PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Thursday, 14 June 2018

ADA APA KAT TELUK INTAN?


ADA APA KAT TELUK INTAN? Ni bagi aku cerita sikit utk jawab soalan hipster jadian & urbanite prasan yg aku sayangi. Bapak aku ustad. Bapak dia cikgu. Kedua2 mereka mengajar di sekolah yg sama. Dua2 garang giler. Mereka hantar kami ke tadika tepi gereja, cikgunya mcm2 bangsa. Kami menari 'ball dance' sama2. Sekolah rendah bersama dari darjah 1 sampai darjah enam. Tingkatan 1 dia pergi sekolah asrama penuh (sekolah budak2 pandai yg dpt 5A, STAR ipoh). Aku dpt 2A, 2B, 1C tak cukup pandai. Dia pergi luar negara sambung belajar, aku pergi lewat. Dia ambil bidang kejuruteraan, aku seni lukis. Bapak dia guru disiplin, pernah rotan aku. Tapi bapak dia juga bapak angkat aku. Rumah tu rumah kedua aku. Aku main hoki kayu batang ubi di padang tu. Masa kecil, padang tu rasa mcm stadium. Dgn bapak dia, aku belajar melukis, kenal cat minyak, tarpentin, minyak linseed, pelet, berus,...dan rokok dunhill. Bila berada di rumah ini, segala riak angkuh sombong prasan hebat dah jadi pelukis karyawan urban kontemporari rebel dasyat konon, boleh cair hilang dan lupus. Ini tapak asal aku minat melukis, yg telah membuka denai hidup dan karier kerja bermodalkan 'suka melukis'. Rumah dia dekat je dgn rumah aku. Selepas solat, kawan aku ni selalu ada depan rumah dtg beraya. Dia anak sorang. Keluarga aku 8 orang. Dia jadi kontraktor berjaya, aku jadi sejahterawan bahagia ok juga. Anak dia enam orang, aku tiga dah cukup. Sekarang, dpt jumpa 2/3 tahun sekali pun, syukur. Ayat lazim dia tiap kali jumpa, 'balik la oiii'. Itulah antara yg ada di teluk intan. Takda apa2 yg glamor, pelik2, giler2, art2, konsep2 atau mesej yg deep deep pun.

No comments:

Post a Comment