Thursday, 13 February 2014

BERAMBUS KAU DARI KEBUN RUPA!

Semasa sedang memuliakan ruang Kebun Rupa dengan kuliah kecil untuk beberapa orang pelajar praktikal, tiga orang 'pak guard' mengiringi 4 orang juak-juak untuk meninjau, mengambil gambar dan menyuruh saya berambus dari Kebun Rupa sebelum 17 Februari (Ahad ini!). 

Seorang pegawai masuk ala CIA, ambil gambar buku-buku dalam Kebun Rupa dan menegur saya kerana bertanya banyak soalan. Maaflah bang, kenalah tanya, saya kan ke tuan rumah.  Seorang lagi jenuh dijemput duduk, punyalah ketat dan berat macam tak reti nak beradab bila bertandang ke tempat orang.

Kenapa tak bawak je UTK bersarung kepala siap dengan M16 sekali?

Saya kan ke menumpang, kalau disuruh keluar, saya keluarlah, takpa. Saya faham. Saya pun dah setahun menumpang, naik segan juga. Tempat ni pun bukan harta peribadi saya. Saya cuma tumpang letak buku-buku, DVD koleksi seni video dan pelbagai bahan rujukan, untuk sesiapa yang minat nak buat kajian. Tak payahlah kecoh bawak pak guard sampai tiga orang, macam lah saya ni orang tak bertamadun, tak reti nak keluar bila disuruh. Saya pun pernah juga berjasa dgn universiti ni, sekurang-kurangnya bagi tau lah elok-elok dan awal-awal.  Manalah sempat saya nak clearkan Kebun Rupa dalam masa 5 hari.

Anyway, takpa, saya faham, dan terima kasihlah bagi saya hiburan dan drama petang yang menarik. Anda semua menjalankan tugas, bak kata Abang CIA, "saya dapat arahan!!"

Saya pun dah lama bercadang nak tutup kedai Kebun Rupa ni. Walaupun ada beberapa orang hebat-hebat pernah singgah, para pelajar jarang pakai atau menggunakannya. Mungkin sekarang ni, mereka pakai google je. Tak payah nak pi mengadap guru lagi, buat susah je.

Jika Allah izinkan terjadi, maknanya ni semua rezeki saya. Mesti ada sesuatu yang baik di sebaliknya, kenalah berbaik sangka dengan Allah. Ikut tasbih Tok Syeh saya, semuanya, "bagus, bagus, bagus...." 

Lagipun, segalanya, termasuk nyawa, kita cuma pinjam je. Saya amat bersyukur dapat memanfaatkan Kebun Rupa setakat yang mampu sepanjang ia dipinjamkan.

Terima kasih tak terhingga pada semua yang telah menghidup dan memuliakan Kebun Rupa selama ini. Kebun Rupa selepas ini mungkin hanya ada dalam kepala saya je la agaknya.  

Tautan berkaitan :

13 comments:

  1. yg neh xleh trima lagi...tiba2 ja neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa bro, takda hal. Saya pun memang dah cadang nak pindah Kebun Rupa ke lokasi lain yang lebih sesuai.

      Delete
  2. Walau dimanapun lokasinya Kebun Rupa, Manusia yang inginkan ilmu akan tetap mencarinya...

    ReplyDelete
  3. jasa tuan hanya yang mahaberkuasa dapat membalasnya~ Tidak tercapai juga hajat saya hendak menuntut ilmu tetang selok belok berpameran solo~ :(

    ReplyDelete
  4. Salam Hasnul! Semoga Hasnul jumpa lokasi Kebun Rupa yang lebih lumayan dan luas dengan ilmu terbentang

    ReplyDelete
  5. jgn bimbang bro, tentu ada kebun lebih subur menanti! :)

    ReplyDelete
  6. Sayang seribu kali sayang. Saya bersimpati dengan tuan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua. Saya amat menghargainya. Saya terima dan pegang semua kata-kata di atas sebagai penguat. Saya pun alhamdulillah ok, ini semua rezeki Allah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, saya dapat 'extension masa untuk kemaskan Kebun Rupa, taklah tergesa sangat. InsyaAllah, masih ada 'common sense' dan 'budi bicara' di sekeliling jika kita cool. Kalau susah pun, Allah nak buang dosa dan segala defisit. Semua canteeek.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, tahun ni kita sama-sama usahakan berKebun Rupa lagi di Langkawi...

    ReplyDelete
  10. Takda hal Usop, biasalah pindah-pindah, buka angin baru. Masa di UNIMAS dulu, saya berpindah-randah agaknya hampir sepuluh kali, semuanya menyeronokkan. Perubahan (bak kata Andy kawan kita) adalah bagus dan fitrah.

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...