Thursday 10 September 2015

PULANG KE DAKAPAN MAHMOODIAH.



Lebuh Acheh, Tanjong Penaga (George Town), Pulau Pinang awal  abad ke 20. 

Rumah tumpangan dekat Masjd Melayu Lebuh Acheh penuh dengan jemaah haji pelbagai bangsa. Mereka datang dari merata tempat, termasuk Acheh, Medan, Pattani hinggalah Johor dan Singapura. Suasananya meriah, kaki lima penuh dengan jemaah lalu-lalang di depan deretan kedai buku, kitab, kain, pakaian, minyak wangi dan keperluan haji. Kawasan ini digelar Jedah Kecil kerana menjadi lokasi transit sebelum jemaah bergerak ke pelabuhan untuk belayar ke Mekah. 


Antara yang ramai ini ialah Zamilah Bt. Bilal, pengusaha songket dari Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru. Dimuliakan dengan panggilan Mak Ambak, dia berjalan di depan sebuah rumah (kini no. 81) mengadap Jalan Lebuh Acheh. Terdetik dihatinya,

"Kalau boleh berniaga songket dan kain di sini, molek sungguh." 

"Tapi kalau bukan sekarang, mungkin rezki anak-cucu nanti," bisik suara hatinya sambil tersenyum seorang. 

Rentas 60 dekad. Lebuh Acheh masa kini, tahun 2015. Sudut yang sama. 


Rozana Mohamed, cucu Mak Ambak, tersenyum syukur sambil merenung kedai batiknya di nombor 81.

"Kalau Tok Ambak masih ada untuk tengok ni, mesti dia suka." ucap Rozana dalam hati. Setiap hari kedai batiknya diserikan kehadiran pelbagai bangsa dari banyak negara. 

"Ini semua berkat semangat Tok Ambak."

Sesekali, fikir dan rasa Rozana pulang ke Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru. Di situlah tapak asal sejarah seorang Tok Ambak yang afdal dibekal untuk generasi kini yang semakin lupa.

Kita ikuti ziarah-kembali Rozana Mohamed.

"Tok Ambak saya atau nama sebenarnya Zamilah binti Bilal, dilahirkan di Johor Bahru, nama baru untuk Tanjung Putri, pada tahun 1901. Bapanya, tokyang saya Bilal bin Abdullah ialah seorang pedagang dari keturunan Arab Habshi kulit cerah, manakala ibunya nekyang saya Zainab dari keturunan Melayu Johor. Sebagai anak sulung, Tok Ambak membesar bersama 6 orang adik-beradiknya - Aminah, Khatijah, Habibah, Habsah, Mohamad dan Ahmad, semua tok-tok saudara saya. 

Sebagai cucu Tok Ambak, tanah lahir dan akar jiwa saya tentulah Johor. Johor Bahru sebelum ditukar oleh Sultan Abu Bakar pada 1866, dipanggil Tanjung Putri (juga Iskandar Putri). Asal nama Johor itu pun molek direnungi. Maksudnya 'jauhar' atau permata. Johor juga dulu dikenali sebagai 'hujung tanah'. Istilah jauhar datang dari pengaruh pedagang arab yang telah berniaga kain dan rempah hingga ke hujung tanah seawal abad ke 16, termasuklah keturunan toknyang Bilal. Saya ada darah hijrah, perantau dan pedagang.

Johor Bahru ketika zaman kanak-kanak dan remaja Tok Ambak (sekitar awal abad ke 20), menerima tempias sentuhan 'bapa pemodenan Johor", Sultan Abu Bakar dan beberapa tokoh perintis lain seperti Datuk Seri Amar (Penasihat Peribadi Sultan Abu Bakar), Datuk Jaafar Haji Muhammad (Menteri Besar Johor yang pertama), Muhammad Salleh b Perang (Datuk Bentara Luar), Muhammad Ibrahim b Abdullah (Datuk Bentara Dalam), Yahya b Awal (Jurutera dan Juruukur) dan Muhd Ibrahim Munsyi (tokoh pendidikan). Mereka mengimbangi  sistem beraja Melayu dengan pengaruh dan selera kolonial Inggeris dalam pentadbiran, pembangunan infrastrukur, pendidikan dan perkhidmatan. Pembangunan di Johor lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20 berlaku dengan pesat berkat usaha mereka. Patutlah Tok Ambak saya amat progresif sifatnya. Dia dilahir dan dibesarkan dalam suasana sebegitu.

Saya perlu sentuh sedikit hal istana kerana ada kaitan dengan riwayat Tok Ambak dan pusaka rumah tenunnya di Kampung Mahmoodiah. Isteri Sultan Abu Bakar, Inche' Besar Zubaidah (nama asal Cecilia Catharina Lange, 1848-1939) melahirkan puteri mereka Tengku Mariam atau Tengku Sulung pada tahun 1871 di Bukit Bidadari Seranggoon, Singapura. Ini disusuli putera mereka Tengku Ibrahim pada tahun 1873. Mereka kemudiannya bersemayam di Istana Bukit Zaharah, Johor Bahru. Setelah Sultan Abu Bakar mangkat, Tengku Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Ibrahim ibni al-marhum Sultan Abu Bakar (1873 - 1959). 

Sultan Ibrahim berkahwin dengan Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid (mangkat 1909). Puteranya Tengku Ismail (1894-1981) kemudian mewarisi tahta. Tengku Mariam pula berkahwin dengan Tengku Mahmud Ibni Sultan Ahmad, Tengku Besar Pahang pada tahun 1892. Tengku Mahmud kemudiannya ditabal sebagai Sultan Pahang manakala Tengku Mariam menjadi Tengku Ampuan Besar Pahang dari 1914 hingga 1917. Setelah Sultan Ahmad wafat pada 1917, Tengku Mariam pulang semula ke Johor Bahru. Keluarga istana ini menjadi latar kepada riwayat pusaka rumah tenun Tok Ambak saya, terutama sekali Tengku Ampuan Mariam.

Selain kaitan dengan istana, Tok Ambak membesar berlatarkan peristiwa perang dunia pertama 1914 dan kenaikan harga getah sekitar 1910an. Dia didewasakan dengan kesedaran kebangsaan yang dicetus oleh Onn Jaafar seawal 1920an. Seperti juga mereka yang sezaman dengannya, Tok Ambak menempuh sengsara pendudukan Jepun 1942, dibakar semangat nasionalisma 1946-48 dan seterusnya penentangan terhadap penjajahan British ketika zaman pra-merdeka 1948 hingga 1957. Dengan latar begini, saya boleh bayangkan bagaimana semangat dan kecekalan Tok Ambak itu tertanam dalam jiwanya.

Sejak usia remaja, Tok Ambak sudah menunjukkan minat untuk berniaga. Ini mungkin diwarisi dari bapanya toknyang Bilal. Tok Ambak sudah mula berniaga kain seawal usia 20an lagi, dan menjadi wanita yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan selain dari perniagaan. Mungkin ini menerangkan mengapa Tok Ambak bernikah pada usia 27 tahun, usia yang dianggap lewat mengikut kelaziman ketika itu. 

Tok Ambak bernikah dengan Tok Tahir (Mohd Tahir bin Endot) pada tahun 1928. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Ismail (lahir 1929) dan Mohamed (1936), ayahanda saya. Walaupun telah bergelar isteri dan ibu, Tok Ambak terus gigih berniaga dan cergas dengan aktiviti sosial hingga dikenali orang dari pelbagai lapisan termasuk kerabat Diraja Johor. 

Empat tahun selepas berkahwin, pada tahun 1932, Tok Ambak dan Tok Tahir mula tinggal di sebuah rumah kayu atas tapak sebidang tanah cerun bukit di Kampung Mahmoodiah. Inilah tapak pusaka saya. Tapak di tepian Jalan Inche Besar Zubaidah (isteri Sultan Abu Bakar) ini terletak berhampiran dengan Makam Diraja Johor. Ia juga terletak tidak jauh dari Bangunan Dato' Abdullah Jaafar, Menteri Besar Johor yang ketiga (kini Galeri Seni Johor), Masjid Sultan Abu Bakar dan istana Sultan Abu Bakar (kini Muzium Diraja) Johor yang mengadap Selat Tebrau. Sewaktu kecil, saya sering menyusuri taman istana hingga ke Jalan Yahya Awal (Jurutera dan Juruukur dalam Majlis Negeri ketika zaman Sultan Abu Bakar). Aura daulatnya, pekat. Pada saya secara peribadi, bukit Mahmoodiah adalah tapak berkat dan keramat.

Suasana kampung yg semakin dihimpit perbandaran.

Pertembungan baru dan lama (rumah tradisional) di kampung Mahmoodiah. Gambar terbaru ziarah tahun 2015.

Rumah pusaka mengadap barat dengan cahaya matahari petang dan senja menyimbah anjung depannya. Sekeliling rumah dipagari pokok-pokok dusun, termasuk pokok pisang dan rambutan. Pandangan dapat melabuh jauh ke ufuk bandar Johor Bahru dan Selat Tebrau yang mencitrakan remang jingga ketika matahari jatuh. Kawasan sekitar terisi dengan rumah-rumah kayu tradisional Johor berlantai rendah. Azan dari Masjid Abu Bakar sering dibawa angin Tebrau hingga dapat didengari dari rumah pusaka. Setiap tahun selepas solat sunat aidil fitri dan aidil adha, suasana menjadi
meriah dengan kehadiran ramai keluarga yang menziarahi kubur, termasuk keluarga Diraja. Persekitaran damai yang menghijau melestarikan tanah berkat ini. Udara bukitnya segar. Tanah keramat ini menggetarkan tenaga yang memulia dan mendaulatkan warisan zahir dan batin. 

Jln Inche' Besar Zubaidah, Kampung Mahmoodiah.

Di rumah pusaka inilah Tok Ambak membesarkan kedua-dua orang anaknya. 

Ayahanda Mohamed b Mohd Tahir ketika remaja

Ditakdirkan Tok Tahir meninggal dunia pada usia yang agak muda sekitar tahun 1940an ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Tentu sekali ia memberi kesan mendalam terhadap Tok Ambak, kehilangan suami ketika berdepan dengan kekerasan pemerintahan tentera Jepun. Namun Tok Ambak bukan jenis yang cepat patah semangat. Beberapa tahun selepas menjanda, Tok Ambak berkahwin pula dengan Tok Jaafar. Saya tidak berpeluang mengenali Tok Jaafar kerana dia meninggal dunia sebelum saya dilahirkan pada tahun 1966. 

Sejak awal 1930an Tok Ambak sudah dikenali sebagai seorang peniaga yang peramah, mesra, berbudi bahasa, suka menolong orang dan aktif dengan kegiatan sosial dan politik, termasuk menerusi Kelab UMNO Jalan Terus, Johor Bahru. Tok Ambak mendapat tempias pimpinan Ibu Zain (Hajjah Zainon Sulaiman) dan (Tun) Fatimah Haji Hashim. 

Tok Ambak, empat dari kanan, anggun bersanggul dan berbaju kurung gelap.

Tok Ambak, duduk di depan, dua dari kanan. 

Ketika inilah beliau mula dipanggil Mak Ambak dan dikenali juga sebagai seorang yang mempunyai citarasa yang halus dan tinggi. Bermula dari tahun-tahun 1930an, Tok Ambak dengan sahabatnya Tok Lamah ketika itu menjadi orang kanan kepada Tengku Molek, Tengku Ara dan Tengku Mariam, kekanda Sultan Ibrahim yang lebih mesra dikenali sebagai Tengku Ampuan Mariam. Hubungan rapat ini menjadi pencetus atau katalis bermulanya sejarah rumah tenun Tok Ambak. 


Sebagai tanda sokongan dan galakan, Tengku Ampuan Mariam mewakafkan sebidang tanah bersebelahan rumah pusaka Tok Ambak untuk dijadikan tapak rumah tenun. Walaupun tidak dikurniakan zuriat, Tengku Ampuan Mariam amat disenangi kerana sifatnya yang penyayang, pemurah dan suka membuat kebajikan. Selepas Jepun beredar,  Tengku Ampuan Mariam mewakafkan bangunan istananya, Istana Mastika Embun untuk dijadikan Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam, dan berpindah ke istana Seri Pemandangan di Skudai. Riwayat hidup baginda pernah disyairkan pada tahun 1953 oleh Datuk Haji Muhd Said b Haji Sulaiman, tokoh persuratan, kesusasteraan dan sejarah Johor. 

Tapak tanah wakaf dilapangkan dan struktur rumah berbentuk empat segi berdinding separa batu dan kayu mula dibina. Rekabentuknya lebih hampir dengan rekabentuk rumah ladang masyarakat Cina yang berlantai separas tanah. Ketika ini, kaum Cina memang terkenal sebagai pengusaha ladang gambir dan lada di Johor. Susunan dalamannya ditandai ruang menenun dan kedai, disamping beberapa ruang bilik, dapur, tandas dan bilik mandi untuk penginapan penenun. Sekitarnya bersempadankan pokok-pokok besar yang rendang, dan hamparan padang kecil di depan. Tapaknya tinggi sedikit dari aras Jalan Che' Besar Zubaidah. 

Pada tahun 1946 rumah tenun siap dibina dan mula beroperasi, dengan Tengku Ampuan Mariam menjadi patron Diraja. Kelahiran rumah tenun menjadi penanda bermulanya sejarah kecil aktiviti tenunan songket di Johor Bahru. 

Saban hari, rumah ini dihidupkan oleh visi, semangat dan denyut rasa Tok Ambak, keprihatinan Tengku Ampuan, dan disambut pula sentuhan halus para penenun yang berbakat. Saban hari ia diisi bunyi alat menenun yang tekun beritma. Udaranya dipenuhi haruman benang yang menenang. Bernaungkan restu kerabat berdaulat, rumah tenun mula mengorak sejarah warisan songket yang halus.

Tok Ambak (kanan)

Tok Ambak mengambil dan mengupah empat orang penenun dari Terengganu untuk berkerja dan tinggal di rumah tenun. Perkakasan menenun juga ditempah dari Terengganu. Tok Ambak membeli benang emas di Geylang Lama Singapura. Dia gigih berulang-alik menaiki bas merah South Johor, sambil menguruskan rumah tenun dengan bantuan Tok Lamah. Rangkaian kenalan dan jangkauan silaturrahim Tok Ambak yang meluas, serta naungan Tengku Ampuan, menjadi pemangkin yang menyuburkan lagi perniagaan rumah tenun. Persis permata atau jauhar,  rumah tenun menjadi ikon penyinar Kampung Mahmoodiah yang dibanggai dan sering disinggahi. 

Sebagai rumah tenun yang menghasil dan menjual kain songket halus bermutu tinggi, ia menjadi tumpuan pelawat pelbagai bangsa dari dalam dan luar Johor terutama Singapura. Mereka sering datang dalam rombongan yang besar. Rumah tenun juga dilanggani sebagai pusat tempahan songket pengantin dan majlis rasmi serta istiadat. Pelanggannya hadir dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kerabat Diraja. Malah, Seniman Negara Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal sendiri pernah mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya yang juga berlatarkan rumah tenun Tok Ambak.

"Siapa yang tak kenal Mak Ambak dan anaknya Kepol (ayahanda Mohamed) masa tu," kata Datuk Syed pada suami saya Hasnul ketika diziarahi untuk temubual pameran solo retrospektifnya.


Ketika zaman awalnya dari 1946 hingga 1952, rumah tenun Tok Ambak pernah disinggahi juga oleh kerabat Sultan Ibrahim, termasuk puteranya Tengku Mahkota Johor ketika itu Tengku Ismail. Selepas kemangkatan Tengku Ampuan Mariam pada tahun 1952, rumah tenun terus beroperasi hingga awal 1980an bagi memuliakan legasi baginda. 

Kedua-dua rumah pusaka dan rumah tenun, tekun menjadi paksi dan saksi untuk titian hidup Tok Ambak. Kedua-duanya juga menjadi penanda kasih antara seorang ibu dengan anaknya, Tok Ambak dengan Ayahanda saya Mohamed. 

Ayahanda Mohamed berkerja sebagai pegawai tadbir di JKR. Pada tahun 1962, ayahanda berkahwin dengan bonda Norliah bt Jamaluddin dan terus tinggal menetap di rumah pusaka bersebelahan rumah tenun. Pakaian pengantinya tentulah molek dihias songket halus rumah tenun. Hingga kini set pakaian ini masih disimpan rapi oleh Bonda Norliah. Bonda juga turut menghidupkan rumah tenun dengan melakukan kerja-kerja menjahit dan membantu jualan. Mereka dikurniakan tiga orang anak (cucu -cucu Tok Ambak) - Azhar (1964), saya, Rozana (1966) dan Azlan (1966). 

Ayahanda Mohamed dan Bonda Norliah pada usia awal 20an.
Persandingan ayahanda Mohamed dan bonda Norliah

Songket tenunan rumah tenun Tok Ambak yg dipakai kedua ayahanda dan bonda masih disimpan rapi oleh bonda hingga kini.
Bonda Norliah di rumah tenun, 1970an.

Azlan, Mak Yah (anak saudara Tok Ambak) saya dan bonda Norliah bergambar berlatarkan rumah tenun.


Pada tahun 1970, rumah pusaka kayu yang asal telah dirobohkan untuk  membina rumah batu setingkat yang sederhana, dalam gaya minimalisme Bauhaus yang masih kekal hingga kini. Walaupun kini bernuansa moden, kami tetap membahasakannta rumah pusaka, Bahasa binaannya seakan berdialog dengan rumah tenun yang semakin berusia. Nuansa German (asal Bauhaus) berbicara dengan nuansa rumah ladang Cina di Tanah Melayu. Keduanya persis pertemuan antara  moden dan tradisi, arus perubahan dengan pengekalan warisan, barat dan timur. 

Dialog Barat-Timur rumah pusaka dgn rumah tenun.

Di rumah pusaka inilah, kami adik-beradik membesar berjirankan rumah tenun. Tok Ambak menjadi tiangnya. Dia membimbing dan mendidik kami dengan penuh kasih-sayang dan adab santun Johor yang halus. Menjadi cucu kepada Tok Ambak ketika itu adalah suatu kebanggaan. Pada masa yang sama, rumah tenun terus menjadi latar utama dan penanda kecekalan Tok Ambak yang amat berharga untuk kenangan kami. 

Cucu Tok Ambak, Azhar Mohamed bersama bonda Norliah.
Saya, Tok Ambak, Azlan dan Azhar sekitar lewat 1960an.
Saya ketika berusia setahun, berlatarkan rumah tenun Tok Ambak. 
Saya, Azlan dan Azhar bersama ayahanda Mohamed, 1967.
Foto Azlan berlatarkan rumah tenun.

Rumah kayu tradisional di depan rumah pusaka, kini sudah diroboh dan diganti rumah batu moden.

Saya ketika darjah 2 Sekolah Temenggung Abdul Rahman 2, depan rumah pusaka setelah dibina baru.
Bercuti bersama bonda Norliah dan Tok Ambak.

Sekitar awal 1980an, Tok Ambak terpaksa menutup operasi rumah tenun kerana sudah semakin tua dan ketiadaan pengganti yang boleh menguruskannya. Penenun terakhir yang berkhidmat untuk Tok Ambak ialah Mak Wan, yang berhijrah dari Terengganu dan menetap terus di Johor Bahru. Penutupan rumah tenun mengakhiri satu cebisan episod sejarah tenunan songket di Johor Bahru, juga sejarah zaman kanak-kanak saya.


Rumah tenun kemudiannya dijadikannya rumah sewa yang didiami oleh beberapa penyewa bersilih-ganti, diuruskan oleh ayahanda saya, Mohamed. Ketiadaan kegiatan menenun ketika itu sedikit sebanyak telah menghilangkan seri Mahmoodiah. Tok Ambak yang sudah menjangkau usia 80an terus tinggal di rumah pusaka bersama ayahanda Mohamed, Bonda Norliah, adiknya Tok Habibah dan cucu-cucunya. Saya pula melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam jurusan seni halus dari tahun 1984 hingga 1988.



Dari tahun 1989 hingga 1991, sebahagian dari rumah tenun saya jadikan studio dan kedai batik, selepas menamatkan pengajian sarjana muda seni halus di UiTM. Tentu sekali ini amat menggembirakan Tok Ambak, walaupun ketika itu sudah meniti usia lewat 80an. Tok Ambak masih sihat dan sentiasa mengambil berat hal dan kebajikan keluarga, termasuk perniagaan batik saya. Walaupun jasadnya makin rapuh, jiwanya tetap halus dan bersemangat. Mulutnya masih becok menuturkan keramahan, sibuk ingin tahu orang yang berkunjung atau bertandang walaupun terpaksa terperap di bilik kerana semakin uzur. Semangat berniaganya yang tidak luntur dizahirkan menerusi keprihatinan terhadap hasil batik saya. Buat seketika, saya cuba meneruskan semangat dan legasi warisan Tok Ambak, walaupun susah. Ayahanda Mohamed dan Bonda Norliah amat menyokong dan tak putus memberi semangat.


Tok Ambak menyarungkan cincin pertunangan ke jari Hasnul, 1990.

Apabila saya berkahwin dengan Hasnul J Saidon pada tahun 1991 dan menemaninya ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran, studio batik terpaksa ditutup dan dijadikan bilik sewa hinggalah kini.

Tok Ambak yang terpaksa saya tinggalkan lagi, meniti usia emasnya di rumah pusaka. Setelah pulang semula ke tanah air, saya bersama suami dan anak sulung kami Adeela menetap buat sementara di Shah Alam sebelum berhijrah bersama suami ke Sarawak. Sesekali kami pulang ke Mahmoodiah menziarahi Tok Ambak yang semakin tua dan uzur.  

Kasih merentas masa dan jasad. Tok Ambak dgn cicitnya Adeela, 1995.
Adeela dgn Tok Bahnya, ayahanda Mohamed, 1995.

Tok Ambak menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1996. Ketika itu saya menetap di Kuching, Sarawak. Pemergian Tok Ambak bukan saja seakan memadam cahaya permata jauhar saya, tetapi juga menandai kehilangan tanda sejarah rumah tenun di bukit Mahmoodiah. Idola, guru dan penyokong tegar saya dah pergi. Pemergian Tok Ambak juga meninggalkan kesan mendalam terhadap kesihatan ayahanda Mohamed, yang ketika itu sudah bersara dan mula uzur akibat penyakit kencing manis. Setelah Tok Ambak pergi, ayahanda seperti hilang separuh jiwa. 

Bila pulang bercuti ke Mahmoodiah, saya sering nampak ayahanda duduk menung di anjung depan rumah pusaka sambil melontarkan pandangan jauh ke bilik Tok Ambak dan rumah tenun. Saya faham dia rindukan Tok Ambak. Saya dapat rasai kuatnya ikatan kasih-sayang antara dia dengan Tok Ambak, walaupun pada pandang mata, tak begitu dizahirkan. Sesekali dengan pelikat dan kemeja lengan pendek, dia membersihkan daun-daun kering pokok rambutan di depan rumah, atau melayan kucingnya Cik. 

Dua catan batik saya, merakamkan 'abah' tanpa kehadiran jasadnya.

Kalau melihat album gambar cucu-cucunya Adeela, Amira dan Ainina (cicit-cicit Tok Ambak) ditenungnya lama setiap satu gambar. Ketika itu, ayahanda semakin dihimpit keuzuran.

Empat tahun selepas pemergian Tok Ambak, ayahanda Mohamed meninggal dunia, menyusul bondanya yang amat dikasihi. Sekali lagi saya kehilangan permata jauhar.


Pemergian kedua-dua insan ini persis terpadamnya cahaya yang menyinari warisan sejarah rumah pusaka dan rumah tenun. Jiwa saya rasa suram, namun hidup perlu diteruskan.

Walaupun kini semakin dihakis zaman dan dihimpit tuntutan pembangunan, kedua-dua rumah pusaka dan rumah tenun Tok Ambak masih berdiri gagah di pinggir Jalan Inche Besar Zubaidah Kampung Mahmoodiah Johor Bahru. 

Bila melihat rumah tenun, saya terkenang taburan bunga kenanga yang dikutip untuk diletak pada sanggul Tok Ambak yang sentiasa kemas, cantik dan anggun. Masih terngiang suara dia bercerita, berpesan. Masih terasa dakapan erat dia. Masih nampak kebaya dan baju kurung Johor dia, telekong dan tikar sembahyang. Kekadang, terhidu haruman benang emas dan kain songket yang baru disiapkan. 


Kini, Bonda Norliah menjadi sauh dan tiang yang memasak kukuh kedua-dua rumah pusaka dan rumah tenun. Pengorbanan dan kekuatan dia susah untuk saya ungkap dengan kata-kata. Bondalah yang taat menjaga Tok Ambak, Tok Habibah, dan ayahanda ketika mereka sakit. Dalam dakapan Bonda ada semangat Tok Ambak, Ayahanda dan Mahmoodiah sekaligus. 

Kini rumah pusaka dan rumah tenun menjadi penanda tinggalan benih kasih Tok Ambak terhadap anak, cucu dan generasi pewarisnya. Keduanya juga adalah tanda zahir untuk semangat, kecekalan dan kejayaan seorang wanita Melayu mengorak sejarah dan warisan tenunan songket di Johor Bahru berpayungkan restu yang berdaulat.

Memang diperakui, jasad kasar yang ditinggalkan itu adalah rumah dan tanah. Namun yang halusnya adalah pusaka kasih dan amanah Tok Ambak untuk generasi pewaris akan datang. 

Setiap kali pulang kembali ke Mahmoodiah, kasih dan amanah ini menjadi getaran halus yang saya daulatkan dalam jiwa, untuk saya wariskan pada anak, cucu, cicit generasi seterusnya. 

Al-Fatihah."

Kedai-kedai berdekatan Masjd Melayu Lebuh Acheh penuh dengan pelancong pelbagai bangsa yang datang dari merata tempat, termasuk China, Australia, Amerika Syarikat dan benua Eropah. Pada musim cuti dan perayaan, suasananya meriah, kaki lima penuh dengan pelancong lalu-lalang di depan deretan kedai batik, baju, cenderamata dan kad kahwin. Kawasan ini kini diwartakan UNESCO sebagai zon warisan, tapak sejarah yang penting untuk bandaraya George Town, Pulau Pinang. 

Rozana Mohamed melangkah keluar dari Masjid Melayu, menuju kedai batiknya yang terletak berhampiran. Zon warisan ini jauh dari tapak asal Rozana di Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru. Walaupun tidak menerima pengiktirafan UNESCO, sejarah Tok Ambak dan warisan semangat rumah tenun di Mahmoodiah tetap terpahat dihati. 

Yang jauh, hanyalah pada jasad. Di jiwa, pekat dan sangat dekat dengan dakapan Mahmoodiah. 



Rozana Mohamed
Hasnul J Saidon




Sumber:
Norliah bt Jamaludin
(Menantu Tok Ambak)
Zainab bt. Ahmad
Saadiah bt. Ahmad
(Anak saudara Tok Ambak)














Wednesday 9 September 2015

WHAT ARE WE PRAYING FOR, TRULY?


Dear Sharmiza and Bibi, thank you for inviting me to write. Sorry or the apparent lack of urgency.

For the past two years, except occasionally for my blog entries, I have been enjoying the pleasure of not taking any formal writing invitation for solo or group exhibition. I had to focus on my research and creative works.

Yet, for both of you, I made a rare personal exception. Personal because both of you are close to my heart. Any person that is close to my heart, will also be in my doa or prayer. Doa, fittingly enough, is in the title of your show. Your works, I suspect, are about matters close to your heart, in your doa

Ya I know, matters pertaining to the heart, doa, personal acquaintance and feeling are normally considered as inferior, even a taboo that can taint a supposedly sober, objective and academically-sound ‘analysis’ or reading of a subject. Academics like to deny them, or pretend to. Staunch positivists with uncompromising claims of ‘scientific truth’ will always put the untainted objective mind as having a superior position compared to a feeling and intuiting heart, not to mention, doa. Doa seems to strike a pessimist note, jabbariah (leaving everything to fate). You may try Nolan’s “Interstellar” to witness the conflict between the heart and the mind.

Forget Nolan. Allow me to babble on matters pertaining to doa and the politics of the heart. I will be sharing materials taken from several of my blog entries. Sorry I won’t be writing about your artworks. After all, I was not able to see your current works in person. Plus, I believe there are many scholars out there who can decipher you works cleverly than me.

Dear Syarmiza and Bibi,
We are the custodians of hearts. Our hearts’ electro-magnetic field is said to be 5000 times stronger than our brains’. In other words, our emotional quantum waves or vibrations are stronger than our thoughts. They influence our minds. Collectively, they form our deeper interconnected trans-human ‘inner-net’ or for some, ‘bio-field’.

Our feelings affect what we believe in, our consciousness and our realities. Our feelings are the intangible and silence doa that our hearts radiate, transmit and receive on a daily basis, deeper than what our intellect can falsely conjure, objectify, rationalize, discourse and justify. Our hearts lock or collapse the infinite waves of quantum possibilities into place to become standing waves (our chosen experiential reality and matter). Doa radiates directly from our hearts. If our hearts radiate and transmit love, we receive love, or circumstances that test and further affirm or strengthen the love.


Pict.1


Pict. 2


Few would argue that a unifying physics should place the heart as the creator and governor of the realm of matter, not the intruder; that the universe is a great field of emotion rather than only thought; an ‘emotional’ construction rather than only ‘mental’. The universe is a spiritual state. Higher consciousness, compassion, kindness and mindfulness for examples, require a higher awareness of both our own emotional and mental states. In such a post-materialist universe, doa is not a pessimist action anymore, it has a higher place and pro-active role.

“If we always keep kind thoughts, we will purify our own body, and thus become beautiful and healthy. If we always keep kind thoughts, we will also purify the environment and people around us. The most direct way to purify the world is to keep kind thoughts. It would have a tremendous impact on the world if the public could see that point.”(Physicist, Dr. Chen Loujia.)

Pict. 3

In regards to post-materialist research on consciousness, compassion, kindness and mindfulness including those that have a place for doa in it, “a group of scientists as well as practitioners in diverse disciplines are joining together to collectively advance the totality of understanding on the role of the consciousness in healing, including mapping the impact of mind-body-spirit practices on the biofield and health. This group of scientists, practitioners, and educators, who are part of the Consciousness and Healing Initiative, are ready to take the bold steps needed to rigorously ask and answer the harder questions -- what is the role of our own consciousness in influencing our biology? How deeply can we guide and facilitate our own healing through our emotions, behaviour, social, and spiritual connections, and how can we harness these effects to promote better health for ourselves, our communities and our planet? (Dr. Shamini Jain, Assistant Prof, UC San Diego, Founding Director, Consciousness and Healing Initiative (CHI) in her essay, “Hacking Into Healing: The REAL Future of Medicine”.)

Our hearts (emotion), doa and healing are intricately inter-connected.

Of course, doa usually comes in a form of verbal utterance (sound waves/vibrations). Yet, it can also be expressed in myriads of lower tangible forms (slower waves/vibrations), including bodily gesture. When we speak of doa, the usual visuals that come to mind are our palms.

Our palms contain myriads of hidden signs. We transmit and receive through our palms. Allow me to share few readings, intially from Islamic perspective, before expanding and relating them to other traditions and sources.   

Pict. 4
 Two palms composited with green lines created by a motion of a point at the tip of a hand during a ‘takbiratul ikram’ (a motion during a prayer in Islam). The lines were captured by using motion capture cameras. The vessel-like curvatures (the motion captured prayer lines and the lines of the palms) can be associated to the Arabic letter ‘ba’.

Pict. 5
 Screen capture of the motion-captured prayer lines, created by the movement of a point at the tip of a hand during a particular motion in prayer (for Muslims)

Pict. 6
 Composite of the motion-captured prayer lines with a profile view of a 9 months baby in a mother’s womb.


Pict.7
Composites with palms


The letter ‘ba’ can be approached through 99 Names (attributes) of Allah (Asma'ulhusna), as listed below.

 Pict. 8 (Sourced from Nur Zaidi’s in progress Phd thesis).


Pict. 9
The Arabic numbers 81 (left palm) + 18 (right palm) = 99 Names of Allah (Asma'ulhusna)
(Sourced from Nur Zaidi’s in progress Phd thesis).


A palm is also instrumental in the daily tasbih/zikir (invocations) of Muslims.

 Pict. 10

One may also explore the palms from the electro-graphs chakra below.

Pict.11

…or from the Chinese tradition of acupuncture points below.



Pict. 12

The open palms also relate to giving and receiving mudra, signifying openness, truth and honesty in a Buddhist tradition. A friend Anderson Ee told me that the mudra reminds us that we can’t hold on to anything, and must acknowledge that we don’t know the answers to everything. Yet we must be humble enough to seek and give offerings to others.  

For me as a Muslim, as I scoop a pool of water on my palms before washing my face (as in ablution=wudhu), I can see a pool of water in the shape of a heart and love.


 Pict. 13
‘Takung’ (2004) at the National Visual Art Gallery.

Our hearts and doa, colour our body.

Heatmaps below reveal where humans feel certain emotions as triggered by the heart.





Pict. 14 & 15


 Pict. 16


Now let us explore a bit the politics of the hearts.

‘Hearts are of four kinds: the heart that is clear like a shining lamp; the heart that is covered and tied up; the heart that is upside-down; and the heart that is clad in armour. As for the clear heart, it is the heart of the believer in which is a lamp filled with light; as for the covered heart, this is the heart of the disbeliever; as for the upside-down heart, this is the heart of the hypocrite, who recognizes then denies; as for the armour-clad heart, this is the heart in which there is both faith and hypocrisy. The parable of the faith in it is that of legume, a sprout that is irrigated with good water, and the likeness of the hypocrisy in it is that of sores that are fed by blood and pus. Whichever of the two prevails is the characteristic that will dominate.” (From Imam Ahmad, narrating Abu Sa`id Al-Khudri witnessing the saying of Prophet Muhammad.)

Dear Syarmiza and Bibi,
Allow me to end with the following questions:

As the custodians of the hearts, what types of emotion prevail and dominate in the higher quantum field of our immediate habitat, especially our ‘contemporary art’ habitat?

What types of emotion are our hearts radiating, transmitting and receiving, deep and in silence as we engage in such art?

What are we praying for, truly?  



HASNUL J SAIDON
September 2015.




BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...