PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Wednesday, 8 June 2016

RASA YG BERSEMBUNYI DI SEBALIK TABIR FIKIR YG PANDAI2

Terlampau byk menyoal dan berfikir, dan menebalkan hijab fikir dgn segala mcm label, boleh membuat seseorang itu lupa, atau pura2 lupa yg dia juga sedang 'merasa' apa yg difikirkan. Istilah2 mazhab positivisme yg sering dianggap 'superior' spt 'objektif', 'logik,' 'rasional', 'analitikal' dan 'intelektual' adalah label2 yg sering dijaja utk menghijab 'rasa'. 

Getaran 'rasa' adalah jauh lebih kuat gemanya dari getaran 'fikir'. Malah, setiap butir fikir sebenarnya dipacu oleh 'rasa'.

Saya lebih tertarik kepada 'rasa' yg cuba disembunyikan di sebalik tabir fikir yg pandai berpura2 'tak merasa'. 

Lebih santun jika kita jujur memperakui getar rasa yg mengiringi butir fikir, dari kita memunafikkan diri.

"Ikhlas itu kalis setan", pesan bonda. 

No comments:

Post a Comment