PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Monday, 25 June 2018

SELAMAT DATANG KE #7TINGKATPERMAI

Setiap buku ada nada, melodi, jalinan bunyi dan ritma tersendiri. Mengalaminya persis menghayati alunan muzik, yg membawa kita mengembara ke merata daerah minda dan rasa,  fikir dan zikir. Semua berputik dari niat. Niat itu pintu, hati itu arah, minda itu alat yg memandu mata. Bacalah secara visual dgn mata hati dan jiwa, bukan secara mengeja dgn mata minda dan benda saja. Itulah rahsia 'iqra'', mencari yg 'haq' dlm kesabaran dan ketekunan. Pengarang adalah juragan kembara, membawa pembacanya meneroka, menguji dan mengenal keluasan getaran minda dan rasa manusia. Banyak daerah, byk rumah, banyak pintu, byk tingkat. Buku hanyalah pintu, yg memandu ke arahnya adalah guru. Guru hanya boleh tunjuk saja, yg beri Hidayah adalah Pemilik segala ilmu. Moga kita sampai ke daerah dan tingkat paling tinggi, tingkat yg sering dimurnikan dgn angka 7 itu. Selamat datang ke #7tingkatpermai



No comments:

Post a Comment