Tuesday 3 April 2012

SIFAT GELOMBANG KUANTUM DAN YANG BERNAMA PILIHAN.

(Tautan ke Bahagian 7)
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/anugerah-hebat-bernama-otak-dan-minda.html?m=0

Cuba lihat corak-corak arabesque yang sering didapati pada bangunan-bangunan berteraskan seni bina Islam. Ada yang melihat susunan segitiga, ada yang melihat susunan gabungan segitiga dan segiempat, ada yang melihat heksagon, ada yang melihat bulatan, ada yang melihat gabungan bulatan dengan segitiga. Ringkasnya, kemungkinan cara melihatnya adalah infinit. Apabila penyaksi memilih untuk melihat gabungan bulatan dan segitiga, segala kemungkinan yang lain runtuh, lupus atau hilang, meninggalkan hanya binaan gabungan bulatan dan segitiga sebagai realiti persepsi yang dialami.

Lihat lagi contoh rekacorak arabesque (boleh google dalam internet). Kesemuanya boleh dilihat SERENTAK, dalam KEPELBAGAIAN kemungkinan yang TIDAK-PASTI, SALING BERTINDAN, BERTAUT, SALING-BERKAIT, SALING-BERGANTUNGAN ANTARA CORAK KECIL (MIKRO) DENGAN CORAK BESAR (MAKRO), TIDAK BERURUTAN (NON LINEAR), PELBAGAI PUSAT SERENTAK, BERKITARAN (CYCLICAL) hinggalah ada PENYAKSI memilih apa yang hendak diSAKSI. Apa yang disaksi hanyalah sebahagian dari keseluruhan yang infinit.

Rekacorak arabesque adalah contoh deskripsi gelombang kuantum yang paling afdal (pada saya la).  Ia amat demokratik dan memberi hak PENYAKSI untuk MEMILIH apa yang dilihat. 

Prinsip skimatik kuantum ini boleh dikesan pada fungsi otak, dan boleh diaplikasi dalam segala aspek penyaksian dan kehidupan (pendidikan, politik, ekonomi, sains-teknologi, seni-budaya).

Malangnya, ia tidak diamalkan, atau diamalkan sekerat-sekerat, kerana dipasung oleh SAKA pandangan materialis berkiblat hukum sains fizik klasik. Sakanya membiak menerusi imperialisma, sekularisma, dan kini kapitalisma bebas. Semuanya membiak qwiff toksid sebagai makanan ego, menjadi hijab yang dianggap sebagai PILIHAN terbaik (jika tak pun otomatis) kemanusiaan dan ketamadunan.

Proses alami itu wujud bersama dengan wujudnya alam semesta menerusi penyaksian, termasuklah apa yang kita boleh katakan sebagai 'aku sedang membaca blog'. Malah, yang kita katakan sebagai otak sedang memproses data itu pun sendiri, hadir dari kekosongan, menerusi penyaksian minda.

Jika begitu, bolehkah dikatakan bahawa kita sedang menjadi saksi pada proses atau perlakuan minda sedar yang kita namakan sebagai 'aku yang sedang membaca blog'?

Segala kemungkinan dan kepelbagaian fungsi gelombang kuantum (qwiff) runtuh untuk membina satu pengalaman bernama 'aku sedang membaca blog'. Mungkin ada yang membina pengalaman 'aku sedang cuba faham apa yang ditulis oleh brader ni', atau 'apa benda yang dia tulis ni?', atau 'alhamdulillah' atau 'insyaAllah aku dapat Petunjuk dari Allah'.

Siapakah yang memilih pengalaman minda? Pengalaman minda menentukan realiti benda.  Siapa yang menjadi saksi pada perlakuan minda? Siapa yang menyaksi 'aku'?

Baca juga

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/09/happy-inter-dependence-and-birth.html 

2 comments:

  1. Noi,
    thank you!syukran.....baru aku terasa,tersedar jelas perkaitan ,'ripples' atau kalau boleh kita kata getaran air dan getaran angin dgn konsep arabesque,selama ni bila sebut ripples aku selalu teringat konsep hologram,kini teringat kembali konsep arabesque iaitu 'kesatuan dlm kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan' sama konsep dgn isi al-quran.Masyaallah!!
    Kalau boleh aku katakan zikir (yg berulang-ulang)itu juga umpama getaran atau sonar mikrowave (dgn kod rahsia) yg sebenarnya mengetuk roh dlm jantunghati...supaya sentiasa jaga dan celik dalam mimpi duniabenda ini....umpama 'beeper' yg cahaya dan bunyi berkerdip halus dalam gelap cakrawala tapi berdaya tembus petala langit sampai ke arash...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fik, hebat kan apa yang dikatakan ciptaan dan kehidupaan. Alhamdulillah.

      Delete

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...