Tuesday 26 May 2020

VOICE / SUARA


If some people claim to 'represent' the voice of the 'voiceless', dont listen to them, so that the 'voiceless' can b heard.

(Jika ada pihak mengatakan mereka 'mewakili' suara pihak yg 'tidak didengari suara mereka', jgn dengar, agar yg 'tidak didengari' itu dapat didengar dgn jelas dan tepat.)

LOVE & KNOWLEDGE KASIH SAYANG & ILMU PENGETAHUAN

Basic teaching guide. Give love first, then knowledge.

Knowledge changes, comes and goes. Love is eternal.

Panduan pengajaran yg asas. Berikan kasih-sayang dulu, lepas tu barulah ilmu.

Ilmu bertukar berubah, datang dan pergi. Kasih-sayang abadi.

ANGEL'S ADVOCATE ADVOKASI MALAIKAT


The thing about the phrase 'devil's advocate' is that many who use it end up not 'advocating' anything. Instead, they become the 'devil' itself.

I go for angel's advocate.

ADVISE

ADVISE

Basic rule of giving advise - listen first.
Another basic rule of giving advise - get to know who u r advising first.

3 PENDINDING


3 RAHSIA ALAMIAH SEBAGAI PENDINDING SITUASI DI ATAS : IKHLAS, REDHA & SYUKUR. (3 secrets of the Universe as shields against the situation above : Sincerity, Acceptance, & Gratitude.)

Hakuna-matata kita semua!

Friday 22 May 2020

MEMORI TERHAKIS - TENTANG WARISAN LISAN YG SERING DIANCAM LUPA


Kembali ke 2012.

Apakah ada 'harga' yang boleh diletakkan pada 'memori' kedua ayahanda dan bonda kita? Adakah ia boleh disamakan dengan kerakusan kita mengejar nilai wang ringgit mahupun harta berbenda? Adakah ianya boleh dikuantifikasikan (quantify kata orang putih) menjadi saiz ukuran besar kecil? Adakah memori ini sesuai ditunggang dengan fikir dan rasa yang sudah dijumudkan oleh nilai pasaran?

Bonda dan Ayahanda adalah penyimpan khazanah memori keluarga yang terpenting. Baru-baru ni saya dikuliahkan secara kasual oleh seorang pelawat dari Peranchis, Prof. Nicole Revel, pakar warisan lisan sedunia, semasa dia menziarahi Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM. Dia rakan Dato' Saleh Yappar, seorang pakar warisan/bahasa/sastera di USM yang sangat saya hormati. Dato' Saleh membawa Prof. Nicole untuk melihat khazanah warisan yang tersimpan di MGTF. 

Dah hampir tujuh tahun saya berkebun di MGTF, tapi saya sendiri malu kerana masih tidak fasih menghargai khazanah lisan keluarga sendiri, tidak merakamkannya untuk diwariskan sebagai pusaka yang tak ternilai generasi akan datang. Saya menanam kebun memori di USM, tapi kebun memori Bonda dan Ayahanda saya pinggirkan. Agaknya saya masih ada badi SAKA fahanam 'kebendaan', bila sampai pada bab pusaka lisan Bonda dan Ayahanda sendiri(yang tak nampak, yang takda jasad), saya sendiri kantoi. 

Dr. Nicole sampaikan banyak pesan dan teguran yang amat bermanfaat (walaupun telinga dan hati pedih juga menerimanya), semuanya persis ubat pahit yang perlu ditelan. Tak cukup datang sekali, esoknya saya jemput dia di Hotel Vistana untuk ziarah MGTF sekali lagi. Kali ni saya bawa dia ke tingkat atas untuk dileteri. Prof. Nicole jenis orang yang jujur, terus menegur tanpa tapis. Saya, Zolkurnian dan staf yang lain angguk je.



Sangat ironik kerana saya dikejutkan oleh 'orang putih' yang lebih menghargai warisan lisan 'bangsa' saya sendiri.

Saya sendiri perlu ada perubahan paradigma atau anjakan'mindset', terutama bila berdepan dengan mereka yang sering saya anggap sebagai 'dah tua' dan 'dah nyanyuk'. Betulkah dah nyanyuk? Atau sebenarnya, jauh dalam minda 'sub-conscious' mereka ni (Bonda dan Ayahanda contohnya), ada khazanah yang amat berharga. Dalam kita sibuk mengejar dan dikejar mimpi benda, bagaimanakah sikap kita terhadap khazanah memori ini, mahupun jasadnya yang dah lusuh, tua dan rapuh (seperti juga Bonda dan Ayahanda, jika tidak pun MGTF yang saya tatang sepanjang hampir tujuh tahun itu). Dah tiba masanya saya juga buat hijrah yang baru.

Bila saya tenang, saya ditunjukkan bahawa dalam diri ini sudah tertanam (juga secara sub-conscious) segala khazanah berharga ini, sepanjang saya dididik oleh Bonda dan Ayahanda selama ini. Cuma saya saja yang sering dihijab oleh ego diri yang kecil tu. Jika diselak habis ego ni (dan ditewaskan 'monster bising' yang mengganggunya), barulah saya kenal bahawa sayalah pewaris khazanah memori ini. Tugas saya adalah untuk mewariskannya pula pada anak-anak dan cucu-cucu pula.

Sesekali saya ronda (jalan-jalan) sekitar bandar. Bandar Teluk Intan menjadi 'penanda' kepada banyak bentuk pusaka lisan, khazanah dan sejarah warisan Bonda dan Ayahanda serta keluarga. Namun, penanda2 ini juga semakin lupus ditelan zaman.

Fitrah benda, lupus. Fitrah makna, berubah-ubah. Fitrah memori, lupa. Fitrah kasih & belas.... rentas ruang & masa. 

Sunday 17 May 2020

BAGI KAUM YG MEMIKIRKAN

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=m-616Ov2foQ

Selamat datang ke dunia normal baru, yg sewajarnya mengembalikan kita kpd normal fitrah hukum alam. Asasnya adalah pengesaan Yg Maha Pencipta. Pada alam & dlm diri manusia terkandung tanda2 utk mereka yg mahu memeri hati, merenung, menghayati, mengkaji, memikir. Sains & seni adalah dua arus dari sumber yg Satu. Keduanya menjadi denai fikir dan zikir. Tanpa fikir & zikir, manusia & alam akan terus saling menyakiti & menyebarkan wabak minda & hati.

Dikongsi refleksi ekologi kerohanian atau 'spiritual ecology' hasil usaha #senafassenadi di @rumahtokcu. Betulkan tajwidnya jika salah. Selamat bertemu lailatul-qadar.

Friday 15 May 2020

GURU2 ADEELA, AMIRA & AININA


Menjadi guru2 terbaik utk Adeela, Amira & Ainina adalah profesion paling osem dalam dunia.

FROM MAIZOL

I have 3 great teachers in my wonderful life.
Dedicated to:
Thanks to my dad: Bahar Arus being my 39 years as my mentor in this field, who guided me all the day, support me to become artist, educator and designer. Thanks pop. Do not stop be as my mentor.

Not to forget to my beloved SIFOO, Kebun Jiwa Halus (prof Hasnul J.S) with my full respect and most memorable thick and thin experiences with you sir when i was green and empty spaces.Guided me with your full guidances and fill the blank with colorful energy. You taught me to become multitasking (flow like a water metaphor) that really absorb me as what has turned me today. You are my live encyclopedia. Thank you sir.

Last but not least, Prof Fauzan Omar......you are the coolest old man with young in heart. Thank you with your strong advice and guided me to be good artist and person.

May Allah swt giving you guys a good health and prosperity.
Terima kasih cikgu.

-maizul-
  2016




Wednesday 13 May 2020

BAHASA TERANCAM - BAHASA TANAH AIR





Saya budak pekan. Tak faham bahasa tanah dan pokok. Bila saya pergi ke kebun yg diusahakan mak dan bapak saya, saya tanya diri sendiri, "Apala dua  orang tua ni suka sangat dengan kebun ni. Bukan jadi kaya pun." Lepas tu saya mendongak. Saya nampak pandangan ni. Agaknya pucuk2 pokok tu jawab balik soalan saya yang sombong tadi. Yang tumbuh memanglah pokok2, tapi yang ditanam oleh mak dan bapak saya adalah kasih mereka kepada anak2 dan generasi akan datang, juga pada alam. Ilmu ni tak perlu pi universiti kejar ijazah tinggi2 utk dicapai. Ilmu ni syaratnya adalah membalas kasih mak bapak, hormati mereka, berbakti kepada mereka, doakan yg baik2 untuk mereka, panjangkan ilmu yang baik2 dari mereka. Ilmu ini hilang jika kita kurang ajor pada mak dan bapak. Tolongla jgn kurang ajor, 'demanding' itu ini dgn mak dan bapak kita. Akal bijak, tanpa dipacu budi, serupa kereta mahal dipandu dgn mata yang tertutup. Datang ke Universiti bukan hanya utk bentuk fikiran yang hebat2 je sampai bergelar Dr, tapi yang lebih penting adalah untuk memurnikan hati, Tolongla jgn jadi generasi Kylo Ren. Dalam sibuk nak jadi bijak dan pandai, jagalah kebun hati masing2. Orang bijak pandai dah ramai bersepah terutama dlm universiti, orang yang bijak-pandai juga jujur dan baik hati, perlu dijadikan majoriti.

DUHAI PEMINJAM CAHAYA YG MENUNGGU LAILATULQADAR



50 trilion sel dlm badan. Setiap sel terkandung dlmnya atom2 yg tak terkira. Dlm setiap atom ada partikel2 bercaj positif & negatif berputar dlm frekuensi (orbit) yg telah difitrahkan tanpa henti, dlm simetri (imbangan). Rahsia dualiti (berpasang-pasangan), putaran & imbangan telah diwahyukan utk mereka yg mahu menggunakan akal & kalbu. Putaran yg bergetar ini mencipta simfoni fitrah yg indah penuh Kasih & Belas. Semuanya ada getaran tersendiri. Semuanya peminjam cahaya. Semuanya, dari sekecil2 partikel sub-atomik hingga ke fenomena kosmik, dizahir dari Cahaya Medan Kearifan Infinit Yg Tunggal. Semuanya saling-bertaut. Semuanya akur pd Hukum Resonan, Hukum Polariti, Hukum Relativiti, Hukum Sebab & Akibat, Hukum Pertumbuhan, Hukum Infinit. Hukum2 inilah yg dimuliakan sebagai fitrah. Pilihlah utk bertaut & getarkan SALAM SEJAHTERA. Biar getaran itu terus bergema melimpah tanpa henti. Mula dgn SALAM kiri & kanan utk 50 trilion sel yg memberi kita pengalaman berjasad. Moga yg membaca ini bergetar dlm limpahan Cahaya Yg Sejahtera. Moga ia merebak menular menjadi limpahan cahaya atas cahaya. Lailatulqadar @ 7 Tingkat Permai, 11700 Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia


ANOTHER EPISODE OF RAMADAN BLUES


(a long throwback 1978/9)



Ramadan always envelops me with a certain kind of blues. It lures throwbacks or flasbacks. Perhaps it is like the side & rear mirrors that remind me to look back as I race forward.

The vibe of Ramadan has a certain way of re-booting. The fasting, iftar, sahur, tarawih prayer, zikr, tadarus, all collectively provide the means for detox & re-booting. Time & space seems to warp, folding & unfolding, twisting & overlapping sometimes. At times, especially when I managed to let go, time & space simply dissolve.

No, this is not some #deep thing. Not even a 'thing'. Its about closeness & intimacy in living & being. The blues is like a vehicle, a pre-requisite to drive us to a destination. The destination is love & compassion. The driver is our own heart. But before we could drive on our own, we needed our parents to drive us.

Whenever I wear a white kurta, a jubah, a kopiah, with a serban cloth that my late father gave me, reciting verses during solat, or reciting the Quran with melody (taranum) especially during Ramadan, first thing I felt is my childhood. That includes the experience of being brought to suraus & masjids by my late father since I was 5 or 6, his family kuliahs or ngajis (lectures) and in the case of this posting, my experience of learning the beautiful & sublime art of reciting the Quran from him.

He was my first Guru. He taught me to love the Quran. I participated in many musabaqahs, won few. Whenever I recite, I could feel his presence within me, like a whisper, so close & intimate - "be love Hasnul, not angry. A strong person is a person who is sabar (patience) & can control his anger".

If I missed him, whenever Im alone, pondering about life, I recite the Quran the way he taught me. I could hear him within me.

I remember he used to tell me, "guru can only teach & point, only Allah can award hidayah". At this stage of life, I have learned that hidayah doesnt come without a series of test. Everyone has his or her own test.

As we glance back at our rear & side mirrors while facing our own tests along our path & journey, I pray that all of us be enveloped by LOVE & COMPASSION, and awarded with True Hidayah.


DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...