DEKAT DI JANTUNG YU XIN
Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia pelajar tahun akhir jurusan seni halus di Pusat Pengajian Seni USM. Yu Xin berasal dari China.
Karya ini menghubungkan emosi manusia dengan tindak balas fisiologi. Ia menggabungkan enam potret hitam putih yang disertakan dengan data visual bacaan ECG, pancaran video gelombang bunyi
yang dijana AI berdasarkan bacaan2 ECG responden dan kod QR yang membolehkan pengunjung mendengar bunyi yg telah diproses dari data ECG.
Diinspirasikan oleh interaksi manusia dan emosi yang tersembunyi, karya ini meneroka hubungan antara penampilan luaran (expression) dan keadaan emosi dalaman seseorang (emotional beingness). Ia cuba menggambarkan tekanan, keletihan, kebimbangan serta emosi yang sering tersembunyi di sebalik wajah2 luaran dlm landskap kehidupan seharian.
Suasana galeri yang gelap turut menambahkan kesan emosi dan memberi ruang kepada pengunjung untuk merenung.
Berikut adalah transkrip soal-jawap saya dgn Yu Xin.
HASNUL
Mana dapat inspirasi?
YU XIN
Projek ini diinspirasikan oleh karya "Pulse Room" oleh Rafael Lozano-Hemmer. Juga dari pengalaman saya sendiri. Saya sering mengabaikan emosi. Saya selalu sembunyikan emosi saya kerana perlu memberi tumpuan kepada tugasan harian.
HASNUL
Boleh tak kongsikan apa bahan, teknik dan proses yg Yu Xin guna utk menghasilkan karya?
YU YIN
Karya ini menggunakan enam fotografi potret hitam putih enam responden untuk merakam penampilan luaran mereka. Bacaan ECG mereka diambil. Data visual ECG disimpan. Kemudian data visual itu dijana dlm bentuk gelombang dan bunyi oleh AI. Kod QR dijana utk membolehkan pengunjung mengakses bunyi2 yg digubah dari bacaan ECG responden.
Gelombang dan bunyi itu mewakili keadaan dalaman mereka. Pada awalnya, saya menghadapi cabaran untuk mendekati orang yang tidak dikenali bagi mengambil gambar potret. Saya memang pemalu, pendiam dan tak suka bercakap dengan orang lain. Namun, pengalaman dari projek ini amat bermakna kerana saya dapat kurangkan sedikit rasa malu dan belajar dari perkongsian cerita dan pengalaman emosi orang lain.
HASNUL
Macam mana Yu Xin ubah ECG ke gubahan bunyi?
YU XIN
Proses menterjemahkan bentuk gelombang ECG kepada gubahan bunyi merupakan proses berperingkat. Ia adalah tafsiran artistik, bukan data perubatan mentah yg mewakili emosi responden.
Saya ambil bacaan ECG setiap responden dan kemudiannya menggunakan AI untuk menghasilkan bentuk gelombang artistik berdasarkan penerangan peserta tentang sesuatu pengalaman dan emosi khusus yang mereka alami baru-baru ini.
Saya memetakan bunyi berdasarkan paksi mendatar ECG, yang mewakili masa, dan paksi menegak, yang mewakili voltan atau potensi elektrik. Ritma dan perubahan khusus dalam bentuk gelombang diterjemahkan kepada tiga pemboleh ubah bunyi utama:
1. Ritma: Mencerminkan masa dan kadar degupan jantung.
2. Nada (Pitch): Melaraskan frekuensi bunyi mengikut tahap intensiti emosi.
3. Intensiti: Mengubah kelantangan atau kekuatan bunyi berdasarkan pergerakan bentuk gelombang.
Walaupun AI membantu menghasilkan struktur asas ini, saya membuat pelarasan secara manual menggunakan perisian khusus bagi memastikan bunyi tersebut dapat menggambarkan keadaan emosi tersembunyi para peserta dengan tepat.
HASNUL
Apa itu E.C.G?
YU XIN
ECG ialah singkatan bagi Electrocardiogram (Elektrokardiogram).
Ia merupakan ujian yang merekod aktiviti elektrik jantung. ECG menghasilkan corak gelombang yang menunjukkan bagaimana jantung berdenyut, termasuk kadar dan irama degupan jantung.
Dalam karya ini, data ECG digunakan sebagai inspirasi untuk menghasilkan visual dan bunyi, supaya degupan jantung dapat diterjemahkan kepada gubahan visual yang menggambarkan emosi seperti tekanan, kebimbangan dan ketenangan.
HASNUL
Apa yang diterangkan dalam tiap kapsyen di bawah potret itu?
YU XIN
Kapsyen itu menerangkan profail umum dan emosi peribadi setiap responden.
Profail peribadi meliputi umur dan pekerjaan. Responden menulis naratif emosi masing2 seperti contohnya "Saya berasa tenang apabila menyaksikan kehidupan dan cabaran rakan-rakan sejak zaman kanak-kanak yang kini telah membawa haluan masing-masing. Walaupun terdapat rasa terasing atau berjauhan, pengalaman tersebut turut memberikan perasaan damai yang tidak dijangka. Ketenangan itu datang apabila saya menyedari bahawa kehidupan setiap individu telah berubah dan berkembang mengikut jalan masing-masing."
Jadi, karya ini bukan sekadar menunjukkan wajah peserta, tetapi cuba menggambarkan keadaan emosi dalaman mereka.
HASNUL:
Apa yang boleh diakses melalui Kod QR?
YU XIN
Ia membawa kepada 'SoundCloud', dgn tajuk2 berdasarkan nama responden daripada akaun saya, Yang YuXin. Bila dibuka, akan terdengar gubahan bunyi yg diambil dari ECG responden yg telah dijana-semula oleh AI.
Jadi pengunjung bukan hanya melihat emosi melalui gambar dan kapsyen, tetapi boleh mendengar interpretasi bunyi bagi keadaan emosi tiap responden.
HASNUL
Apa cabaran paling sukar yg Yu Xin tempuhi semasa menghasilkan karya ini?
YU XIN
Saya terpaksa belajar sendiri cara menggunakan AI dan perisian bunyi untuk menghasil dan menyesuaikan ritma, nada dan intensiti bunyi. Sebelum ini saya hanya fokus pada lukisan dan catan.
HASNUL
Apa yang Yu Xin belajar dari penghasilan karya ini?
YU XIN
Saya mula sedar bahawa seni, terutama fotografi, jika digabungkan dgn teknologi perubatan seperti ECG, teknologi AI dan aplikasi prosesan bunyi, boleh menjadi ruang untuk membina hubungan antara manusia. Saya rasa hubungan emosi antara sesama manusia penting kerana ia merentasi rupa dan bentuk luaran yg sering diidentifikasikan menerusi bangsa, negara, agama dan lain2 kategori.
Melakar potret Yang Yu Xin dalam
MEMERI HATI di

No comments:
Post a Comment