PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Saturday, 14 April 2012

PEMULA BUKA TENAGA MINDA

Ahli fizik sudah mengesahkan, tenaga minda bertaut dengan gelombang kuantum seluruh alam. Aristotle pernah pesan "Tenaga minda adalah pati hidup".

Jom kita tinjau bagaimana menala tenaga minda agar senada dengan fitrah. Jika dapat kembali pada fitrah, terzahir mandat manusia sebagai wakil PENYAKSI yang menSEJAHTERAkan seluruh alam.

Perubahan paradigma bermula dari keadaan gelombang minda (atau lensa) yang akan menentukan apakah pengalaman mimpi benda (kehidupan) yang ditayangkan untuk PENYAKSIAN kita. Ia menentukan cara kita menjadi SAKSI.  Ia PAKSI. Ia TALI yang membuka medan kuantum.

Sama-sama kita mohon perlindungan dan petunjuk, terutama saya yang masih dibelengu puSAKA rock dan selalu hanyut ni. 

Saya pernah dipesan Ayahanda dan Bonda, mulakan dengan Syahadah, dengan niat (pintu atau pembuka tenaga), berserta pengosongan, disusul getaran suara (lafaz) yang menggegarkan seluruh urat-nadi dan segala atom serta sel-sel berbillion yang kita prasan dan sebut sebagai aku. 

Ditanam (dibenih/disubur) getaran lafaz tadi menerusi pernafasan lebih kurang 7 harakat setiap naik (sedut) dan turun (hembus). Pernah juga saya dipesan, bila sedut nafas, kita tanam; bila hembus nafas, kita suburkan, kita hantar. Persis menghantar dan menerima signal atau isyarat (tenaga) ke seluruh alam. 

Dalam skala atom, dan dengan getaran Syahadah, ilusi AKU, HILANG - KOSONG (ingat ruang kosong, kata para ahli fizik kuantum). 

Patutlah dulu saya selalu dipesan untuk 'kosong'kan 'diri' oleh ramai guru. Tapi masa itu brutal, tak ambil kisah pun. Tengah sedap tidur bermimpi la katakan, tak rock la nak bangun pulak! Nak tanggal ilusi 'AKU PELUKIS YANG LASYAT' bukan senang.

Sambung....

Selepas pengosongan, seperti yang selalu dipesan (kalau tak pun, dileteri Bonda), mula dengan BISMILLAH. 

Selalunya dulu bila buat, getarannya dimulut je, kadang tu pun sebab nak tunjuk alim bila ada orang lain.  

Itu ilusi 'dulu'. Yang penting adalah mengisi SEKARANG, dan setiap SEKARANG. Kita isi gelombang minda dengan memetakan cara jadi SAKSI agar kembali kepada YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENGAMPUN. Kita jadi SAKSI ikut JALAN YANG LURUS. 

Yang ni ada dalam bahagian IBU KITAB sumber yang dirujuk. Masukkan getaran IBU KITAB pula, barulah medan kuantum 'ada isi'. Lebih banyak kali dibuat, lebih kuat getarannya. Fungsi gelombang kuantum jadi lebih besar dan bertaut dengan gungsi gelombang kuantum SELURUH ALAM yang SENADA dengannya.

Nak buka fungsi gelombang kuantum yang lain pun boleh, tapi lagi best kalau ikut apa yang PENGHULU kita dah pesan dan buat. Sebutlah nama dia macam orang bercinta agar getaran fungsi gelombang kuantum kita SENADA dengan PENGHULU kita. 

Patutlah saya tak serik-serik dipesan Bonda,

"Bila nak mula kerja tu, selain Bismillah, salawatlah bebanyak Nol, kalau tak nanti kerja tu diserta dengan setan. Buat kerja ikhlas, ikhlas tu kalis setan."

Dah 'ada isi', silakanlah. Bukalah, cartakanlah, petakanlah medan minda  dengan memandunya agar lebih fokus. Nak apa? pilihlah apa jua yang ikut fitrah. 

Niat dulu, lepas tu alami (dengan minda) rasanya, baunya, bunyinya, rupanya, persis sedang dialami secara zahir.   

Proses tanam benih gelombang kuantumnya sama. Getar dan tuturkan (lafaz), jaga pernafasan. 

Contohnya, jika dah dibuka fungsi gelombang kuantum "CINTA, KASIH SAYANG, KEDAMAIAN, KETENANGAN, KEAMANAN, KEBAHAGIAN, KEGEMBIRAAN ABADI DUNIA & AKHIRAT", berkali-kali setiap hari, apa yang terjadi?

Yang terjadi, adalah penzahiran kita sebagai SAKSI kepada tayangan mimpi benda (segala aspek kehidupan, termasuk ilusi aku) yang berkongsi (SENADA) dengan gelombang kuantum yang telah dibuka dan dihantar tadi - HIDUP YANG DITANDAI OLEH CINTA, KASIH SAYANG, KEDAMAIAN, KETENANGAN, KEAMANAN, KEBAHAGIAN, KEGEMBIRAAN ABADI DUNIA & AKHIRAT" . 

Jom cuba.

No comments:

Post a Comment