Thursday, 6 February 2014

DI BALIK TABIR 'HERO' - BAHAGIAN 2

Sesi rakaman 'Hero' di Nilai, Negeri Sembilan, amat bernilai, kerana dua bintang utamanya (HERO) telah memberi kerjasama yang sangat 'cool', walaupun tidak mendapat bayaran beribu ringgit. Saya dan keluarga sampai ke Nilai pukul 7 pagi, setelah bertolak dengan kereta jam 2 pagi dari Pulau Pinang sebelumnya. Lepas sarapan, kami terus shooting.  Saya postpone mengantuk saya.

Bonda ketawa besar melihat gelagat Zarif Zaharul melakonkan watak Bapak. Bila ditanya, "serupa tak macam Bapak masa muda dulu?", dia kata, "memang macam Bapak kamu dulu!". Bila ditanya tentang Delly , Bonda kata "adalah iras-iras, terutama pada celak mata". Casting choice dah dapat green light, restu dan perakuan. Ditunjukkan juga production stills yang lain, dia kata ok, terutama shot di tepi sungai. Shotnya mengingatkan dia pada zaman di Pasir Salak dan hijrah dia ke Teluk Intan, yang perlu menyeberang sungai. Syukran. Bapak pun happy, dia kata, "ni kena bayor lebih ni!".

Rakaman dibuat di rumah Kak Nyah dan Abang Ibrahim yang sporting dan sanggup mengizinkan rumahnya di tonggang-langgangkan oleh krew tak bergaji. Bukan setakat tu saja, mereka siap jamukan makan tengah hari menu Perak piyor, juga minum petang, sebelum saya terpaksa terbang ke alam mimpi pendek kerana terlalu mengantuk dan letih.

Malamnya, saya rakam Bapak berselawat dengan Soundcloud. Fuyooo, Bapak ada track wooo dalam Soundcloud, dah jadi atok hipster! .

Andy dah buat rough cut, tapi belum betul-betul dapat feel lagi. Saya kena turun tolong. Sementara tu saya dah siap buat lagu, dan sekarang tengah prepare untuk shooting video clipnya. Penyanyinya siapa lagi kalau bukan Nina! Hidup nepotisme!

Mari kita raikan 'hero-hero' dalam hidup kita, yang membawa kita bertemu dengan hero dalam diri.

Production meeting campur berangan
Shooting adegan 'air dengan minyak'
"Air dan minyak" versi terkini
Bapak versi muda dan versi terkini
Rakaman Bapak berselawat


http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/balik-tabir-bapak-making-of-bapak.html


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...