PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Friday, 31 August 2012

WHY LA?

When that beautiful and iconic mural was irresponsibly vandalized, why la u must blame it on Islamic syaria law, sis. Ya, ya.....u have the right to speak your mind, but please la, at least u should have the decency to respect the month of Syawal and the spirit of Eidul Fitri. Why la u conveniently and hastily blame the syaria law (in other words, Muslims), as if they are all jahat people. There are good and bad people, the rest are just labels dear sis. But have to respect your expression, perhaps thats how you translate your Janji 'Demokasi'. Would be nice to also dignify democracy with many colors instead of only one, which can be mistkenly read as totalitarian. U stay cool sis. :)

MERDEKA DALAM DIAM

Yo bro and sis, mari kita merdekakan diri kita dari nafsu dan hijab mimpi benda. Kemerdekaan, seperti juga seni, sukan, kebudayaan dan warisan dah terlalu tepu dihijabkan oleh pelbagai cogan, laungan dan pekikan. Mari kita diam jap.

Wednesday, 29 August 2012

4 PERSEPSI DULU DAN KINI


Keberkatan, bukan pada karya atau pengkaryaan saja,

TERIMA KASIH AKIB DAN IMAN

Terima kasih Akib 
kerana sudi tunjukkan pakcik yang rock ni
buku lakaran buatan kamu sendiri
yang dalamnya terisi lukisan-lukisan kamu yang best-best tu

Terima kasih Akib
kerana sudi izinkan pakcik menkartunkan kamu
Sori la ya, kalau lubang hidung kamu tu pakcik terlukis besar
pakcik pun bukan terrer sangat melukis

Terima kasih Iman
kerana sudi izinkan pakcik mengkartunkan kamu
Sori la ya, jambul kamu tu pakcik jadikan lebih brutal lagi

Pakcik ni
agaknya
dah jauh sangat 'meninggi diri'
dengan segala pameran solo dalam dan luar negeri
dengan gah seni kontemporari yang nama pun hanya temporary
dengan festival, trienalle, biennale segala binawe layan setengah mati
dengan usapan kurator  dan galeri yang sedia tolong jaja diri ini
dengan belaian kolektor dan wang melimpah kerana karya dibeli
dengan simbahan populariti di serata media termasuk tv
dengan deretan anugerah punca segala megah diri
hingga pakcik pun dah semakin lupa
DIRI.

Terima kasih la Akib dan Amin
kerana mengingatkan pakcik
kenapa pakcik suka sangat melukis
masa kecil-kecil dulu




Ramadhan
Masjid USM


"Ni, salah ni. Lubang hidung saya tak la besar sangat macam ni Pakcik!"

MENGAPA SAYA ADA (ANOTHER REASON I AM)

Mengapa saya ada
adalah suatu pengembaraan yang sangat indah


Kepada semua yang telah begitu pemurah sekali menghadiahkan saya dengan gelaran 'sifu'(walaupun saya rasa tak layak);
Semua yang telah memuliakan dan menerima saya seadanya sebagai seorang guru, pensyarah, mentor, pembimbing, perangsang, pemudahcara, atau apa saja gelaran yang telah anda berikan pada saya
dulu, KINI dan akan datang
merentasi beberapa generasi
di UiTM, UNIMAS, CENFAD, USM, UMS
Kepada anda yang telah mekar
memanifestasikan potensi anda
dengan cara masing-masing
mengembangkan sayap
sebagai

Ketua Bahagian
Pensyarah
Guru
Pengkarya
Pereka
Kurator
Penulis
Ahli Perniagaan
Pentadbir
dan banyak lagi

Doa dan ingatan baik-baik dari anda adalah rezeki dan nikmat

Anda adalah
ANUGERAH
bagi saya

Sekiranya saya mahu mendabik dan mewartakan diri sebagai
SEORANG PENGKARYA HANDALAN
maka
anda adalah
KARYA-KARYA AGUNG SAYA
yang tak boleh ditukar ganti

Kata-kata adalah terlalu murah untuk meluahkan kesyukuran saya

(Saya ganti dengan esei foto yang panjang meleret di bawah)





The reason I AM
has been a very long
but extremely wonderful journey

To all who have been so generous to honor me with the term 'sifu' (even though I don't think I deserve it); 
to those who have been kind enough to accept me as their teacher, lecturer, mentor, guide, facilitator, motivator or whatever you might had called me..........
then, NOW and in the future......
so many generations of students
at UiTM, UNIMAS, CENFAD, USM, UMS

To those of you who have flourished
to manifest you true potentials
in your own ways
flying your wings
as
Heads of Departments
Lecturers
Teachers
Artists
Designers
Writers
Curators
Businessman/woman
Administrators
and so many more
 

Your doa, prayer and good wishes are my blessings

Your are 
GIFTS
for me

If I want to brag and declare myself as 
A GREAT ARTIST
then
You are
MY MASTERPIECES
that can't be exchanged with anything 

Words are not sufficient to express my gratitude
(hence the long photo essay above)