Thursday 10 May 2012

MEMANDU ATAS JALAN YANG LURUS DAN BENAR

James Allen yang saya tak kenal pernah menulis, 

"Jumpaan terhebat generasi saya adalah bahawa manusia boleh mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap mereka terhadap minda"

Beberapa manusia istimewa sebelum ini telah meninggalkan kita dengan warisan kuantum atau batin yang membolehkan kita mengenal dan berdansa dengan tenaga seluruh alam. 

Bagaimanakah kita boleh mendapatkan warisan batin ini? 

Perjalanan kita untuk menemui warisan ini bermula dengan penanaman gelombang fikir yang sudah mengALAMI hasil yang positif, bahawa 

AKU IALAH YANG DITUNJUKKAN JALAN YANG LURUS DAN BENAR. AKU IALAH YANG MENGALAMI JALAN YANG LURUS DAN BENAR.

Lagipun, bagi orang Islam, ini memang disebut ini berulang-ulang. Ditanam dan dizikir berterusan (sambil menepis gangguan gelombang negatif yang lain), kita akan dibentangkan dengan 'jalan'nya.

Kita ikutlah dengan taat. Jalan tersebut akan membawa kita kepada 'pengalaman mimpi benda' (termasuklah peristiwa, kejadian, dan interaksi dengan manusia dan makhluk) yang membuka hijab diri, mengenal rahsia diri dan alam.

InsyaALLAH.



No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...