Thursday 30 June 2016

RIAK SI

Orang yg pandai, suka beri reaksi. 

Orang yg hebat, dalam senyap menukar reaksi kepada aksi (dan transformasi).

Orang yg malang, tunjuk riak je. 

Tak tau mana yg byk sekarang ni. 




Friday 24 June 2016

REMIX

Duhai yg bakat diguna utk menyakat 

suka dibuat menyukat 

dan memukat hormat 

yang cepat karat

Ketahuilah yang bumi dah terlalu sarat

dengan hasrat

yang makin sendat dan ketat.

GRATITUDE

Greed is formless, inflicting almost everyone, none is spared. It takes many outer forms to confuse us, it hides deep within everyone of us, regardless of whatever labels or brands or titles, or categorizations one can point at. Its not just a local Malaysia phenomena, its a global human crisis.

Few would read this as a part of a healing crisis, an outcome of information age, globalization and global capitalism. The crisis will go on and will take time to subside, perhaps few hundred years before humanity reaches a more organic, fluid post-info age quantum equilibrium. 

The remedy is GRATITUDE

InsyaAllah.

Thursday 23 June 2016

WAKE UP!!!

Yo, wake up!!!


ANAK & BAPAK


Anak dan bapak, 1980.

JOMLA, MUHASABAH.

Brader, 
Rasa syukur yg ikhlas dan tak putus2 terhadap limpahan rezki serta nikmat anugerah dari Tuhan, tidak pernah 'tewas'. Sebab tu org yg bersyukur jarang 'kecewa', 'ralat', 'putus semangat', 'komplen-merungut memanjang' dan tidak juga 'menyalahkan orang lain', walaupun dilabel 'losers'.

KECUALI

.... orang yg tamak-haloba. Jenis ni kalau kalah, bising, bukannya diam dan buat refleksi mendalam terhadap diri sendiri. 

Jomla, muhasabah.

 

UTK PENASIHAT GENERASI KYLO REN.

Utk 'penasihat' dan 'pakar' yg telah mengkuliahkan gua bahawa 'older generation' tidak strategik utk tujuan 'branding' 'kerana 'mereka tak engage dgn social media la', ......gua doakan moga anda dan generasi Kylo Ren anda diberi Petunjuk sepanjang bulan yg mulia ini. 

SEKEPING MEMORI DGN GURU QURAN

1977, selepas selesai Tilawah, bapak sgt 'happy' dan bawak gua ke kedai gambar di pekan Teluk Intan. Dia sikat rambut gua, pakaikan songkok senget sikit dan ikatkan samping. Gua dah penat setelah berminggu-minggu 'intensive training.' Tak tau nak senyum atau nak kata 'jom la bapak, balik rumah je.'


METODOLOGI BASI

Ya betul, memang tamak dan mementingkan diri-kroni sudah menyampuk majoriti. Keduanya buat majoriti manusia buta. Tapi keduanya juga sudah menyampuk mereka yg terlalu obses dan tamak (tak pernahnya puas) menunding dan menuduh orang lain tamak dan mementingkan diri. 

Musuh paling hebat adalah ego diri sendiri yg disampuk pelbagai penyakit jiwa, termasuklah tamak. 

Kesimpulannya, ajaklah manusia berhijrah, kembali kepada fitrah. Itulah teras kempen kemanusiaan sejagat utk abad ke 21 ini. 

Mendedah dan menyalak tentang keburukan dan ketamakkan orang lain mahupun seluruh masyarakat, ternyata bukanlah formula utk berubah. Itu formula yg reaktif bukan pro-aktif dan transformatif. Itu formula utk meledak bom, bukan menyingkap hijab. 

Kawan2, jomla bangun, buka hijab diri dan tukarlah metodologi basi tu kalau betul2 ikhlas, jujur dan bersungguh nak selamatkan Malaysia. 

Friday 17 June 2016

ARTISAN?

Artsisan dgn artis apa bezanya? 

Kalau bezanya atas dasar tahap pendidikan, harga jualan & skala pendapatan, mazhab dan ideologi seni, atau atas dasar hairaki seni halus (tinggi) dan kasar (rendah), tak payahlah pakai lagi. Ni mesti saka 'kolotnial' dan modenisna tak abih sental. Dah basi la sayang ooii. Tak payah la pakai lagi. 

Thursday 16 June 2016

IMPERFECTLY BEAUTIFUL



Since beauty is relative, why la you want to boast about denying it in art. 

Tuesday 14 June 2016

KITA SEMUA CAHAYA (MATA)

"Frequency and  the Law of Vibration (Musical Tones depicted visually as Vibration over Frequency).

In the year 1905, Albert Einstein proved that we can break matter down into smaller components and that, when we do, we move beyond the Material Realm and into a Realm in which everything is Energy. This is the Law of Vibration, a Law of Nature that states that nothing rests, everything moves, and everything vibrates.

The difference between the Manifestations of the Physical, Mental, Emotional and Spiritual result simply from different levels of Vibrating Energy, or Frequencies. So, while the feelings of fear, grief and despair vibrate at a very low frequency, the feelings of love, joy and gratitude vibrate much quicker. The most common unit of measure for Frequency is the Hertz, which is one vibrational cycle per second. All the physical matters are composed of Vibration.

Although most Frequencies exist outside of our normal range of Perception, all can be perceived as both Colours and Sounds. There are seven colours in a rainbow and seven notes in the musical scale. So the colour blue is also heard as the musical key of D, which vibrates at 587 Hz. But what is most interesting is that, if a Frequency is vibrating fast enough, it’s emitted as a colour of Light. If we wanted to convert Sound to Light, we would simply raise its frequency forty octaves. This results in a Vibration in the trillions of cycles per second. So, if a pianist could press a key way above the eighty-eight keys that exist on a piano, that key would produce Light.  

The philosophical and scientific basis for this Law of Vibration can be found in Quantum Physics and in Einstein’s Theory of Relativity. Energy is related to matter and the speed of Light. When two frequencies are brought together, the lower will always rise to meet the higher. This is the principle of Resonance. Using this principle, we can actually increase the speed at which the molecules in our bodies vibrate, through our thoughts of love, joy and gratitude. When atoms slow down, third dimensional matter is created; when they speed up, the higher dimensions of Consciousness can be reached.  And the higher our Consciousness is raised, the closer to Spirit we become."

Jeff Andrews

Monday 13 June 2016

KASIH & BELAS

Kita sebut kata2 berkait dgn 'kasih' dan 'belas' 2 kali dlm Al-Fatihah. Cuba kira berapa kali kita sebut dlm 5 solat sehari. 

Kenapa ya?

Tak cukup kasih-sayang ke?
Kesian ke?
'Feeling2' ke?

Jika 'kasih' dan 'belas' pun nak diwacana, didialog, didebat, dihujah megah meleret2, bukannya utk dialami dan dihayati secara batiniah,......

....penatla.

TAKUT 'MERASA'.

Yg paling malang adalah yg takut pada 'perasaan' sendiri. Ramai yg cuba menyorok ketakutan ini dgn berpura-pura 'berfikir', atau sibuk mengajak org lain 'berfikir secara mendalam'. 

Saya tahu la, sebab dulu saya pun begitu.


Wednesday 8 June 2016

PRACTITIONER

Teacher: Today I want you to practice writing. Like many other skills, writing needs lots of practice. You need to write and write and write, keep on practicing it, make mistakes, learn and improve yourselves until you become good at it.

Student: But teacher, my dad calls himself a 'practitioner'. He said writing is not a practice. Painting is. 

RASA YG BERSEMBUNYI DI SEBALIK TABIR FIKIR YG PANDAI2

Terlampau byk menyoal dan berfikir, dan menebalkan hijab fikir dgn segala mcm label, boleh membuat seseorang itu lupa, atau pura2 lupa yg dia juga sedang 'merasa' apa yg difikirkan. Istilah2 mazhab positivisme yg sering dianggap 'superior' spt 'objektif', 'logik,' 'rasional', 'analitikal' dan 'intelektual' adalah label2 yg sering dijaja utk menghijab 'rasa'. 

Getaran 'rasa' adalah jauh lebih kuat gemanya dari getaran 'fikir'. Malah, setiap butir fikir sebenarnya dipacu oleh 'rasa'.

Saya lebih tertarik kepada 'rasa' yg cuba disembunyikan di sebalik tabir fikir yg pandai berpura2 'tak merasa'. 

Lebih santun jika kita jujur memperakui getar rasa yg mengiringi butir fikir, dari kita memunafikkan diri.

"Ikhlas itu kalis setan", pesan bonda. 

Sunday 5 June 2016

SATU PAGI DI CENTRESTAGE


Lokasi: Banglo Centrestage Performing Arts, Bangsar
Tahun: 1989
Bulan: November kot
Waktu: Pagi

Pak Mail berkampung di banglo Centrestage utk persiapan sebuah acara besar di Dataran Merdeka.

Saya datang bawa 'buah tangan' utk dihadiahkan pd Pak Mail, atas arahan arwah ayahanda. 

"Sebelum pergi ke luar negara sambung belajar, pergi jumpa dan mengadap semua guru kamu, mintak maaf dan mintak restu. Kepada guru-guru yg paling rapat, bagi hadiah, buat tanda kenang jasa." kata ayahanda 

Saya beli Al-Quran kecil, tasbih, tikar sembahyang, kain pelikat dan ketayap (seingat saya la) dalam dua set, utk saya beri kepada dua guru saya yg paling terkesan, Fauzan Omar dan Ismail Zain. Saya dah bagi satu set pada Fauzan, tentu sekali dia ketawa, 

"Ni mcm nak suruh saya tobat je, hahahhhh....terima kasih Nol," mcm tulah lebih kurang reaksi En. Fauzan.

Tiba waktu nak bagi 'set tobat' pada Pak Mail, saya gabra, takut dia kecil hati la pulak.

"Pak Mail, Disember ni saya ke USA sambung belajar. Mintak maaf atas segalanya, tolong doakan saya. Ni saya ada hadiah tanda kenangan. Ni bukan perli, bukan semiotik (ilmu tentang tanda dan makna). Bapak saya yg suruh bagi," selamba saya guna nama bapak, takut karang kena sembur semiotik dari Pak Mail. 

"Pi belahaj balik nanti keje mana?" dia tanya.

"ITM" saya jawab.

"Hhhmmmmm.... " panjang. "Terima kasih. Kirim salam dgn bapak."

Fuuuhhhh, selamat. 

Itulah kali terakhir saya bercakap dgn Pak Mail, sebelum saya terbang ke USA sambung belajar pada Disember 1989. Sepanjang di USA, byk ilmu dia yg saya tak faham semasa di UiTM, saya korek, tekuni dan fahami semasa di US. Saya pasang angan2 nak balik jumpa dia, cerita segala yg saya kutip. 

Lepas tu, saya terbaca berita kematian dia dlm akhbar semasa ke perpustakaan universiti. 

Sebulan semangat saya hilang.

Tolong la sesiapa yg terbaca, jika Muslim, sedekah Al-Fatehah ya. Yg non-Muslim, hantar pd dia kasih sayang. 


Saturday 4 June 2016

IN HOMAGE TO MY YODA




"Veil of Nubaya Series"
Mixed media on wood board
2003
(Collection of Pakharuddin & Fatimah Sulaiman)

Together with

"Veil of Nurbaya series - Contained"
"Siri Hijab Nurbaya - Takungan"
Clear resin, light bulb, prayer beeds, mixed media
2003
(Collection of U-Wei Shaari)

and

"Siri Hijab Nurbaya - Penjaga"
Mixed media on wood board
2003
(Petronas Art Gallery Collection)

Now showing at the Petronas Gallery. 

In homage to my Yoda, Ismail Zain. 




Light and oil

Light and 'shopping' at Suria KLCC

Prada and candle on a floor of oil.




Thursday 2 June 2016

H3ROziarahUMS










H3ROziarahUMS berlangsung dgn indah pada 17 Mei yg lepas. Salam kasih buat anak2 Teknologi Seni Visual UMS yg menjadi audien paling osem utk H3RO. Juga buat Sdr Addley serta pasukannya yg sanggup menjadi tauke panggung menyediakan tapak panggung, mempromo majlis dan mengurus pelajar. Kpd semua kawan2 yg sudi hadir mengalami dan melalui H3RO, wa caya sana lu all!!



REALISMA KULIT DARI SABAH


Nama dia Firdaus Teo. Dia orang Sabah. Saya jumpa dia sewaktu ziarah ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) tahun lepas. Ziarah ni memang acara tahunan saya untuk menjenguk hasil projek tahun akhir para pelajar Teknologi Seni Visual di UMS. Saya suka layan yg di tepian dan pinggiran dari KL, yg sering dianggap sebagai pusat.

Karya Firdaus menarik perhatian saya, dari segi kemahiran. Kefasihan teknik dan bahannya hebat, cuma mungkin, kefahaman struktur dan bentuk wajah boleh dibaiki.  Gitu juga dgn pengolahan warnanya, yg pada saya agak monochromatic. Ini situasi yg sering saya cerap pada pelukis dan ilustrator yg kemahiran menirunya tinggi, itupun kalau tak pakai 'projektor'. Semakin ramai pelukis muda yg berkemahiran tinggi dlm mengolah figura dlm gaya realisma muncul sejak kebelakangan ini. Ramai agaknya yg lihat diri sendiri sebagai 'seniman kontemporari'. Ramai yg lebih selesa saya murnikan sebagai ilustrator. Tapi ini cuma bacaan dan sentimen saya la. Mungkin boleh tanya pakar2 seni visual yg lebih alim maklum. 

Realisma ni ada banyak pecahannya - magic realism (realisma kahwin surrealisma), photo realism (berdasarkan foto) hyper-realism (lebih halus atau perinci dari foto), pop realism (subjek popular kahwin realism), academic realism (gaya nahu catan figura dan potret yg tekankan kefahaman struktur dan dinamika warna, Amron Omar contohnya), Chinese realism (gaya potret dlm studio dgn pencahayaan terang gelap film-noir yg popular dikalangan pelukis dari China). Ini yg seingat saya la. 

Firdaus contohnya, pada saya la, ialah seorang ilustrator potret hyper-realism yg berbakat dan boleh menjadi lebih hebat lagi. Saya panggil gaya ini realisma kulit. Realism kulit ni, jerawat, ketuat, panau, lubang bulu roma pun dilayan dgn tekun. Jenis ni saya jarang jumpa, mungkin sebab saya sekarang dah kurang layan juadah yg selalu dilambak dalam galeri2 komersial.

Gambar bawah adalah versi lukisan beliau yg sudah saya 'edit' dlm iphone. 


Karya terbaru beliau lagi alim realism kulitnya. Kalau tak cukup iman dan kesabaran, tak jadi. Cuma pada saya, warnanya agak 'kurang masak'. Tapi ni ikut selera saya yg menuntut dari Amron Omar. Mazhabnya lain.

Tajuknya "Ambuyat Eater" (2016), akrilik atas kanvas, 3'x4'. 


Saya tanya dia apa benda 'ambuyat' ni? 

Dia jawab,
"Ambuyat merupakan makanan tradisi masyarakat di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ambuyat diperbuat dari sagu yg diambil dari pokok rumbia. Texture makanan ini menyerupai gam..kebiasaanya makanan ini dimakan dengan kuah ikan tebus dan ulam ulaman."

Dah byk kali ke Sabah, saya belum pernah 'try' lagi. 

Firdhaus berpengkalan di Sabah, lulusan UMS. Subjek yg sering diangkat tentulah dari latar Sabah. Sebab tu agaknya kurang menonjol. Biasala, kadang2 ada dikalangan kita yg perasan KL (atau Publika dan yg seangkatan dgnnya) tu saja yg Malaysia. 

Syabas brader Firdaus.









BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...