PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Wednesday, 30 October 2013

MEMO PADA HASNUL: MEMORI BOLEH LUPUT, KASIH SAYANG KEKAL SELAMANYA. (MEMO TO HASNUL : MEMORIES DECAY, LOVE STAYS)

Sdr Hasnul:
Bila sdr semakin tua, mungking sdr akan banyak lupa, termasuklah segala kebisingan yang suka sangat sdr layan bagai nak rak tu. Jika dilayan dan difokus pada bising, lebih banyak kebisingan akan muncul dalam hidup sdr. Jika dilayan dan difokus pada segala yang sdr tak suka, lebih banyak yang sdr tak suka itu akan muncul dalam hidup sdr. Semua kebisingan mimpi benda tu mungkin akan sdr lupa, semakin luput, bila semakin tua. Tapi sdr akan masih terus boleh merasa. Oleh itu, buanglah kebisingan kocak minda dan rasa tu, agar dapat menjadikan pantulan hari-hari yang lepas dan bayangan hari-hari mendatang itu PENAWAR untuk HARI INI, SEKARANG, dan setiap SEKARANG. Basuhlah daki ego dan nafsu tu. Tanamlah, kekalkanlah dan sebarkanlah kasih sayang sejati yang merentas masa, benda dan rupa; setiap detik, setiap saat, setiap 'sekarang'. 

Semuanya ADIL, kecuali bagi minda dan hati bising yang tak reti bersyukur.

Ikhlas dari:
(Yang Senyap Tapi Sangat Dekat, Belakang Berlapis-lapis Hijab)

No comments:

Post a Comment