Saturday 30 June 2018

LAMAN RAKAMAN 7TINGKAT PERMAI


Pokok, air dan tumbuhan adalah perakam terbaik, kata kawan saya @jeganathanramachandram . Saya tambah dgn binatang (kucing dan ikan). Tempat ni byk merakam. Banyak ide2 osem timbul di sini. Tak percaya tanya tumbuhab, air dan kucing2 tu. Salam kasih buat yg pernah singgah tinggalkan getar fikir dan rasa. Nak rasa getarannya, silalah. Depan #7tingkatpermai

LEPAS JATUH TIMBUL 'HARAPAN' (AFTER A FALL, HOPE RISES)


Baling-balik 1998. Klip musik video. Setelah 20 tahun. Lepas jatuh timbul 'harapan'. Kadang2 tanda muncul awal, makna ambil masa 20 tahun utk timbul. Cuba video klip yg kedua. 

(Throwback 1998. Video music clip. After 20 years. After a downfall, 'hope' rises. Sometimes, sign appears first, the signified may take 20 years to manifest. Try the second clip).

AWAKENED (BANGUN)

SEMINAR PASCA MEE SOTO DI 7TINGKAT PERMAI


TOPIK SEMINAR: Punk & daya-hayatnya dlm arus kapitalisma global, punk sbg stail atau ideologi, zines pra media sosial, gentrifikasi atau urbanisasi atau hipsterisasau?, naratif penyelamat herois yg memerlukan provokasi & penciptaan 'watak jahat', aktivisma politik dlm seni setelah bergelar pemenang & kerajaan, aktivisma sosial touch & go, parodi radikal & berani mati oleh publik dlm media sosial dibanding dgn karya seni tampak dlm galeri, tanda dan makna yg hilang, tanah+air & ibu, let it be. PESERTA SEMINAR: 4 orang pemuzik band pop-etnik, seorang pensyarah, seorang pelukis sepenuh masa, seorang pelukis-usahawanita, seorang tukang kebun. Sekian ringkasan program pasca makan di #7tingkatpermai . Bunyi topik je berat2, tapi takda siapa yg berkerut dahi, semua rilek je. Bebas dari sebarang borang penilaian prestasi & KPI. @sadaborneo @hasanul_isyraf_idris

APA YG AKU NAMPAK DI KEDAI ROZANA'S BATIK?


Apa yg aku nampak di
kedai kecil Rozana's Batik? 
Aku harap orang lain pun nampak yg sama. 
(What I see at Rozana's Batik small shop? I wish others can see the same)


IBU & ANAK
Dua adiwirawati disebalik Rozana's Batik, anda cahaya suria saya. Demi masa mu, setiap sekarang.

MOTHER & CHILD
Two superwomen behind Rozana's Batik, u r my sunshine. In the name of your time, every moment. 



Friday 29 June 2018

ROZANA'S BATIK


Ruang yg indah dicipta oleh getaran yg ikhlas, kasih, penuh syukur dan ceria. Yg membentuk sesebuah ruang adalah getaran hati insan yg berkunjung, bukan saja benda. Ini adalah ruang kecil dan 'buah hati' kami sekeluarga. Ia tapak rezeki dan markas menghaluskan jiwa.  Ia berjiran dgn Masjid Lebuh Acheh yg lejen. Jika ke Tanjong Penaga atau George Town PPinang, singgah la. Jgn lupa bawa niat yg ikhlas, hati yg penuh kasih-sayang dan fikiran yg terbuka. Itulah rezki terbaik utk kita semua.




(A wonderful space is created and nurtured by the vibes of honesty, love, gratitude and joy. The vibes of a space are created by the vibrating hearts of its visitors, not just things. This small space is our family's 'sweetheart', abode of fine heart and sustenance. Its neighbour is the legendary Lebuh Acheh Mosque. If u happened to b in Tanjong Penaga or George Town, do drop by. Dont forget to bring an honest intention, loving heart and open mind. Those are the best gifts we could ask for.)

Intai di:

https://www.facebook.com/pages/Rozanas-Batik/132136986845116

Tuesday 26 June 2018

BALIK RUMAH TOK CU

Tanah & rumah adalah penzahiran kasih sayang dan belas tak bersyarat. Ia adalah warisan kasih utk 'cahaya mata' kita, generasi hari ini dan akan datang, merentas masa. Cubalah singkap makna 'cahaya' dan 'masa'. Singkaplah dari jendela kerohanian dan budaya yg halus, mahupun sains. 


Sebab itulah rumah utama dimuliakan dengan panggilan 'ibu' rumah. Ibu rumah itu pangkal kpd 'ibu' negeri. Tapaknya dimuliakan sebagai 'tanah-air'. Cubalah pula singkap makna 'air', dari sisi zahir dan batinnya, fikir dan zikirnya. Tanah saja tanpa air tidak akan subur. Tanah-air yg subur, alamnya sentiasa bertasbih, bertahmid, berzikir, bukannya kering dibahang api benci, tamak & haloba. 


Balik rumah itu adalah pulang kembali kepada 'fitrah' seperti yg kita rayakan setiap 1 Syawal. Semasa takbir dilaungkan, tanah dan segala tumbuhan serta pokok2 turut serta. Tolonglah jangan dipunahkan kepulangan kpd fitrah itu dgn kesongsangan semiotik yg menghina kemuliaan insan. 


Tanah dan rumah itu adalah penzahiran sejarah, amanah dan maruah. Peliharalah dari dilupus oleh mantra bergelar 'pembangunan' & 'pembaharuan' yang tak henti meresah dan memusnah. Bangun dan baharu yg sebenar adalah jiwa yg pulang dgn tenang sebelum pulang hakiki (mati). Pulang itu adalah kpd fitrah, agar dapat kembali-semula menjadi insan baharu yg sejahtera dan mensejahterakan. 


Jom, balik rumah Tok Cu.







Monday 25 June 2018

MAHARAJA BOGEL

Sekarang ni nak murnikan dan pertahankan perlembagaan dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, dituduh rasis. Jika tegur, dituduh makan dedak. 

Tak lama dulu, sebab takda siapa berani tegur, maharaja bogel prasan dia pakai baju cantik. Akhirnya dia tumbang. 

Tak ingat ke. 

HARI RAYA & HANTU RAYA

Hari Raya Aidil Fitri (Eid) tidak ada kaitan langsung dgn sebarang jenis hantu, termasuk hantu raya. 

Ia adalah hari meraikan kejayaan pulang kembali kpd fitrah. Sebarang kaitan dgn hantu, secara metaforik, simbolik, semiotik, tersirat-tersurat, hanya akan menyimpang dari makna asal. 

Tapi yelah kan, ni zaman dekonstruksi, pasca-moden lewat dan celaru semiotik yg dipacu ramai yg bergelaran pandai2. 




KAK NORMAH DI #7TINGKATPERMAI

Padam api dgn satu titik air mata keinsafan, partikel bertawaf, DNA berpusar, bertrilion sel, pandangan rentas DNA, kehebatan & rahsia Penciptaan dlm tubuh kita, drum circle, ..... kak @normah_artnest datang, mcm2 ilmu yg dikongsi. #7tingkatpermai



"Kau toksah stress stress nol."

#7tingkatpermai

SELAMAT DATANG KE #7TINGKATPERMAI

Setiap buku ada nada, melodi, jalinan bunyi dan ritma tersendiri. Mengalaminya persis menghayati alunan muzik, yg membawa kita mengembara ke merata daerah minda dan rasa,  fikir dan zikir. Semua berputik dari niat. Niat itu pintu, hati itu arah, minda itu alat yg memandu mata. Bacalah secara visual dgn mata hati dan jiwa, bukan secara mengeja dgn mata minda dan benda saja. Itulah rahsia 'iqra'', mencari yg 'haq' dlm kesabaran dan ketekunan. Pengarang adalah juragan kembara, membawa pembacanya meneroka, menguji dan mengenal keluasan getaran minda dan rasa manusia. Banyak daerah, byk rumah, banyak pintu, byk tingkat. Buku hanyalah pintu, yg memandu ke arahnya adalah guru. Guru hanya boleh tunjuk saja, yg beri Hidayah adalah Pemilik segala ilmu. Moga kita sampai ke daerah dan tingkat paling tinggi, tingkat yg sering dimurnikan dgn angka 7 itu. Selamat datang ke #7tingkatpermai



RAK-RAK KOTAK #7TINGKATPERMAI

Antara yg tersimpan di dinding belakang itu adalah beberapa buku yg terkandung esei2 hasil ziarah studio dan temubual saya dgn ramai pengkarya tempatan. Tak semua dpt saya rakamkan dlm buku. Byk 'sumber' yg tak dpt dimuatkan. Semuanya khazanah ilmu yg amat berharga utk saya krn mereka yg saya ziarah itu saya anggap sebagai guru dan sumber ilmu. Tak semua yg dikutip itu dpt dikongsi. Byk yg perlu disunting, ditapis, ditepis. Byk juga yg disimpan dlm hati je. Oleh itu, kpd bakal2 pemegang ijazah yg megah, juga mereka2 yg prasan ilmiah, jika mampu, cubalah jumpa sendiri pengarang, bersemuka, bertukar pandangan, bertanya, bersoal-jawab, berdebat, dgn beradab. Toksah la hanya jadi desk researcher atau keyboard researcher dok main petik perenggan ikut sedap je, atau google media sosial zaman viral kecam mengecam atas nama andaian je. Di dlm rak-rak kotak itu juga ada video temubual yg 'rare' dgn beberapa pelukis kontemporari tempatan, termasuk dgn Allahyarham Redza Piyadasa dan Syed Ahmad Jamal. Yg lain antaranya Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli, Hamir Shoib, Sooshie Sulaiman. Ahmad Shukri & Umi Baizurah dan Anuar Rashid. Naratif zaman getir, simpang-siur sepak-tendang karier, anekdot2 panas dan obat2 pahit yg ditelan sepanjang mrk bergelar pelukis juga terakam dlm video. Belum pernah didedah, dikongsi, ditulis, digoreng, diterbit, ditayang, disembang, diwacana, digosip, dingumpat-kecam atau diviral. Hanya ada di #7tingkatpermai. Kalau nak tengok, selawat la byk2. InsyaAllah. Selamat merayakan kejayaan kembali kpd fitrah, dan hidup penuh permai. Jun 2018.



Sunday 24 June 2018

FATHER'S DAY WISH FROM DELLY


Throwback Jun 2015.

"Now you can see how i'd look like if i was a guy lol 😂. Love ya much abah. Thanks for being my H3RO for 23years and i pray for many more years to come. Amin

#love #fathersday #hero"

Adeela Hasnul Jamal


Delly Adeela, tq for the wish and for being my shining star for the past 23 years (that pict btw was taken by my dear sifu Miroslav Rogala in iEAR studios, Troy New York, 23 years ago when I was editing a video piece inspired by your birth).
The rest of u my fb friends, ok now u guys can ketawa. Not hipster k, but hip-hip horey style; not retro, but reteruk. Whahahahhhhhh!!!


EVENT ORGANIZER DIRECTOR

Tanya: Apa beza tugas Director dgn Event Organizer? Mcm sama je.
Jawab: Upahnya

Saturday 23 June 2018

LIBERALISMA SADO & HAK UTK BERHIJAB


'Muscular liberalism' (liberalism sado) dan  hak utk berhijab. 


https://www.facebook.com/fakirilmuIslam/videos/872648162919338/


Wednesday 20 June 2018

DELLY DGN BAPAKNYA DI PAGI RAYA


Pagi raya 2018 dgn Delly yg comel depan masjidunnaim yg diasaskan oleh arwah tok wan dia dgn rakan2 seperjuangan. 

PARLIMEN MEJA PANJANG


Acara wajib bila balik kampung di teluk intan. Parlimen meja panjang dgn kawan2 sekolah. Keadilan, Amanah, Bersatu, Umno, Pas, PSM, semua ada, ok je. 



AHMAD FIZAL


Kawab baik sekampung sejak tadika, Ahmad Fizal Abdul Aziz. 



Tuesday 19 June 2018

LALUAN ZAKAT BAPAK AKU.


Laluan rutin bapak aku di Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak, utk edarkan duit zakat kpd org2 kampung terpilih. 

SINGGAH RUMAH KAK BIAH


Sebelum raya, singgah rumah kak biah. 

Singgah Teluk Kepayang, 
mukim sejarah asal moyang, 
dlm jiwa tidak hilang,
bekal kasih waris mendatang.


RAYA DI RUMAH ABANG LIN


Ziarah abang Lin, kak Meah sekeluarga di Teluk Intan. 

RAYA DI TELUK INTAN




PENGKRITIK PALING JUJUR


Pengkritik paling jujur utk aku. 

RAYA DI RUMAH KAK NYAH


Yg amat bernilai di Nilai Impian. 

RAYA DI RUMAH KAK YANG


Sedap di lidah, kasih abadi di hati. 

BAPAK

BERAYA ATAS SKRIN


Beraya atas skrin dgn Amira Hasnul di Tokyo

PEMIMPIN SEJATI

ILMU LALU DI RUMAH CIKGU AZIZ


Ilmu lalu lagi osem dari ilmu buku. Di dinding itu lukisan guru aku, cikgu Aziz. Sekitar 1976/77. Itulah antara rujukan seni yg awal utk aku. Masa tu aku tak tau pun apa bendanya teknik pointilism, impressionism, partitive mixing (warna bercampur dlm minda), mood cahaya, warna sejuk panas dan neutral dan segala ilmu buku. Sejauh mana pun belajar, setinggi mana pun ijazah, sehebat apa pun pangkat dan gelaran, anugerah dan hadiah, segala kpi, indeks dan nombor yg dicapai, tidak sama dgn ilmu lalu yg mengajak kita pulang kpd guru2 yg pernah membuka denai awal utk kita. Alfatihah.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...