Dia guru seni lukis aku yg pertama. Masa itu aku baru 11-12 tahun. Belajar malas melukis rajin. Dia layan aku mcm anak sendiri. Rumah dia jadi rumah kedua aku. Beraya di rumah dia acara wajib. Anak dia (seorang je) jadi kawan baik aku. Dia layan minat aku melukis. Aku selalu lepak studio dia sambil tengok dia melukis, dan sedut bau tarpentin campur asap rokok benson&hedges dia. Dia kenalkan aku pada cat minyak, tarpentin, minyak linseed, kanvas, pelet, berus. Ada masa dia suruh aku si budak darjah 6 touch up lukisan dia. Kalau ada pertandingan seni lukis, dia mesti panggil aku. Setelah aku sambung belajar & kerja, jarang berpeluang utk jumpa. Tak pernah dpt peluang utk balas budi. Cuma dapat sekali hadiahkan potret ini utk dia, selepas tamat pengajian seni halus di uitm 1988. Sekarang cikgu Aziz dah takda, cuma dpt hadiahkan dia Al-Fatihah.
Tuesday, 19 June 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment