PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Monday, 3 October 2011

(h)ONG! (k)ONG! 2,0 : GLOBALISASAU DAN SEPETANG BERSAMA LADY GAGAU


Jangan jeles. Petang tadi aku jumpa Lady Gagau.

Sasau aku dibuatnya. Lupa daratan, halal haram jadi tonggang-langgang. Aku berdiri sangat dekat dengan dia, sampai dapat usap rambut (paslu) dia. Bulu mata (palsu) dia pun aku usik. Betul-betul dekat, boleh bau perfume dia. Nafsu dan bisikan setan suruh aku cium dan raba je. Nasib baik iman aku yang tipis diselamatkan oleh orang yang ramai yang berebut nak bergambar dengan dia.

Bukan Lady Gagau saja buat aku sasau. Ramai lagi selebriti yang lain ada bersama dia. Yang dah mati pun, ada. Semuanya berkumpul sama Lady Gagau di Hong Kong. Dulu ada aku jumpa kelompok selebriti yang sama di London. Tapi Lady Gagau tak da lagi masa tu.

Orang yang bersesak dan bersasau nak ambil gambar usah cakapla. Peminatlah katakan. Ada yang fanatik, tergedik-gedik suka dapat bergambar dengan selebriti kesayangan. Ada yang tersipu-sipu malu, ada yang buat muka 'cute' dan ada yang lebih 'cute' dan comel dari selebriti. Aku menggagau mencari ruang untuk menyibuk sama, sambil menikmati kesasauan suasana ala minda bawah sedar yang aku alami. Aku jadi high tanpa bantuan air daun ketum.

Aku telan dua biji panadol nak hilangkan ingatan pada Gagau, agar malam nanti tak mengigau. Aku dah kena sampuk bahana-banana-wacana-wacaya-sama-lu pascamoden. Aku dijangkiti badi globalisasau, yang boleh buat dunia ni kacau meracau.

Tengokla sendiri.......

Michele Yeoh pun ada. Dia kirim salam orang Ipoh. Raya Cina tahun depan dia balik Ipoh,
Tak berani nak dekat dia ni sebab Brad Pitt ada sebelah.
Nak pinjam Prada dia
Johny Depp pesan kat aku dalam loghat Penang, "rentikanla keja melukis tu, pi buat keja PR lagi baguih"
Ramai lelaki cantik berebut nak ambik gambar dengan dia ni. Bukan ke dia ni dah mati terjun bangunan tinggi?
Siapa kata dia dah mati?
Jet Lee kata, "gua nak belajar silatla brader"
Dia ni kata dia Rembrandt.
Dia pulak kata, "otak high dengan air ketum, tak payahla perabih masa nak faham teori kuantum!"


Ada ramai lagi yang aku jumpa, termasuk Hitler dan Saddam Hussein. Mahatma Gandhi pun ada. Presiden Obama menyengih tengok aku. Aku pesan pada dia,

"Globalisasi bukan kepunyaan USA lagi tuan Presiden. Kalau hutang dah terlampau banyak, janganlah buat perang lagi (untuk tontonan dunia), sambil di belakang tu, tangan sibuk merompak dan mencuri. Cukup-cukuplah buat kerja PR guna segala 'spin doctor' untuk buat wayang agar seluruh dunia tertipu sambil perompak (yang kurang dari 0.000001 peratus penduduk dunia) melayan tamak. Rezeki Allah melimpah dan cukup untuk semua, bukan untuk tamak durjana. Cukup-cukuplah labelkan orang lain jahat la, terroris la, racist la, facist la......sampai ramai di Malaysia jadi burung kakak-tua ikut cakap benda yang sama. Cukup-cukupla mensasaukan dunia ni dengan perang saraf, sambil suruh orang lain berperang sesama agama, sesama bangsa, sesama senegara, untuk dijajah minda dan harta mereka. Tobatlah. Ok ya tuan Presiden!

Wa chow dulu!!!!!"

Hasnul J Saidon
Oktober 2011
The Peak
Hong Kong

No comments:

Post a Comment