PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Tuesday, 5 June 2018

NARATIF ASAL KEBUN DI SEDIM

Asal #kebunDsedim bermula dgn hajat yg pernah dipahat dlm blog ini pada 23 November 2011 (lebih kurang 7 tahun lalu). Dibentangkan sedutan yg telah dimurnikan. 

"Angan-angan untuk mendiami rumah tradisional Melayu memang dah berzaman saya pasang. Ia sudah tumbuh sejak saya menuntut di USA sekitar awal 1990an lagi. Bila pulang, saya sering kongsi dengan Bonda. 

Seperti siaran ulangan, Bonda gemar ulang hajat yang sama berkali-kali. "Tanah pusaka di Balik Pulau tu tempat mak lahir. Boleh buat rumah kampung. Seronok hidup dalam suasana kampung. Bela ayam, kambing, itik, dengar bunyi burung nyanyi. Boleh mandi sungai. Dulu ada sungai kecil di tanah tu. Sekarang dah kambus kot." Walaupun adakalanya jemu dengar, saya layan saja. 

Itu 20 tahun lepas. 

Hanya sejak beberapa tahun ke belakang barulah Allah bukakan jalan. Baru2 ini saya beli rumah usang hampir 100 tahun umurnya di Perak. Harganya sangat murah tak payah la sebut, malu. 


(Rumah kutai Perak di Kampung Gajah, Perak, 2011)

Tapi hati saya dan isteri amat terpaut pada rumah itu, walaupun dah tua. Cadangnya nak dibuka dan diangkut ke Balik Pulau, Pulau Pinang. Sambil tu boleh juga tunaikan hajat mak. 

(Impian, 2011)

Pada saya, cukuplah rumah kampung lama itu sebagai 'rumah sendiri'. Tak perlu lagi kami sekeluarga menyewa rumah batu yg sombong pd bumi. Dah jemu menyewa. 

Rumah kutai Perak yg dibeli itu seiring dengan istilah 'sejahtera' yg sering diungkap dlm salam. Ia juga berkait dgn unsur alam. Istilah pandainya, 'kelestarian alamiah'. Binaan yg lestari sifatnya rencam atau berbagai-bagai. Susurnya byk. Ia spt cabang2 sungai yg byk, tapi semua menuju ke lautan yg sama. Atau ranting yg byk, tapi semuanya bertemu pd teras pokok yg sama. 

(Durian sebatang, Tanah Tok Timah, 2011)

Utk tulisan ini, susur kelestarian yg dipilih adalah persekitaraan & binaan rumah Melayu. 

Saya gunakan angan2 awal untuk kembali ke Tanah Tok Timah sebagai contoh. 


(Tanah Tok Timah sedang diratakan. Lapang jiwa. 2011)

Hajat dan impian asalnya adalah menghidupkan tapak utk inap desa dan untuk pendidikan luar darjah yg berasaskan alam semulajadi. Ungkapan  canggihnya adalah 'hub kreatif dan tapak pendidikan alamiah yg berpaksikan konsep kelestarian persekitaran & binaan Melayu.' 

Perincian konsepnya begini...

Pertama sekali, adalah 'cahaya'. Kita semua 'cahaya mata'. Ungkapan ini benar dari segi fizik kuantum, dan indah dari segi estetika bahasa. Gema cahaya persekitaran binaan Melayu menekankan keseimbangan. Ia terpancar di celah-celah rimbunan pohon kelapa dan pokok-pokok dusun. Sekali-sekala cahayanya mengintai celah kekisi, atap cekah cucur atap, atau celah daun tingkap. 

(Rumah kutai Perak, 2011)

Dengan latar seperti ini, hati cepat berzikir, bertasbih dan bertahmid memuji-muji Yang Maha Indah. 

Inilah rezeki dari alam. Ia seperti zikir yang boleh diulang2 utk dekatkan diri kpd Kebesaran Yang Maha Pencipta. 'Maha' maksudnya tiada kesudahan, infinit. Setiap penciptaan timbul atau hadir dari sumber Kearifan Yg Infinit.  Ini juga telah dibuktikan dari segi fizik kuantum, disebut Medan Kearifan Infinit. 

Zikir mendiamkan kocak minda, mereda gelombang rasa. Rasa yg dekat dgn fitrah adalah Kasih tak bersyarat dan Belas. Saya cuba menyerapnya, sambil memantulkan semula pada isteri dan anak-anak (Delly, Mira dan Nina). Saya visualkan juga. 


(2011)

Kasih dan belas adalah pangkal kelestarian. Penzahirannya pada paksi rumah (tiang seri). Ia mengetarkan frekuensi ghaib (tak nampak) yang kita sebut sebagai kesejahteraan minda dan kedamaian rasa yg timbul dari kasih dan belas. 


Frekuensi halus antara otak dan jantung, minda dan rasa, tahu dan lalu, fikir dan zikir, perlu bersinkroni agar dapat menghadir atau menzahirkan kedamaian fizikal (dunia benda). Sinergi batin (penghuni) dan zahir (rumah) penting untuk menghidupkan tenaga kreatif dalam konsep kelestarian persekitaran Melayu.  



Seperti biasa, rumah tradisional akur pada fitrah yg datang dari tanah. 

Dalam konsep kelestarian Melayu, tanah dihormati. Tanah tidak dipasak, dirobek, dicucuk, dinoda dengan rakus. Tanah adalah maruah. Tanah adalah sejarah. Yg paling penting, tanah adalah amanah. Istilah tanah dipadankan dgn air, jadi 'tanah air'. Alam semulajadi adalah saudara senafas. Kota dipanggil ibu. Segalanya tunduk dan akur pada fitrah kejadian. Kesederhanaan dirai.  



Cahaya batin menyerikan rumah, walaupun ia uzur dan tua. Sesebuah binaan itu mungkin pada zahirnya nampak cantik, indah, gagah, kuat, hebat dll, namun sebenarnya gelap tanpa cahaya batin (simbahan kasih sayang, belas, kemaafan, kesyukuran, keceriaan). Saya panggil 'getaran jiwa', memimjam dari Allahyarham P.Ramlee. Konsep kelestarian persekitaran Melayu memberi penekanan pada 'getaran jiwa'. 

Kita adalah bayangan (saksi dan tanda) adanya punca Cahaya yang Maha Mengetahui, Maha Kasih, Maha Belas.

Hajat saya dan Nana (isteri saya) adalah agar kami dapat memberi sumbangan kecil kami sebagai 'pekebun jiwa halus'. Usaha utk menghidupkan sebuah hub kreatif dan pembelajaran alamiah ini adalah denai hajat dan impian itu. Saya sendiri pun dah terlalu banyak defisit batin, ini mungkin cara saya mengimbangi defisit itu. 

Kepada semua yang ada memasang impian yang sama, mari kita panjangkan doa.  

Sekian, hajat yg terpahat.
23 November 2011."


Itulah skrip asal. Skrip itu juga telah digambarkan dlm beberapa bahan visual sebagai doa. 

Manusia merancang, berusaha dan berdoa. Allah yg menentukan naratif yg terzahir. Kita terima dgn redha. Yg dizahirkan Allah itu adalah yg terbaik dan adil. 

Rumah kutai yg dibeli, telah dibuka dan diangkut (dicuri dlm bahasa kasar) oleh entah siapa. Yg tinggal hanya tangga batu. Tanah Tok Timah akan dimurnikan dgn cara yg lebih ekonomikal utk kesejahteraan jangka panjang. 

Ketentuan dari Allah kita terima dgn redha. Hajat menghidupkan persekitaran binaan Melayu sebagai hub kreatif dan tapak pembelajaran alamiah yg lestari, kini terzahir menjadi Rumah Cu #kebunDsedim. 

Indah. 










No comments:

Post a Comment