Thursday 23 June 2016

METODOLOGI BASI

Ya betul, memang tamak dan mementingkan diri-kroni sudah menyampuk majoriti. Keduanya buat majoriti manusia buta. Tapi keduanya juga sudah menyampuk mereka yg terlalu obses dan tamak (tak pernahnya puas) menunding dan menuduh orang lain tamak dan mementingkan diri. 

Musuh paling hebat adalah ego diri sendiri yg disampuk pelbagai penyakit jiwa, termasuklah tamak. 

Kesimpulannya, ajaklah manusia berhijrah, kembali kepada fitrah. Itulah teras kempen kemanusiaan sejagat utk abad ke 21 ini. 

Mendedah dan menyalak tentang keburukan dan ketamakkan orang lain mahupun seluruh masyarakat, ternyata bukanlah formula utk berubah. Itu formula yg reaktif bukan pro-aktif dan transformatif. Itu formula utk meledak bom, bukan menyingkap hijab. 

Kawan2, jomla bangun, buka hijab diri dan tukarlah metodologi basi tu kalau betul2 ikhlas, jujur dan bersungguh nak selamatkan Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...