Tuesday 18 February 2014

H3R0

Salah satu denai terbaik untuk mengenal diri adalah dengan menghargai 'Hero" yang dekat dengan diri kita. Ini versi 'superman' dan 'wonderwoman' saya, hasil arahan Anderson Ee. Saya tak tau kenapa Andy bersemangat nak buat video pendek ni, sejak tahun lepas. Saya tanya dia, dia jawab dalam bahasa Star Wars, "the force is strong". Terima kasih la Andy, kerana memaksa-rela saya kembali-semula ke dunia video naratif yang telah lama dipinggirkan. Memang betul, the force is strong, kerana kita semua kroni-kroni nepotisme yang terdiri dari saya, isteri, Delly, Zarif dan Nina (Mia sekarang di UiTM Sri Iskandar), semua terasa terpanggil sama-sama menjadi pelakon dan 'bangla' tak bergaji untuk menyiapkannya. Saya amat menghargainya. Begitu juga dengan wonder team dari ASWARA, bekas anak-anak buah Andy, yang buat kerja macam dapat gaji beribu-ribu. 

Superman saya kini uzur (baru lepas kena heart attack). Tolongla doakan kesihatan dan kesejahteraan dia. Jiwa saya rasa nak terbang jumpa dia, tapi jasad saya terpaksa melayan kerenah 'arahan' berambus dari Kebun Rupa, tempat saya menumpangkan buku-buku dan segala bahan rujukan, dan juga berkarya. Segalanya kita pinjam je. Semuanya adil, Allah Maha Adil.

Hidup adalah sebuah anugerah yang dipinjamkan sementara, suatu perjalanan yang indah. Senyumlah kepadanya. Kepada semua, salam kasih. Saya tak mewah wang ringgit, jadi cuma dapat balas dengan doa dan ucapan, "may the force be with u".

Selamat menikmati video pendek ini, sambil panjangkan doa yang baik-baik untuk hero-hero dalam hidup kita.  

Klip video muzik "Setiap Sekarang' nyanyian Ainina (inspirasi dari 'Hero'), bakal menyusul.

11 comments:

  1. Tuan, tolong bagi email - nak jemput seminar / meeting. azizras@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Aziz, terima kasih byk-byk atas jemputan. Buat masa ni, dalam masa setahun ni, saya terpaksa tolak sebarang jemputan untuk tumpu pada penyelidikan. Mohon maaf. InsyaAllah jika ada rezeki lain masa, boleh ditunaikan.

      Delete
    2. Aduhai, 1000 kali sayang tuan. Jemputan kami mungkin tak perlukan paper untuk pembentangan, tapi, masih ingatkah tentang gagasan tuan untuk mewujudkan My University Museum and Gallery Network? Saya nak adakan meeting pertama dan nak gerakkan gagasan itu.

      Delete
  2. doa agar sihat. i admire the way its presented, edited and soundtrack. Frame dari 4:03 amat indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Muid for the prayer. The video is just a small project. Credit should be given to the director Andy, I was merely assisting. Keep up the good vibes. Always nice to hear from u.

      Delete
  3. Minta izin nak share di alam maya bos.

    ReplyDelete
  4. Itulah yang sebaiknya Usop. Panjangkan doa untuk kedua orang tua kita. Tkasih banyak.

    ReplyDelete
  5. Aziz, setakat bagi pandangan dan kongsi ide, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Aziz, setakat bagi pandangan dan ide, insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. berulang kali saya tgk video ni... HERO kita sama PM hasnul sama minat wrestling..mohon share ya bos. tk Noraza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Aza, ayahanda saya di I.C.U sekarang. Hantarkanlah doa.

      Delete

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...