ALIF ITU TEGAK


Alif tu tegak, berdiri, diam. Dirikan apa? Utk gemakan (kembangkan) apa?  #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai #rozanasbatik

AMIRA KE TOGANE


Budak comel ni akan ke Togane, Jepun selama 11 bulan utk program Asian Women Leadership dibawah tajaan Yayasan Tuanku Fauziah. Dia terpilih dari lebih kurang 200 org calon serata Malaysia. Itu namanya rezki & amanah, yg perlu disyukuri. Pada saya, ini adalah anugerah Allah kerana dia anak yg baik kpd kedua ibu-bapanya. Saya  mohon semua sedara-mara dan kenalan fb kirimkan doa yg baik2 utk dia, agar dia sentiasa dilindungi, selamat, sihat, dpt mengikuti program dgn penuh keberkatan agar menjadi pemimpin cemerlang utk masa depan. Sebagai bapak yg rock, saya masih nampak dia mcm budak comel dlm gambar sebelah kiri tu.

Saturday 24 March 2018

POHON


Disebut 'pohon' kerana ia terus tumbuh jika disiram selalu. #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai

AL-KESAH KOBOI BALIK KAMPUNG


Semalam saya ke Merlimau, Melaka. Jurupandunya Azizan Paiman. Misinya adalah rakaman foto utk karya terbaru koboi balik kampung, Niranjan Rajah. Karya2 siri 'koboi' terbaru Niranjan bermain dgn kerencaman dan pertindihan identiti dlm kecairan geo-politik dan pasaran global.  Wacana foto 'koboi balik kampung' Niranjan sudah ke merata tempat, Singapore Biennale, Burning Man dan KLBiennale. 

Niranjan (yg kini berkerja dan menetap di Canada dgn keluarga) balik kampung utk sessi dialog sempena pameran yg dia usahakan di Galeri Piyadasa, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya. Dialognya tertumpu kpd peranan tradisi dlm kehidupan kontemporari. 

"In this Dialogue Session we will explore the life work of the scholar and author Durai Raja Singam form personal, communal, national and international perspectives.  We will then go on to discuss the role of tradition in the contemporary art and social life of the nation. Pictured above in his habitual work attire in the later years of his life, the ever so modest Dr. Singam held two honorary Doctorates (awarded by the University of Jaffna and the Banaras Hindu University). He was as fluent in the contemporary lingua franca of international scholarship as he was steeped in Hindu tradition, Durai Raja Singam’s lifework is the epitome of a post-traditional praxis."

Utk rakaman foto di Merlimau, Niranjan melanjutkan wacana koboinya, kali ini dgn saya dan 'rumah tradisional Melaka' sebagai 'teks' dlm fotonya. Rumah tradisional Melaka merujuk kpd karya cetakan dot matrix kolaj digital Ismail Zain berjudul 'Al-Kesah'. 

Saya petik refleksi karya tersebut yg pernah saya rakamkan dlm blog lepas. 

Tinggalan yang lebih bermakna dari seseorang (terutama sekali guru) adalah tinggalah warisan batin, termasuk ilmu yang bermanfaat untuk yang masih hidup. 

Alkisahnya, saya terserempak lagi dengan "Al-Kesah"(1988), karya kolaj digital guru saya, Allahyarham Ismail Zain. Karya ini adalah tinggalan Ismail Zain yang menjadi antara tanda utama pendewasaan minda saya. 

"Al-Kesah" memaparkan kolaj digital sebuah rumah tradisional Melayu Melaka yang menjadi latar untuk kolaj foto keluarga fiksyen JR Ewing (dalam sebuah siri soap operaTV popular sekitar 80an dulu). 

Pak Mail menyentuh tentang 'pemodenan' landskap kampung - dalam konteks globalisasi (atau globa-lu-kasi, globalisasau, juga gooblelibasi), terutama kesan merata dari media massa dan seni bina antarabangsa. 

Kaitan sebegini mengizinkan pembacaan semitotik bersifat inter-textual, yang saya suka layan. Kaitan sebegini juga pernah dikuliahkan kepada saya oleh Ismail Zain, ketika berguru dengan beliau di ITM dulu. 

Saya kongsi sikit sisi saya tentang karya "Al-Kesah". 

Ia dah jadi macam kawan lama, yang telah meninggalkan sesuatu yang amat berbekas dalam diri saya. Kali pertama, ketika dalam studio lukisan tahun 4 (tahun akhir) di Jabatan Seni Halus, Kajian Seni Lukis & Seni Reka ITM. Ketika tu saya (dan rakan-rakan sekelas) dikhutbahkan tentang semiotik oleh Pak Mail (Ismail Zain), yang mengajar kami lukisan. Beliau sempat menunjukkan slidekarya-karya kolaj digital, termasuk "Al-Kesah". 

"Sekarang kalau ke kampung, jangan terkejut kalau dengaq depa gossip tentang JR Ewing, Bobby, Pamela. Siapa bunuh JR? Bini dia sendiri kot? Apa jadi dengan Bobby dan Pamela?..... Ahli keluarga Ewing dalam drama Dallas di tv, sekarang ni dah jadi sebahagian dari orang kampung. Cerita mereka pun boleh jadi bahan gosip kedai kopi di kampung." Gitulah lebih kurang diceritakan pada kami oleh Ismail Zain, sambil melakonkan watak makcik-makcik mengumpat. Kami senyum, mungkin sebab masih kurang fasih tentang globalisasi, atauinstant communication dan segala teori informasi. 

Kali kedua, ketika di rumah Ismail Zain sendiri, yang berkhutbah tentang cultural anthropology sambil menunjuk-nunjuk komputer Apple dia (kini dah pupus). Dia sebut nama-nama orang yang saya tak kenal  - Strauss, Berger, Sontag, MacLuhan, dll. Saya angguk-angguk je, pura-pura paham.

Kali ketiga, sewaktu buat Masters di USA, saya buat satu tugasan tentang Ismail Zain. Saya rujuk semula "Al-Kesah", sebab rasa dah pandai sikit setelah berkenalan dengan nama-nama yang disebut ISmal Zain sebelum ini, menerusi buku-buku mereka, terutama yang berkait dengan semiotik. 

Keempat, selepas pulang dari USA. Bersama dengan Niranjan Rajah, kami mengumpul-semula karya-karya kolaj digital Ismail Zain untuk dipamer dalam satu bilik khas, sebagai tribut kepada beliau selaku pelopor seni elektronik di Malaysia, dalam pameran Seni Elektronik Pertama (1997). 

Kali kelima, ketika memujuk Puan Wairah untuk menjual karya "Al-Kesah", bersama dua lagi karya kolaj digital yang lain, untuk dijadikan sebahagian dari Koleksi Seni Halus USM. Wairah jual dua, hadiahkan satu. Syukur, kini "Al-Kesah" ada dalam Koleksi Seni Halus USM. Jika rindu, saya boleh singgah je ke sana.

(Tautan ke Koleksi USM http://issuu.com/mgtfusc )

Oleh itu, tinggalan mereka yang lebih molek dan afdal dilestarikan adalah tinggalan warisan 'tak ketara' (intangible), terutama sekali nilai ilmu yang amat kaya, yang boleh kita jadikan denai untuk membuat refleksi terhadap dunia, masyarakat sekeliling, dan yang paling utama, diri kita sendiri. Tentu sekali kita mahu mengingati seniman yang telah meninggal dunia. Namun, tinggalan yang terbaik dari seorang yang telah meninggal dunia, adalah warisan ilmu serta nilai-nilai batin yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang masih hidup.   


Here's my conversation with Niranjan:

Hasnul:

Whats the term u use for my role in your photo bro? Am reflecting on koboi for my blog now.

Niranjan:

Image tentative title is Valayan Katti ... atau pun pengikat dawai. So it is like deconstructing and reconstructing a derogatory term. We were both Valayam Katti together on electronic art days. Thus the relevance of ismail zain.  Also you are ismain z punya direct  pewaris... me also lah indirectly... i am the valayan katti of malaysian internet art. Also we are both somehow still networked on metaphysical plane ... independently  working with tradition,  compasssion, metaphisycs and physics. So your wire carries the electronic video signal, mine the internet data. Together now our network is metaphysical. 


Tautan ke blog Niranjan:

https://koboikembaralagi.wordpress.com/2018/04/03/valayan-katti/

 

 


Wednesday 21 March 2018

sALAM


Dlm 'salam' ada 'alam'. #didikjiwahalus #kebunDsedim #7tingkatpermai

Tuesday 20 March 2018

JADI AIR


Jom la jadi air, dicincang mcm mana pun, tak putus. Batu yg keras dan berat pun boleh lekuk dan bergerak kerana air. Semua yg hidup mula dgn air. Dlm diri kita 70% air. Dlm pokok2 dan tumbuhan yg segar, air. Bumi kita diliputi air. Awan itu air. Izinkan air ni mengalir (berzikir, bertasbih) ikut fitrah. Kalau diam, boleh dengar air ni berzikir. Kita hormat dia, toksah angkuh dan lawan dia, toksah cemarkan dia. Jom coba. InsyaAllah kita boleh menuju kejayaan sama2. (Throwback Kem Jiwa Halus 2015, Dusun Pak Sarip, bekal #didikjiwahalus #kebunDsedim)



BUKA ANGIN


Throwback Kem Jiwa Halus 2015, Dusun Pak Sarip. Buka angin utk Kem #didikjiwahalus #kebunDsedim.

perHATIan


"Awat tersangkut dlm masa? Daripada terlebih bagi perhatian pd masa, cuba bagi lebih masa pada perHATIan, insyaAllah HATI jernih dan mengalir cantik" (Throwback Kem Jiwa Halus 2015, Dusun Pak Sarip, bekal #didikjiwahalus #kebunDsedim)

Friday 16 March 2018

TERBANG SAMPAI KE LANGIT


Tumbuh dari tanah subur, naik segar, cecah angin, terbang sampai ke langit. (Throwback Kem Jiwa Halus 2015, Dusun Pak Sarip, bekal #didikjiwahalus #kebunDsedim)

APA YG AKU TENGAH JADI SEKARANG?


Apa yg kita rasa dgn getaran atau frekuensi kalbu/jantung/minda rohani, kita tarik mcm magnet, kita nampak dgn mata/otak/minda jasmani, kita lukis dgn tangan, kita jadi.  Kalau rasa cekal, kita menarik kecekalan, nampak kecekalan, lukis kecekalan, jadi cekal. Apa yg orang lain nampak, itu pilihan getaran rasa kalbu dia, utk menjadi dia.  Masing2 buat pilihan nak rasa, tarik, nampak, lukis dan jadi apa. Cuba tanya diri sendiri dgn jujur, apa yg aku tgh rasa sekarang ni, apa getaran atau frekuensi kalbu aku sekarang ni? Apa yg aku tgh tarik mcm magnet sekarang ni? Apa yg aku tgh nampak sekarang ni? Apa yg aku tgh lukis sekarang ni? Apa yg aku tgh jadi sekarang ni? Jangan tanya orang lain, tanya diri sendiri, 'apa yg aku tgh jadi sekarang ni?'

APA YG KITA SELALU CARI & LUKIS


Apa yg kita selalu cari dan lukiskan, kita jadi. Hang nak jadi apa? (Throwback #gemabelas2017 #Barakat #selatbagannyior #pulaudayangbunting #langkawi. Bekal utk #didikjiwahalus #kebunDsedim #rozanasbatik #7tingkatpermai)

MEDAN KUANTUM


Medan atau dimensi kuantum (getaran/frekuensi tinggi) adalah penghubung antara kesedaran fizikal (gelombang minda frekuensi rendah -beta & alpha) dengan Kuasa Sumber Kearifan yg Infinit. Kebanyakan manusia terperangkap dlm gelombang minda frekuensi rendah (minda sedar), yakni terperangkap dlm kebisingan fikir (beta) dan khayal (alpha). Ia adalah penjara ilusi benda, bentuk fizikal dan jasad kasar. Ia penyebab sakit. Minda sedar atau minda fizikal hanya 10% saja dari kapasiti minda sebenar. Lagi 90% adalah minda rohani (dipanggil 'bawah sedar' atau 'sub-conscious'). Kenapakah kita tidak mahu meningkatkan getaran frekuensi gelombang minda kita ke tahap lebih tinggi (theta, gamma...dan seterusnya), menerobos ke medan kuantum yg memulih dan membuka pintu kpd Cahaya ilmu yg Infinit? #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017 #belasalam  #rozanasbatik #7tingkatpermai

SALING-BERTAUT


Dlm skala kuantum (dimensi getaran alam yg lebih halus dari atom), segalanya saling bertaut. Kembali kpd pertautan kuantum ini buat kita sihat. Memisahkan diri dari pertautan kuantum ini buat kita sakit. (Buku lakaran 2000-2005) #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017 #belasalam #rozanasbatik #7tingkatpermai

SAKIT


Sakit fizikal adalah cara badan memberitahu kita agar betulkan emosi dan cara berfikir (jasad halus) yg bertoksid. Doktor tak boleh betulkan. #didikjiwahalus #kebunDsedim (Buku Lakaran 2000-2005) #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017 #belasalam #rozanasbatik #7tingkatpermai

Wednesday 14 March 2018

7 TINGKATAN


7 tingkatan getaran cahaya/frekuensi/Hz: pada alam semulajadi, warna dan kelenjar dlm badan (Buku lakaran 2000-2005). #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017 #belasalam

APA ITU 'GEMA'?


Apa itu 'gema' dan cammana rupa #gemabelas? Tengok yg sebelah kanan. Kanan bergema (resonan) dgn simfoni alam semesta, kiri bersumbang (disonan) dgn simfoni alam semesta. Resonan memancar cahaya, disonan menggelapkan. Resonan akur pada fitrah, disonan melawan (ingkar/derhaka) fitrah. Resonan menyihatkan, disonan menyakiti (Buku lakaran 2000-2005). #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017 #belasalam

DAYA BELASALAM


Apakah 'daya' yg kita dapat dari #belasalam ? Limpahan rahmat dan rezki yg 'infinit', yg berulang2 setiap sekarang, yg ikut kadarnya (frekuensi/fitrah), yg menyatukan fikiran dan perasaan (otak kiri & otak kanan, sains & seni, logik & intuisi, akal & kalbu, bijak & budi, kasih dan belas). #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017

TANAMAN


Apa yg kita nak tanam, jaga, siram, suburkan utk tumbuh melata dan bergema bersama simfoni alam semesta? #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasalam #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017

Tuesday 13 March 2018

SAMAT SALEH

"Saya pi dulu ok" 
"Ok Prof, selamat!"

Al-Fatihah

(Foto dari fb muridnya, Ilya Rdi)


MASA DEPAN


Masa depan dicipta sekarang. #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasalam #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017

KEMENANGAN JIWA YG BERCAHAYA


Sekarang adalah masa utk kemenangan jiwa yg bercahaya! #didikjiwahalus #kebunDsedim #belasalam #belasinsan #belaswarisan #gemabelas2017

KULIAH DARI BUDAK


Cuba la jawab apa yg budak ni tanya.
Mana la tau, kot kita boleh terbangun sat.
#didikjiwahalus #kebunDsedim

Apa yg kita cari, fokus dan praktis, kita jadi. Cari masalah, jadi masalah. Jgnlah cari, fokus dan praktis perkara yg kita tak suka. Kita tak mahu jadi apa yg kita tak suka. Ramai juga yg dah jadi apa yg dia tak suka. 

Pilihlah betul2 apa yg kita nak cari, fokus dan praktis. 

3 BUKU


Petang tadi, 3 buku yg bawa pesan2 dari langit, sampai ke riba. Semua ditulis oleh Sallina Ismail. Utk saya, sampai itu suatu keajaiban. Salam kasih tak terhingga buat kak @normah_artnest. Baru melihat sepintas dan speed read. Pesan2 dalamnya pernah saya kutip sejak cuba berjinak dgn fizik kuantum awal 1990an dulu. Terkini saya menekuninya utk kajian dan penulisan phd, sampai sekarang tak siap2. Sejak mengutip, saya juga pernah cuba menguji dan memanfaatkan pesan2 tersebut dlm byk siri bengkel kreatif #didikjiwahalus utk pelbagai lapisan masyarakat sejak pulang dari luar negara (kanak2, dewasa, pelajar, polis, askar, dll). Byk yg menjadi 'modal ilmu' utk #kebunDsedim. Nahu buku2 ini mesra-insan, tidak seperti kajian & penulisan phd saya yg sombong dgn nahu akademiknya. Saya berdoa agar pesan2 dlm buku ini dpt bergema lebih jauh utk menghalus lebih byk jiwa.

Sunday 11 March 2018

THE OVERATED ANGER

Anger has been too overated (and celebrated, staged even). I know, I've been there. I had lots of angers, many still lingering. My father's passing woke me up. 

Yes, we can b angry. But we need to b wise in channeling and healing our anger into proactive actions, not mere reactions (aksi, bukan hanya riaksi & riak je). Or else, its gonna poison us till we become so sick and our world become so dark. 

Tq Iskandar Syah Ismail aka Dr Bubbles, for sharing this in ur fb.



https://www.washingtonpost.com/news/inspired-life/wp/2018/03/05/our-anger-is-poisoning-us-heres-what-i-learned-after-my-son-died/?utm_term=.9ef30a8c4fb3

SALAM


Dalam #belasalam ada salam. Buku lakaran (2000-2005) #didikjiwahalus #kebunDsedim

Saturday 10 March 2018

MANA BELASALAM


Tanya: "Kat mana #belasalam ?" Jawab: "Dlm tiap nafas yg kita sedut." Buku lakaran (2000-2005) #didikjiwahalus #kebunDsedim

MAKMAL & RUANG KULIAH


Makmal & ruang kuliah #didikjiwahalus #kebunDsedim

ADA DEGREE, .......& BUDI


Pelajaran yg tinggi bukan utk berlumba-lumba meninggi diri. Terima kasih buat bonda2 yg mendidik kita erti berbudi. #didikjiwahalus dari Dusun Pak Sarip ke #kebunDsedim


Thursday 8 March 2018

TOK TIMAH & TOK TAHA



Tok Timah kawin dgn Tok Taha. Moyang saya Tok Taha ialah sepupu kpd tokoh ulama dan falak, Syeikh Abdullah Fahim. Jika mahu meneka wajah Tok Taha, saya lihat wajah Abdullah Fahim. Atok mereka Tok Tahir, asal Pattani. Ya, saya ada darah Siam Pattani Tok Taha dan darah Siam Songka (Phuket) Tok Timah yg bertaut di Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. Sori la ya, sisi sejarah Pulau Pinang saya tak berkiblatkan naratif kolonial omputeh. 



GETARAN GUNUNG


Sampai verse, 'rasalah anak ku, getaran gunung...' tiba2 seorang anak autisme dari kalangan audien, masuk ruang persembahan dgn happy, terus ke dinding yg dilukis bukit gunung. Di tepuk dinding mural beberapa kali. Ya, dia rasa getaran gunung.

Wednesday 7 March 2018

LIRIK 'SETIAP SEKARANG'

'SETIAP SEKARANG'('ALWAYS')
Lirik (lyric)

Dedicated to the special kids, parents, families & relatives, teachers, assistants, staffs, PIBG, School Board, friends and neighbors of SJKC Aik Hua. 

Thank you for inspiring us with your stories of 'belas' (love and compassion). We hope to echo them to all over the world. 

We hope this song will resonate deep within our hearts. 

"Yang sedar, bagaikan irama muzik
(We have to b awake & mindful. We are energy, always in motion like a musical rhythm)
bergetar, tiada kaku dan beku
(We vibrate, non-stop) 
ia membisik dan melembutkan kasarmu.
(Being aware & mindful soften our hardened hard & diffuse our ego)
SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
(Smile to all the challenges)
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
(Be grateful for all the blessings given)
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
(remember all the good values that our parents have planted in us)
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN
(For us – to be our guide)
Hmmm Hmmm SETIAP SEKARANG
(Every moment)
Pedoman SETIAP SEKARANG
(will guide us)
Hmm Hmmm SETIAP SEKARANG
(Every moment)
Pedoman SETIAP SEKARANG
(Will guide us)
Yang sudah, adalah jalan ku pilih
(What is done – lets move on)
menjadi pusaka bekal cinta
(whatever lessons in life – we keep it with love & compassion) 
untuk getaran yang menyegarkan jiwamu
(to remind us – to return us to our true nature, to make us stronger)
Ku mohon kau tatang
(I just need to you to remember….)
warisanku semalam
(where you come from, your roots, your values)
tolonglah kau kenang
(reflect upon it…..)
dihati mu sekarang
(within you…)
 SETIAP SEKARANG
(always)"

Humbly from us:
Song composer : Kebun Jiwa Halus
Singer : Ainina Hasnul & the wonderful kids of SJKC Aik Hua
Lyricists : Kebun Jiwa Halus & Rozana Mohamed
Soundscapers : Irfan, Jihan, Wak, Angah. 
Translator : Anderson Ee

Mural painters : Kebun Jiwa Halus, Rozana Mohamed, Normah Nordin, Adeela Hasnul, Amira Hasnul, Aznil, Practical students at the Penang State Art Gallery

Animation (writer, designer, editor & director) : Anderson Ee
Animation (fx, design, editing assistants) : Adrian Wei Kit and  Kevin Adi Pratama

Technical support and documentation : Adz Adziim & Yuzai Abe 

Project managers : Alizam Hassan & Laila

Mural main sponsor : National Visual Art Gallery of Malaysia

Mural co-sponsor : Penang State Art Gallery

Please support gemaBELAS outreach program in echoing the spirit of love and compassion as experienced, lived and practiced by Malaysians from all walks of life.

#gemaBELAS2017 #BELASalam #BELASinsan #H3RO #balaiseninegara #SKCAikHuaLebuhMuntri


Tuesday 6 March 2018

SEWAKTU DI SISI (WAN ZAWAWI)


https://m.soundcloud.com/drwanzawawiband/sewaktu-di-sisi?utm_source=soundcloud&utm_campaign=share&utm_medium=facebook

"Sewaktu di sisi' sebuah lagu untuk kebun jiwa halus

Monday 5 March 2018

APA YG KITA TANAM?



Saya genggam tangan dia yg terketar tanpa henti. Dia terbaring atas katil hospital. Saya pandang mata kosong dia. Dia lihat saya, tembus jasad. Waktu itu, saya tak melihat bapak saya. Segala yg selama ini saya pegang dan pertahankan sebagai 'bapak saya', 'dissolved'. Yg melihat saya itu juga tidak melihat jasad saya, atau segala yg saya tatang bergantung pegang pertahan sebagai identiti saya. Semuanya hijab, ilusi, bohong dan palsu. Yg melihat saya itu, mengosongkan saya. Saya teringat pesan bapak,

"Guru hanya boleh sampaikan ilmu. Yg beri Hidayah, Allah." 

Waktu itu, saya dpt rasa bapak saya yg saya pegang sebagai guru itu, sudah makin hilang, menunggu masa utk pergi. 

Moga kita dpt memanjangkan ilmu yg berguna yg ditinggalkan oleh arwah ibu bapa dan guru2 kita, bukan hanya dlm bilik kuliah, jurnal2 berwasit, buku2 berkulit tebal, seminar, konferen, kolokium, simposium, galeri dan pentas saja. Bukan hanya utk tanam saham KPI ROI pangkat darjat kurnia harta benda ranking sedunia. 

Moga kita dpt gemakan juga dlm jiwa, terus ke kata2 dan laku-buat harian, dgn sesiapa jua, di mana2, termasuk di pinggir2 jalan, di pinggir2 kampung dan di kebun2. 

Moga hijab kepandaian kita berteori dan mengajar itu dibuka dan dilindung oleh doa dan didikan dari ibubapa dan guru2 kita yg ikhlas. Ada masanya, jiwa kita sendiri dididik oleh anak2 yg menghargai belas ibubapa dan guru. 

Di manakah benih pemBANGUNan dan transformasi nasional itu ditanam? 
Pada segala benda dan tanda yg boleh disuku-sakat-sukat je ke? Atau pada segala geraf, indeks, nombor yg dibentang dlm bilik2 mesyuarat saja?

Kenapa di sebut 'Tanah Air' dan 'Ibu' Negara/Negeri? Apa yg ditanam? Apa yg kita mahu tumbuh melata? 

Apa yg kita tanam, dan kebun apakah yg bakal kita tinggalkan bila kita mati?

Alfatihah 

(Video dirakam dan disunting oleh Zul Ikhwan Aziz)

Rozana Mohamed

#tanambelas
#didikjiwahalus
#kebunDsedim
#makbapakakuosem
#gemabelas2017
#belasinsan
#belasalam
#belaswarisan
#belasalamsedim
#sksrilindunganraja
#H3RO

https://www.facebook.com/Gemabelas2017/videos/281694672235120/


BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...