Thursday 25 July 2013

SALING-BERTAUT DAN TRANS-HUMANISMA (INTERCONNECTIVITY & TRANSHUMANISM)



  • Muhammad Hafiz

    Assalamualaikum, Amacam Ramadhan this year? Everything well?
    I stumbled across this, and thought it might be of interest to you: http://c-lab.columbia.edu/0185.html
  • Today
  • Hasnul Saidon

    Wokay je. Tq. Will check.
  • Hasnul Saidon

    LSD, pschedelic ecodelic and inner-net and neural pathways to Huxley's transhumanism - ni dah dibicarakan masa saya di USA 90s dulu. Boleh la layan. Tapi bagi saya, Nabi Muhammad S.A.W dah bawa transhumanism menerusi amalan-amalan 'inner-net' yg wajib dan sunat - solat, zikir dsb. Kita ikut dia je, dia kita punya Master.
  • Muhammad Hafiz

    Yes. Saya ingat En Hasnul pernah bercerita di kelas.
    Betoi tu. That was my first take on the writing. Especially when he says "I predict a huge boom in meditation-style practice to help us deal with this 'infoquake'". Dalam Islam sembahyang itu part of a meditative process. Kita siap buat 5 kali sehari. Memang untuk "learn to control, manipulate and investigate your own internal technology, that 13 billion-cell supercomputer in your noggin"
  • Hasnul Saidon


    Spot on bro.





    Apa yang dibicarakan oleh Richard Doyle, seorang Profesor Bahasa Inggeris di Penn.State Univ. berkaitan dengan retorika kesedaran (rhetoric of consciousness) dan terma 'transhumanism' (dari Huxley) serta keadaan 'saling-bertautan' (inter-connectivity) minda kita yang 'virtual', mungkin boleh dijadikan renungan. 

    Pembicaraannya sudah saya tempuh sejak zaman belajar di USA dulu, hingga kini.  Tapi ianya bukanlah sesuatu yang baru atau belum pernah ditempuh.

    Hal berkaitan dengan perluasan minda, pertautan, dan bagaimana pertautan ini dapat membawa kita kepada kearifan kolektif (collective wisdom) atau kearifan yang infinit (infinite wisdom), bukanlah hal baru. Teknologi dalaman, teknologi nano, 'inner net', 'cosmic space in molecules and atoms' (ruang kosmik dalam molekul dan atom), 'introception' (bukan 'perception') dan 'human-mindedness' (berfikiran kemanusiaan), semuanya melibatkan usaha kita untuk 'bermeditasi' untuk menjadi 'saksi' pada perlakuan minda kita sendiri. Ini juga bukanlah perkara yang baru, atau hanya dibicarakan oleh kalangan pemikir dan saintis serta tekno'kerat' je.  Ini sudah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu.

    Apabila kita berdepan dengan 'info-quake' (bukan 'earthquake') menerusi situasi 'hyper-connectivity' dari rangkaian sistem maklumat yang boleh 'melumatkan' hati dan kasih sayang antara manusia, kita perlu mampu merentas keluar dari kepungan 'lokal' jasad kasar (body). Inilah yang disebut Huxley sebagai transhumanism. Keluar dari kepungan lokaliti dan ilusi pemisahan yang dipancar oleh 'mimpi benda', bukanlah juga sesuatu tuntutan yang 'hip' dan baru. Ianya sudah saya pusakai dari tradisi saya sendiri, tapi bukan dari jenis yang dipasarkan oleh Kementerian Kebudayaan.  Jenis dan preskripsinya? Berbeza dengan tuan profesor ni, preskripsi saya bukanlah LSD, juga bukan sebarang dasar yang digariskan oleh mana-mana 'jawatankuasa' dalam bilik mesyuarat (yg boleh juga mabuk dilanggan persis LSD hingga jadi terlebih 'high'). 

    Saya bukan peminat LSD, mahupun sebarang bentuk "designers' substances" yang diguna untuk memaksa kita mengubah-suai 'kesedaran' minda kita, atau apa yang disebut sebagai 'inner net'. Saya tak percaya cara paksa ni. 

    Saya memakai 'cara' atau 'metodologi' yang dibekalkan Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan menerusi Sunnah baginda. Transhumanismnya adalah keluar dari kepungan (atau graviti) nafsu untuk mencapai (levitate and elevate) ke makam-makam rohani yang lebih tinggi. Inter-connectivitynya hadir dari 'berjemaah' dan tidak memutuskan 'persaudaraan'. Nabi Muhammad S.A.W telah membekalkannya menerusi amalan-amalan wajib dan sunat seperti solat, zikir dsb. Ini pilihan saya wokay, tak kiralah jika saya sendiri terpaksa 'bergelut' dengan nafsu sendiri untuk melakukannya. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tewas.  

    Persoalannya, apakah yang kita lakukan dengan 'ruang minda' antara dua telinga kita, suatu 'anugerah' berbentuk super-komputer dengan 13 bilion sel yang di'amanahkan' kepada kita? 

    Bagaimanakah kita memaksimumkan, memanfaat serta mensejahterakan otak kita? Apakah tahap 'kesihatan' kesedaran otak yang lokal dan minda kita yang 'non-local'/'virtual', secara individu dan kolektif? Sihat? Sejahtera?

    Jika kita masih 'berfikir' untuk membaca kemanusiaan dan kehidupan secara bercah-pecah, terasing-asing, dalam dikotomi dan binari malas yang dibuat-buat berdasarkan emosi dan sentimen (klise 'independent' lwn 'institusi', 'alternatif' lwn 'arus perdana', tak termasuk berdasarkan retorika politik kepartian dll), apakah kita benar-benar memaksimumkan kapasiti anugerah otak dan minda kita? 

    Apakah kita telah mensejahterakannya mengikut fitrah?

    Apakah kita telah melestarikan 'interconnectivity'(saling-berkaitan atau saling-bertautan atau lebih halus lagi, 'persaudaraan') dan meniti 'transhumanism' (merentas makam manusia biasa ke makam para Nabi). 

    Jika setiap hari otak dan minda kita dihijab oleh hal-hal yang menghalang pertautan ('dis-connectivity') dan melawan kemanusiaan (inhuman), apakah secara kolektifnya kita dapat mencapai kesejahteraan global?

    Sihat ke?

    Tak terfikirkah kita bahawa mungkin 'cara berfikir' (cara kita gunakan otak dan minda) atau 'cara hidup' atau 'lifestyle' yang kita pakai, anut dan amal telah menjadi terlalu sebati (naturalized) hingga kita lupa bahawa mungkin pilihan cara berfikir itu adalah 'alternatif' yang tak bermanfaat, langsung tak 'natural' dan melawan 'fitrah' akal dan jiwa manusia kita. 

    Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, apakata kita cuba jadi saksi terhadap 'fikiran dan perasaan' kita, terhadap 'lifestyle' kita. 

    Sihat ke?

    Janganlah tunggu Hari Raya Aidil Fitri (kembali pada Fitrah) baru kita sibuk (secara superficial dan rutualistik buta selalunya) untuk 'bertaut' (inter-connected) semula. Jika itu yang dilakukan, kita hanya dapat 'trash-humanism'.   



No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...