Saturday 31 March 2012

APA JADAH FIZIK KUANTUM NI? BAHAGIAN 4

(Tautan ke Bahagian 5)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/minda-dan-getaran-jiwa.html?m=0

Prinsip ketidak-pastian Heinsenberg boleh menerangkan keadaan sebelum fenomena cahaya atau senang kata, alam itu 'diSAKSI'. 


Maknanya, sebelum sesuatu fenomena cahaya itu di'saksi', di'alami' (atau dibuat observasi, atau ujikaji), segala dalam alam semesta ini berada dalam keadaan tiada kepastian dan 'serba-berkemungkinan' yang infinit. Hanya setelah berlaku proses penyaksian berPILIHAN (ingat 'syahadah'), atau hanya apabila ada subjek yang membuat observasi (berTUJUAN dan juga tidak berTUJUAN, seperti seorang saintis membuat observasi dan ujikaji), barulah segala kemungkinan yang infinit tadi runtuh (lupus) untuk meninggalkan hanya satu saja keadaan yang kita alami sebagai pengalaman benda. Pengalaman benda kita bergantung pada PILIHAN dan TUJUAN (tidak berpilihan dan tidak bertujuan juga merupakan satu bentuk pilihan dan tujuan juga). Realiti benda hanyalah interpretasi minda terhadap fenomena cahaya, atau gelombang tenaga. Semua huraian sebelum ini tentang fizik kuantum (sifat cahaya), itu BUKAN CAHAYA. Ia hanyalah DESKRIPSI ATAU HURAIAN TENTANG INTERPRETASI SAINTIFIK TERHADAP FENOMENA CAHAYA.


Fooooh......hmmmmmmmmm...... (sambil urut dagu atau janggut, pura-pura faham, tapi masih pening). 


Sekarang ini adalah masa yang afdal untuk mohon Petunjuk dan Hidayah sekali lagi.


Dalam kata lain, kita sebenarnya sedang mengalami 'mimpi benda' yang kita anggap sebagai 'realiti' atau 'pengalaman fizikal', yang kita (termasuk yang menulis) kejor tak sudah, atau sanggup menderita kerananya! 


Dalam bahasa yang lebih halus: 
Segala yang kita alami adalah bayang (penzahiran, manifestasi) dari interpretasi minda terhadap fenomena cahaya (gelombang kuantum) yang lebih halus dan luas.


"Fooooh.......selama ini aku giler bayang"


Gila bayang takpa, asalkan kita sedar bahawa yang digilai itu adalah bayang. Masalahnya jika tak sedar-sedar (bangun) atau degil tak mahu dikejut dan dibangunkan. Bahasa lainnya 'awakened', atau 'enlightened'.


Mungkin ada yang menyoal, 
"Dalam hal Prinsip Ketidak-pastian Heinsenberg atau keadaan serba-berkemungkinan kuantum tadi, akhirnya siapa yang memilih bayangan atau 'mimpi benda' yang mana satu untuk dialami/saksi dari kemungkinan-kemungkinan kuantum yang infinit itu? Siapa yang membuat keputusan tentang 'bayangan' atau 'mimpi' atau impian' apakah yang ingin dialami?" 


Sabor dulu....bawak bertenang. Jauh lagi sebelum sampai pada jawapan 'saintifik' untuk soalan itu, walaupun dah boleh teka dah. 


Kita khatam dulu hal Schrodinger. Ini satu lagi watak penting. 


Schrodinger mencipta formula gelombang kuantum untuk menerangkan interpretasinya terhadap fenomena cahaya. Schrodinger mengatakan bahawa semua benda boleh dihuraikan sebagai komponen-komponen kinetik dan potensi tenaga digandakan dengan funngsi gelombang kuantum. Fred Alan Wolf menggelarnya qwiff, ringkasan untuk Quantum Wave Function. Ia digunakan untuk menerangkan fenomena cahaya (dan benda) pada tahap sub-atomic (maksudnya, lebih kecil dari atom). Antaranya termasuklah elektron, photons, dan neutrons, tapi bukan megatron.


SETIAP BENDA ADA FUNGSI GELOMBANG KUANTUM ATAU QUANTUM WAVE FUNCTION (QWIFF)


Ini satu lagi interpretasi dalam bahasa makhluk fizik yang mungkin manusia biasa susah nak faham. 


Dalam bahasa mudah:
Setiap objek atau benda berjasad ada qwiff masing-masing. Jika dua objek atau benda berjasad bertemu atau bertembung, qwiff masing-masing akan bersaling-kait (bayangkan kerja mengait) dan 'bergumpalan' antara satu sama lain.  Qwiff kedua-dua objek yang terpisah tadi, akan bertaut. Pertautan atau keadaan qwiff yang bergumpalan ini menjadi deskripsi kewujudan (being) baru kedua-dua objek atau benda berjasad tersebut. Dalam bahasa kasar, pada tahap kuantum, kedua-duanya bertaut menjadi satu.


Untuk mudah faham, bayangkan dua jenis benang, satu warna biru, satu lagi warna merah. Mula-mula, keduanya terpisah. Lepas tu, keduanya dikaitkan (kerja mengait), atau disulam hingga menjadi sebidang kain. Kita dah tak nampak benang-benang yang terasing berwarna biru dan merah yang terpisah tadi lagi dah. Yang kita nampak adalah kain berwarna ungu, bukan merah, bukan biru. Mereka yang melihat dari sisi skala benang, nampak benang biru dan merah. Mereka yang melihat dari skala lebih jauh, nampak kain warna ungu. 


Cara lain untuk diterangkan:
Di peringkat kuantum, gelombang tenaga saling-berkait dan bergumpalan (bergantung pada beberapa faktor yang akan di cer-critakan kemudian). Kita semua (dan seluruh alam) adalah sebahagian dari gumpalan gelombang tenaga terlasyat luasnya yang saling-berkait. Kesemuanya boleh bertaut dengan kelajuan cahaya (serta-mata) tanpa mengira batasan ruang dan masa. 


Urut dagu tu lagi.


(Bersambung)



Baca juga
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/09/happy-inter-dependence-and-birth.html





No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...