PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Friday, 11 May 2012

ALAMI KETUNGGALAN

(Tautan ke Bahagian 12)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/05/bangun-dari-pendewaan-dan-tahyul-mimpi.html?m=0

Ahli fizik Jahn Hagelin membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan kuasa pemusatan minda secara berkumpulan. Beliau percaya, bahawa  :

Status atau keadaan dunia adalah hasil dari himpunan cara fikir keseluruhan umat manusia. 

Jika seluruh umat manusia tertumpu pada kebencian dan peperangan, peranglah statusnya. Jika tertumpu pada ketamakkan, tamaklah statusnya. Jika tertumpu pada kedamaian, kedamaianlah yang terzahir.

Ada empat idea teras yang diusul oleh Hagelin:

1. Terdapat kesatuan medan kearifan tunggal yang menjadi teras kepada segala dalam alam
2. Manusia boleh mengalami medan ini
3. Mempelajari cara untuk mengalami kesatuan medan kearifan tunggal ini akan menjana pertumbuhan peribadi yang tinggi dan mulia
4. Akan muncul sejenis kesan pengaruh kedamaian dan keamanan, terpancar merentas segala dimensi kemanusiaan

'Kesatuan Medan Kearifan Tunggal'?
Hmmmmmm......lebih afdal disebut Yang Maha Bijaksana.

Marilah kita bersatu dalam 'kesatuan medan kearifan tunggal', memberi tumpuan pada CINTA ABADI DAN KEDAMAIAN.

Sebagai bekalan, mari kita renung petikan berikut:

"Pada peringkat permulaan amalan, kita fokus secara khusus pada pembelajaran dalam bentuk meditasi. Kita belajar bagaimana untuk menggunakan jasad kita agar dapat duduk dengan selesa dalam 'zazen' menerusi cara duduk dan pernafasan yang baik, dan kita belajar bagaimana untuk menggunakan minda agar kita dapat memfokuskan perhatian kita. Pada masa yang sama, kita mengalami satu pembukaan (menyelak hijab) yang membawa kepada fitrah diri. Kita panggil pengalaman 'bukan dualiti' ini sebagai satu anjakan kerana ia adalah anjakan dari cara lazim kita mengalami realiti. Tiba-tiba saja, kita mengalami secara langsung realiti hakiki yang mendasari segalanya, termasuk diri, bukan lagi realiti permukaan. Apabila kita dapat mengalami sejenak hakikat ini, diri tidak lagi menjadi pejal atau kekal. Cara lazim mengalami diri dan dunia telah ditembusi, walaupun sepintas atau sejenak, dan  kemudiannya menjadi lebih mudah untuk kita memperakui bahawa dualiti hanyalah salah satu dari sisi dari apa yang kita panggil sebagai realiti"

Genpo Roshi, The Path of Being Human.

No comments:

Post a Comment