Friday 23 September 2011

MUSIM MENGAWAN TIBA LAGI

Musim mengawan tiba lagi di USM, penuh dengan jubah ungu stripe oren. Semua yang dulu sibuk menyibukkan saya dan mgtf dengan segala drama swasta projek tahun akhir termasuk tesis la, nak kaunseling jiwa kacau la, nak pinjam projektor la, nak pinjam tv monitor la, nak buat frame la, nak buat stretcher la, bla, bla, bla, seperti biasa (macam tahun-tahun yang lepas), terlalu sibuk membaling topi rata tu dan mengambil foto hingga lupa agaknya nak ucap terima kasih. tahniah atas kejayaan mengejar dan dikejar oleh kelayakan kertas bernama 'ijazah'.
Jika boleh, teruskanlah hingga ke Phd. Bila dah dapat title DR. boleh letak di dahi, tunjuk pada semua orang, aku pandai (membuatkan orang lain rasa dia bodoh).
Duhai yang berjubah.....mari kita sama-sama mengangkat kesyukuran pada Allah, terima kasih tidak terhingga kepada kedua orang tua dan semua guru-guru yang dikurniakan Allah untuk membimbing kita. Terima kasih pada makhluk seluruh alam terutama guru-guru kita yang membuka hijab diri agar kita ...jumpa dengan kehebatan yang memang sudah 'built in' dalam diri, agar kita menempa 'kejayaan sebenar'. Kertas ijazah hanyalah tanda zahir yang buat kita prasan dengan mimpi benda. Apa sebenornya yang dikatakan 'kejayaan' tu ye? Dapat segulung ijazah? Tautan batin yang murni antara guru dan muridnya jauh lebih 'sustainable' dari segala KPI (Key Performance Indicator) yang kekadang dikejor dan dirai bagai nak gila (termasuk oleh orang yang menulis komen ni). Kejayaan adalah lebih manis bila dirai dan dikongsi (dipulangkan semula) dengan seluruh alam agar bila kita berjalan atas bumi, ia tak mengherdik kita. Syukur dan ucapan terima kasih kalau boleh jangan ditangguh, tapi dijadikan tasbih mulut dan getar minda/hati setiap saat (apatah lagi ketika meraikan kejayaan). Terima kasih yang diterima (tidak dituntut) kita pulangkan semula pada yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Sekian, kuliah untuk minggu ini.
Di  kiri, guru seni ku Prof. Madya Fauzan Omar, di tengah tu bekas murid ku di UNIMAS, Tentera Gulang (kini usahawan di Sabah), selepas majlis konvo UNIMAS 1999 (agaknya la).
TC Liew recent graduates (Masters of Visual Art 7 Design) USM with me and Assoc. Prof. Fauzan, who used to be my sifu too.
 

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...