Tuesday 30 January 2018

KENAL

Tanya: camna nak kenal sikap dia
Jawab: perhati apa yg buat dia ketawa

BULAN & MATAHARI


Salam tahniah buat Bonda yg melahir, menjaga, membimbing seorang anak yg osem. Kalau anak tu umpama bulan, kasih dan restu bondanya umpama matahari. Anak2 memantulkan cahaya dari kasih bondanya. Now go and hug your mum. Age is temporary. Love is eternal. 

LALAT ATAU LEBAH

"Hal2 busuk mcm taik, lalat memang suka layan. Sebar penyakit."

"Hal2 wangi, lebah suka layan. Dapat hasilkan madu utk pulihkan manusia"

Tak tau la, mana lebih banyak sekarang. Lalat atau lebah?


Wednesday 24 January 2018

STRUKTUR AL-QURAN

Struktur Lingkaran dalam Al-Quran menampilkan antara ciri utama dalam seni Islam - modular, fraktal dan geometri. 

https://www.facebook.com/askMuslim/videos/2119454364956394/

Tuesday 23 January 2018

RUMAH TRADISI MELAYU


Angan-angan untuk mendiami binaan klasik rumah Melayu memang dah berzaman saya pasang, sejak saya menuntut di USA lagi. Bila pulang, saya sering tasbihkan depan Bonda.

Senibina tradisi Melayu memujuk hati saya berzikir, bertasbih dan bertahmid memuji-muji bayangan indah Yang Maha Indah. Inilah rezeki fitrah alam, kalimah yang boleh dibaca sebagai tanda kebesaran Pencipta. Ia mendiamkan kocak minda, mereda gelombang rasa. Saya menyerapnya, sambil memantulkan semula pada Nana (isteri saya) dan anak-anak (Delly, Mira dan Nina). 

Kelestarian (sustainability) perlu berpaksikan jiwa yang halus, penzahirannya pada paksi rumah (tiang seri). Ia mengetarkan frekuensi ghaib (tak nampak) yang kita sebut sebagai kesejahteraan minda dan kedamaian rasa. Frekuensi halus ini perlu damai, barulah dapat menghadir atau menzahirkan kedamaian fizikal (dunia benda). Sinergi batin (penghuni) dan zahir (rumah) adalah penting dalam menghidupkan tenaga kreatif dalam konsep kelestarian Islam-Melayu.  

Jika akur pada fitrah, kita menjadi pusat pada tenaga kreatif yang tidak berhenti mengalir. InsyaAllah. Kita menjadi sebahagian dari gema cahaya yang tidak berhenti 'mencerahkan'. Indahnya. InsyaAllah. 

Konsep kelestarian Melayu memberi penekanan pada 'getaran jiwa'. 

Doakan saya dan Nana (isteri saya) dapat memberi sumbangan kecil kami sebagai 'pekebun getaran jiwa halus'. Saya sendiri pun dah terlalu banyak defisit batin, ini mungkin cara saya mendepaninya. 

EN. HASNUL, WHAT IS 'KEBUN JIWA HALUS'?

"The power of subconscious mind.

Composing 90% of your total brain, your subconscious mind is your faithful, unquestioning, and loyal servant.

It is on duty 24/7 and never sleeps.

Its only function is to do exactly what you tell it to do (for better or for worse). It remembers everything and stores every memory you will ever have. Conscious mind as a “gardener”, and the subconscious mind as the “garden”. Whatever you conscious gardener plants is exactly what will grow in the subconscious garden. These “seeds” planted in your subconscious garden result in either a bountiful harvest of success and goals achieved or a barren wasteland destroyed by failure and negative repercussions."

(Taken from The Idea hunters.net)

BAHASA

Bahasa yg indah adalah bahasa yang hadir dari rasa kasih dan belas. 

Saturday 20 January 2018

TARIK (DRAW)

"Apa yg kita niatkan, fikir, rasa dan lukis, kita tarik."

Sekian, kesimpulan matapelajaran 'Lukisan' hari ini. 

"What we intent, think, feel and draw, we attract."

That sums up today's drawing lesson. 

Friday 19 January 2018

DESIRE

DESIRE

“Have you seen him who has taken his desire to be his god? God has led him astray” (45:23)

HORIZONS


Surah Fuśśilat, “We will show them Our signs on the horizons and in themselves until it becomes clear to them that this is the Truth” (41:53).

COMPASSIONATE BEAUTY

'Ar-rahim' means Most Merciful and Compassionate. In Malay it is translated as 'Maha Belas', 'Maha Pengampun'. 

Iĥsān means at once beauty, excellence, and perfection.

"Is the reward for iĥsān anything other than iĥsān?"
– Qur’an 55:60

BELAS-IHSAN therefore can be read as:
COMPASSIONATE BEAUTY


BELAS-IHSAN, IKHLAS, CINTA & INDAH


"Is the reward for iĥsān anything other than iĥsān?"
– Qur’an 55:60

"In the Islamic tradition, the sense of beauty and excellence—at once aesthetic, ethical, intellectual, and spiritual—is encapsulated by the untranslatable Qur’anic term iĥsān. The classic definition of iĥsān comes from the hadith of Gabriel, wherein the Prophet ﷺ describes it as “to worship God as if you see Him, for if you do not see Him, He sees you.” Most simply, the Islamic arts cultivate iĥsān because the patterns on traditional prayer carpets; the geometric designs and calligraphy ornamenting mosques and Islamic homes; as well as the architecture of these homes, mosques, and madrasas help us to worship God as if we “see Him” through these displays of beauty, for “God is Beautiful and loves beauty.” This “as if” (ka anna in Arabic) seeing occurs through “imagination” (khayāl), a term that has a technical definition in Islamic discourses distinct from its everyday meaning in English."

"As such, the beauty of Islamic art attracts love, both human and divine. Whether praying in or even just strolling through the beautiful mosques of Istanbul or Isfahan, one cannot help but feel love and beloved, regardless of the circumstances outside. This gentle presence of beauty and love causes the sakīnah—the deep peace engendered by the awareness of the presence of God—that is one of the most characteristic features of the architecture of all traditional mosques. The harmony of their geometry makes the barakah (sacred presence) of the space tangible, helping to bring our souls into balance."

"For scientist-philosophers, such as Ibn Sīnā, love was quite literally the force that moved everything in the cosmos, from rocks to angels."

"Moreover, love is essential to the cultivation of iĥsān and the closely related concept of ikhlāś (sincerity). As a hadith says, “None of you truly believes until God and His Messenger are more beloved to him than anything else.”

"Beauty inspires love, and love moves our souls."

Source:
"The Silent Theology of Islamic Art"
Author: Olidumani Oginnaike


Wednesday 17 January 2018

PAINS

PAINS

"Know that one day, your pain will become your cure"
"These pains you feel are messengers, listen to them"
"The wound is the place where the light enters you"
(RUMI)

Yea I know, these are just quotations, sometimes used to brag, until we were (are) really 'tested' with 'pain' (spiritual, emotional, mental, physical), personally and collectively. Each test (pain) is tailored for each of us. 

May all of us b given the strength to face our pains, listen to them in our path to attain our own cure and enlightenment. 





THE UNIVERSE WITHIN


"The universe is not outside of you. Look inside yourself, everything that you want you already are." (RUMI)


APA YG PERLU DIJADIKAN UTK AKU BACA AYAT INI?

SETIAP SEKARANG
(Versi berdialog dgn diri sendiri)

1. 
Apa yg aku pilih untuk rasa 'sekarang'?
Syukur? Kasih? Cinta? Gembira? Ceria? Teruja? Kagum? Bahagia? Belas.....atau sebaliknya?

(Tulis besar-besar 'apa yg dirasa sekarang' di tengah2 sekeping kertas kosong. Lagi bagus jika hanya satu perkataan sahaja)

2.
Apa yg perlu terjadi (dijadikan/dicipta) untuk membolehkan aku mengalami apa yg aku sedang rasai sekarang? 

(Yg ni tak perlu tulis. Hanya ikut saja urutan berikut:)

Mak & bapak aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk mak dan bapak aku dijadikan, opah2 dan atok2 aku (sebelah mak dan bapak) mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk opah2 dan atok2 aku dijadikan, moyang2 aku mesti dijadikan, bertemu, bercinta, berkahwin....(semuanya melibatkan jumlah kejadian2 yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dgn amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk moyang2 aku yg begitu byk generasi dijadikan, Nabi Adam dan Hawa mesti dijadikan.

Untuk Nabi Adam dan Hawa memulakan keluarga manusia, Bumi mesti dijadikan. (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk bumi dijadikan, matahari dan planet2 dlm sistem solar mesti dijadikan. (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk sistem solar dijadikan, galaksi bimasakti mesti dijadikan. (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk Galaksi Bimasakti dijadikan, berbilion galaksi mesti dijadikan. (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk berbilion galaksi dijadikan, sesawang kosmik (cosmic web) mesti dijadikan. (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

Untuk sesawang kosmik dijadikan,  alam semesta (universe) mesti dijadikan.  (semuanya melibatkan jumlah kejadian2 kosmik yg tak terkira banyaknya, yg mestilah ditakdirkan dengan amat2 teliti dan tepat dari segala segi)

3.
Sekarang kita jawab soalan di bahagian 2 di atas. 

(Tulis ayat berikut di atas perkataan yg ditulis atas sekeping kertas tadi:)

Seluruh alam semesta dijadikan, utk aku berada di sini, membaca ayat2 ini dan merasa......


4.
SELURUH ALAM MESTI DIJADIKAN terlebih dahulu, UTK AKU ADA, sekarang, setiap sekarang, setiap detik, setiap degup jantung.

Jika SELURUH ALAM SEMESTA mesti dijadikan untuk aku merasai apa yg aku rasai sekarang, aku akan pilih untuk rasa..................................


 

TANDA-TANDA KEBESARAN

Dalam jeram yg cetek, ada tanda-tanda
'Kebesaran'. 


Atas: visualisasi 'multiverse' (banyak alam semesta)
Bawah: Dasar pasir jeram yg cetek


Atas: Cosmic web
Bawah: Dasar pasir jeram yg cetek

LOGO GEMABELAS

Why we chose elephant as our logo. 
(Kenapa kami pilih gajah sebagai logo)

KEBESARAN YG TAK TERKIRA

We are a part of countless signs of Greatness. Lets watch.


(Kita adalah sebahagian dari tanda2 Kebesaran yg tak terkira. Jom tengok)


https://www.facebook.com/physicsbyumer1/videos/793330724201949/





H3RO YG BERJAYA

Betul ke utk dikatakan 'berjaya' dan digelar 'hero', mesti 'kalahkan' orang lain (bukan kalahkan 'ego' diri sendiri yg tamak & haloba)? Itu je ke KPI dan ROI mutlak utk 'kejayaan'? Adakah hidup hanya berlandaskan 'persaingan'? Apakah makna sebenar kemenangan? Apakah tafsir kita utk 'permainan'? 

'Marilah menuju kejayaan' yg sebenar-benar, bersama2 jadi 'hero' yg sejati. Jom tonton video ni. 

(Is it true that for us to be seen as 'successful' and called a 'hero', we must 'defeat' others (instead of our own greedy ego)? Is that the only absolute measure for 'success'? Is life is only based on 'competition'? Whats the true meaning of 'winning'? Whats our interpretation of 'playing'? 

'Lets reach for success' truly, together we become true heroes. Lets watch this video.)

#H3RO
#H3ROpulangTelukIntan
#gemabelas2017
#Belasinsan
#didikjiwahalus
#7tingkatpermai
#kebunDsedim



Tuesday 16 January 2018

RIAKSI

Riaksi
Riak
Aksi

Kurangkan riaksi
Hapuskan riak, 
banyakkan aksi. 






KELAHIRAN BARU

'Kematian' akan datang kepada apa jua peranan, tanpa perlu bergantung kpd deklerasi dan wacana dari Barthes. 

Dlm setiap 'kematian' ada 'kelahiran baru'. 

IDENTIFIKASI 'ANAK MUDA'.

Pergantungan total dgn identifikasi bertunjangkan istilah 'anak muda' menjadi longgar bila yg bergantung pd identifikasi itu semakin 'tua'. 


Monday 15 January 2018

DOA & SEJUK

Kepada: yg doanya diterima

Pesanan: terima kasih atas doa agar Malaysia disejukkan dari bahang panas yg makin memudaratkan

RAHMAT UTK NINA


Hantar Nina ke Kuantan, sambil ambil angin bersama Bonda di Teluk Cempedak, Pahang. Nina sambung Foundation Studies di UIAM Kuantan. 

Moga Nina sentiasa dalam Perlindungan Allah dan sentiasa mendapat Rahmat dan PetunjukNya. 

TERAPI ANGIN TELUK CEMPEDAK


Terapi angin Teluk Cempedak, Pahang. 

ZIARAH SIHAT


6, 7, 8, 9 Januari
Gleneagles Penang

Ziarah itu menyihatkan. Terima kasih. 




Saturday 13 January 2018

CAHAYA ATAS CAHAYA


"Sekitar lewat 1800, seorang lagi geek, James Clerk Maxwell mencipta satu set formula yang menggunakan gabungan gelombang medan elektrik dan gelombang medan magnetik untuk menerangkan sifat cahaya. Teori gelombang elektro-magnetik Maxwell yang lebih baru (ketika itu) menerangkan tentang cahaya, gelombang mikro, gelombang radio, dan pelbagai jenis gelombang yang lain. Pada tahun 1887, Heinrich Hertz mengesahkan formula Maxwell menerusi eksperimen. 

Cahaya adalah tenaga yang hadir dalam bentuk gelombang, sah!

Ada cahaya=ada tenaga=ada gelombang=ada kita

Anda dan saya ni, gelombang ke?

Cahaya ada dua sifat serentak - benda berjasad (partikel) dan gelombang. Kekadang ia bersifat gelombang (eksperimen Young), kekadang bersifat partikel (model atom oleh Bohr). Kita ni boleh ditafsir sebagai benda jasad, kita ni juga boleh ditafsir sebagai gelombang. 

Salam sejahtera buat seluruh gelombang alam."

Dari blog entry Jiwa Halus
"Apa jadah fizik kuantum"

http://hasnulsaidon.blogspot.my/2012/03/apa-jadah-fizik-kuantum-ni.html?m=1

PERSPEKTIF

Dalam banyak jenis perspektif yg aku pernah belajar, perspektif dari katil bilik kecemasan mengadap ke siling hospital adalah yg paling meninggalkan kesan. 

Thursday 11 January 2018

EPISOD DI BILIK KECEMASAN

6 Januari 2018

Semasa terlentang di katil bilik kecemasan, sambil menatap lampu siling, aku terasa seperti arwah bapak berbisik, 
"Ramai yg sayangkan kamu Hasnul."

Dari takut dan sedih, terus aku jadi tenang dan redho. 






SALAM KASIH

Salam kasih buat semua yg menempatkan saya dlm doa anda semasa saya dlm wad hospital. 
Saya amat2 menghargainya. Terima kasih kpd yg ziarah dan yg bercadang utk ziarah. Saya sudah keluar wad, dan ok, insyaAllah. Sama2 kita amalkan pilihan berfikir, merasa dan gaya hidup yg sihat, dipacu kasih dan belas. 

Saya juga mohon maaf atas sebarang kesalahan yg sengaja atau tak sengaja. Hadiah yg paling memulih adalah kemaafan dan tempat yg sihat adalah dlm doa org yg mempunyai rasa belas terhadap kita. 



WAKE UP

Hasnul,
Wake up, We love u. 



Saturday 6 January 2018

ORG YG KUAT


Bapak aku selalu pesan, "orang yang gagah ialah orang yg sabar dan dapat menahan marah." #gemabelas2017 #belasinsan #makbapakakuosem #didikjiwahalus #h3ropulangketelukintan #H3RO



APA KELEBIHAN IKHLAS


Mak aku selalu pesan, "ikhlas tu kalis setan" ("My mom always reminds, "honesty is evil proof.") #gemabelas2017 #belasinsan #makbapakakuosem #didikjiwahalus #h3ropulangketelukintan #H3RO

BAPAK, MAK & TAMAN SYORGA


Semasa aku belajar di luar negara, bapak aku pernah kirim satu album kecil. Di dalamnya terisi gambar2 taman mak aku. Temanya belas alam. Dia tau aku suka tengok pokok2, termasuk pokok2 bunga mak aku. Dari kecil, aku dibesarkan dgn hasil 'tangan hijau' mak aku, selain selalu dikerah utk tolong dia berkebun. Bila aku tengok gambar2 ni, hati aku yg sedang hanyut mengejor bayang riak segulung ijazah di negara orang putih, kembali ke 'tanah tumpah darah'. Dalam surat, bapak aku tanya, "bila kamu nak balik?" Kini, bila aku nampak kawasan rumah yg penuh dgn pokok2 bunga, aku boleh dengar suara arwah bapak bertanya soalan itu. Aku tak reti nak jawab, tapi aku boleh cuba 'balik kpd fitrah', cuba jadi manusia yg lebih baik dari semalam. Taman mak aku ada dlm hati aku. Itulah jawapan yg boleh aku beri pd arwah bapak aku, sambil sedekah dia fatihah. #DidikJiwaHalus #belasinsan #belasalam #makbapakakuosem

#H3RO #H3ROpulangkeTELUKINTAN #gemaBELAS2017 @gemabelas2017



KAPCAISME

Ya, aku memang asal dari Teluk Intan. Tapi, drpd aku tengok dan viralkan gambar org bogel tunggang kapcai di bandar Teluk Intan, lebih baik aku viralkan gambar bapak aku dan aku tunggang kapcai tiap pagi semasa aku kecil dulu. 



Apa yg kita sebarkan akan menjadi kita (berada dlm minda dan rasa kita). Ia menggambarkan kualiti minda dan jiwa kita. 

Pandai2la pilih. 



Apa yg kita sebarkan akan menjadi kita (berada dlm minda dan rasa kita). Ia menggambarkan kualiti minda dan jiwa kita. 

Pandai2la pilih. 


TAMAN SYORGA


Pulang ke Taman Syorga. Dari saat bapak meninggal sampai dimandikan, Mak tenang. Sebelum disembahyangkan, Mak cium dahi bapak yg sejuk. Aku duduk dekat mengadap mereka. Mak bisik pada bapak "awak tunggu saya di pintu syurga ya," sambil usap muka bapak. Lepas tu dia terus tersembam lemah ke bahu aku dan menangis. Saat itu aku rasa spt dipeluk satu ketenangan yg tak terperi, tapi cuma utk beberapa detik saja. Mahu aku bawa semua manusia pulang ke situ, utk merasainya. Dari saat itu sampai sekarang aku cuba pulang kepada rasa itu, tapi cuma dapat tempias je, persis mengintai dari jauh. Gitupun, jika kita dpt tempias pun takpa la, mungkin dpt kurangkan bahang panaz keinsanan yg makin gering kini. Selamat pulang ke Taman Syorga dalam hati kita,  sebelum ia lupus ditelan nafsu zaman yg makin mengganas. #DidikJiwaHalus #belasinsan #makbapakakuosem

#H3RO #H3ROpulangkeTELUKINTAN #gemaBELAS2017 @gemabelas2017

BELAS ITU FITRAH


Bila aku ziarah superwoman (mak aku), aku nampak gambar arwah bapak aku yg masih muda di tepi katil mak. Aku dpt rasa kuatnya pertalian dua manusia ini walaupun waktu hidup, mak aku asyik meleteri bapak, dan keduanya jarang bersetuju pendapat, tak pernah nampak 'loving2'. Dalam hati, aku nampak mak aku tunggu bapak aku balik di depan pintu rumah. Aku cakap pd mak aku,"bapak tak ke mana pun, dia selalu bersama mak." Mak aku angguk. Belas itu fitrah, duhai dunia yg makin gamat dan ketagih dgn belasah. Pulanglah kpd belas. #DidikJiwaHalus #belasinsan #belasalam #makbapakakuosem

#H3RO #H3ROpulangkeTELUKINTAN #gemaBELAS2017 @gemabelas2017

Wednesday 3 January 2018

THAT BIG SHIP & THIS SMALL BOAT.

That big ship is heading towards that iceberg. We yelled out warnings, calling out for a compassionate change of direction, but most people just ignore including the captain. They were blinded by arrogance and greed. By the time everyone can see the iceberg, its going to be too late for that big ship to change its course. 

Thats why we prefer to b on this small boat. 

(Inspired by James Cameroon)






 

BILA NAK BALIK?


"Hasnul, bila kamu nak balik?"

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...