Wednesday 28 June 2017

MASUK MELAKA

Anak saudara aku umur 5 tahun cakap dgn muka serius, 
"Pak Ngah, tak boleh mencuri tau, nanti masuk Melaka!"


Monday 26 June 2017

MELIHAT DGN KASIH & BELAS




Apa yg kita nampak, bila melihat dgn kasih dan belas, menerusi mata hati?

Aku dalam kamu, kamu dalam dia. 

"...., kita muncul dan hilang dalam satu sama lain."
Rumi

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara
@gemabelas2017

Sunday 25 June 2017

APA ITU SINISME?

Kenal penyakit minda rendah, insyaAllah dpt cari penawar. 

Dipetik dari Ayman Rashdan Wong.




SINISME

Reaksi segelintir manusia terhadap berita kepulangan diplomat Malaysia:

'Eh kali ini jual apa pulak?'
'MH370 dan MH17 apa cerita?'
'Sandiwara je tu.'

Orang yang bercakap sebegini kita gelarkan sebagai sinis ('cynics'). Definisi umum bagi seorang sinis ialah 'one who never sees a good quality in a man, and never fails to see a bad one'. Orang yang sinis cenderung untuk melihat semua perkara secara negatif dengan mempersoalkan niat orang. Sinis sangsi dengan motif orang dan sentiasa memperlekehkan usaha orang.

Sinisme (cynicism) ialah sejenis sikap atau perangai yang negatif. Ia merupakan sejenis penyakit hati (disease of the heart) seperti hasad dan dengki. Kata lawan kepada sinisme ialah kenaifan (naiveté). Orang yang naif terlalu mudah percaya kepada orang. Orang yang sinis pula terlebih pandai. Mereka terlebih fikir (overthink). Para sinis akan menganggap orang lain yang buat baik dengan mereka mempunyai niat untuk menunjuk bagus atau untuk mengambil hatinya.

Sinisme tidak sama dengan skeptisme (skepticism). Orang yang skeptis mempersoalkan sesuatu kerana belum menemui bukti. Orang yang sinis tidak sesekali menerima sebarang bukti. Orang yang skeptikal dan kritikal mampu mempersoalkan diri, namun orang yang sinis jarang mempersoalkan diri sendiri. 'I am not biased, others are biased', kata para sinis.

Asal usul sinisme ialah seorang 'filsuf' Yunani purba yang bernama Diogenes. Dia bukanlah filsuf yang pernah menghasilkan falsafah yang sistematik seperti Plato, Aristotle ataupun Epicurus. Kerja dia hanyalah memerli dan mengeji orang lain. Diogenes kata semua orang Athens ialah hipokrit, dan itu menjadi sebab dia memperlekeh dan mengejek peraturan dan norma masyarakat Athens. Dia membuang air di tempat awam, berbogel dan tinggal dalam satu tong besar. Dia memegang lampu di siang hari untuk mencari 'orang yang jujur'. Disebabkan dia tidak dapat menemui orang yang tidak hipokrit menurut piawaian dia, maka dia hanya berkawan dengan anjing, malah orang pun menggelar dia sebagai 'kynikos' atau 'filsuf anjing'. Maka datanglah nama 'cynic' itu.

Hampir semua filsuf menolak sinisme. Sinis tidak membina. Seperti José Ortega y Gasset kata, sinis 'created nothing, made nothing' tapi cuba 'undo everything'. Sikap sinis akan menghalang pembangunan ilmu yang bermanfaat dan menghalang pembangunan bangsa (nation-building) yang positif. Sebab mereka hanya tahu kritik, kritik dan kritik, tanpa menawarkan sebarang solusi dan cadangan.

Media bertanggungjawab besar atas sikap sinis yang semakin menular di masyarakat kita. Media populis cuba mempolemikkan semua isu, dari perkara sekecil harga ikan kembung hingga perkara sebesar Korea Utara, dengan merangka ('framing') ia sebagai agenda peribadi kepimpinan semasa. Cara laporan sebegini mempolitikkan isu yang bukan dalam ruangan politik. Dalam kes Korea Utara, ia menyebabkan orang yang suka memperlekehkan kepimpinan semasa turut memperlekehkan profesionalisme diplomat kita.

Orang yang bersikap sinis ini ada dua: satu ialah jenis yang acah-acah intelektual (pseudo-intellectual), satu lagi ialah jenis yang kurang kasih sayang. Jenis pertama ialah manusia yang berpusat-diri (self-centered) dan melihat diri sahaja yang betul. Ego mereka tercalar kalau mereka tidak dapat kritik orang. Jenis kedua ialah manusia yang tidak pernah menerima kebaikan dan mengalami kebaikan orang lain dalam hidup, maka tidak hairanlah mereka pun tidak mampu melihat kebaikan dan memberi kebaikan kepada orang lain.

Orang yang sinis ini wajar mendapat simpati dari kita. Tiada masalah terus menjadi sinis. Menjadi sinis tidak akan membawa maut dengan serta merta, walaupun kajian Akademi Neurologi Amerika pada tahun 2014 menunjukkan bahawa orang yang sinis mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit demensia. Cuma, manusia ialah makhluk yang hidup bermasyarakat. Sikap 'bad faith' (buruk sangka) terhadap semua manusia akan menyebabkan anda terasing daripada sebahagian besar masyarakat.

Dan akhirnya, anda akan menyalahkan orang lain tidak memahami anda, kemudian anda duduk dalam 'bubble' yang dicipta oleh anda sendiri, berseorangan sehingga hujung hayat, sama seperti Diogenes.

Pitiful, isn’t it?

~ Ayman Rashdan Wong ~

Bacaan lanjut: 

David Mazella. (2007). The Making of Modern Cynicism. 

Joseph N. Cappella & Kathleen Hall Jamieson. (1996). News Frames, Political Cynicism, and Media Cynicism.


MARILAH KITA GEMAKAN BELAS
#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

EID MUBARAK


.....we appear and disappear in each other (Rumi).


ENSLAVEMENT OF THE LOWER MIND


Lets free ourselves from the destructive enslavement of the lower mind. 

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

HIGHER CONSCIOUSNESS


Lets reclaim our higher consciousness. 

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

HIGHER MIND


Please echo higher mind. 

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

HOW TO REDUCE DESEASE RISKS?


Lets take good care of each other's minds and feelings. 

Source:
"Hacking Into Healing: The REAL Future of Medicine"
Dr. Shamini Jain
Assistant Profesor
UC San Diego
Founding Director
Consciousness and Healing Initiative
(CHI)


#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

FORGIVENESS IMPROVES OUR BIOFIELD,




Lets begin the journey of refining ourselves spiritually by forgiving. 

Source:
"Hacking Into Healing: The REAL Future of Medicine"
Dr. Shamini Jain
Assistant Profesor
UC San Diego
Founding Director
Consciousness and Healing Initiative
(CHI)

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

HOW HEALTHY IS OUR BIOFIELD?


Lets contribute towards a healthy 'biofeld'. 

Source:
"Hacking Into Healing: The REAL Future of Medicine"
Dr. Shamini Jain
Assistant Profesor
UC San Diego
Founding Director
Consciousness and Healing Initiative
(CHI)

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

HEALTHY NEURAL PATHWAYS


Lets create a healthy neural pathways for each other. 

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

MCM MANA NAK SIHAT, PANJANG UMUR & MENYUMBANG KPD DUNIA?


#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara

THE PROBLEM WITH LOOKING

The problem is that we have been enslaved to look with our ego through our eyes, instead of with love and compassion, through our hearts. 

#gemaBELAS2017
#Balaiseninegara


THE IRONY OF SOME CLEVER2 PEOPLE

1. Some clever2 people call for freedom, yet they can't even free themselves from their own ego and inner turmoils. 
2. Some clever2 people call for change, yet they can't even change their own selves, especially their bad behaviors. 
3. Some clever2 people call for fairness, yet they are not fair to those who don't agree with them. 
4. Some clever2 people call for tolerance, yet they can't tolerate those who have different opinions, judgments and choices than them. In fact they are easily disturbed and agitated by anybody who contested their opinions. 

What a waste of cleverness. Ironic. 

WHAT IS YOUR TAKE ON FREEDOM & SUCCESS


Not enslaved by ego, not disturbed by other people's judgements, opinions and choices. 





Saturday 24 June 2017

GEMAKAN CINTA


Duhai pewaris. Suara dia ada dalam suara kita, bila kita mengalunkan ayat-ayat dari Al-Quran. Dia hidup dlm ilmu yg diturunkan dan ditanam dlm jiwa kita. Jom kita sahut dan gemakan cinta dia pada Al-Quran. 

SENYUM PALING MANIS


Bermula tahun ini, Hari Raya utk aku, bakal disinari senyum paling manis di langit. 
Al-Fatihah buat mu, Izar Asri.

IKLAN RAYA




Masjidunnaim, Taman Seri Setia, Teluk Intan. 

Ini rumah kedua yg paling dicintai Bapak aku, dia antara pengasasnya. Sakit pun kalau boleh nak pergi. Kalau takda kenderaan, dia jalan kaki. Tunggang motor scrambler abang aku pun dia tak kisah, asal dapat pergi ke sini. Sesekali aku jadi driver dia, dia mengimam jemaah, bagi khutbah, termasuk utk Hari Raya. Sesekali bila jiwa kental, aku azan, layan ilmu taranum Quran yg dia ajar, goreng lagu azan terlajak over sampai dia ingatkan, "Bilal azan ringkas je utk panggil org, bukan tunjuk riak berlagu."

Quamullail yg dia asaskan, aku tak ikut, tak cukup kuat walaupun kononnya anak ustad. Ajak bertekak cepat, quamullail lambat. 

Ramadan meriah. Lepas solat jemaah, salam kawan2 aku, salam cium tangan kawan2 Bapak aku.  Bulan Ramadan, tangkap kontrak kroni buat kerja serving jamuan more lepas tarawih, termasuk kemas dan basuh pinggan sambil ngumpat pasal perempuan. Hujung Ramadan khatam Quran. Malam Raya lepak sembang main mercun sambil piknik pra-raya dgn kawan2. Dgn kawan2 lebih tua, aku belajar ngorat dgn pick-up lines basi. Merokok pun aku belajar dari mereka. Mak aku marah, "Menatang kamu hisap tu makanan Jin!" Sampai sekarang susah nak tobat bab tu. 

Lepas solat Raya, ikut rombongan masjid pergi ziarah. Mula dgn rumah Cikgu Othman Alang, lepas tu rumah aku. Meriah. Ini momen tahunan paling happy utk Bapak aku. Sebelah petang ikut rombongan pemuda pula, targetnya rumah2 yg ada awek2 cun. Rumah Abang Mokhtar, wajib. 

Masjid ini juga port utk pasukan bolasepak yg lebih byk kalah dari menang (menang dari segi moral, utk sedapkan hati). Bosan dgn bola, kalih ke bola tampar. Kalau marah, tampar je bola, bukan orang. 

Kawan2 mcm adik-beradik, keluarga mereka jadi extended families. Nuar, Baha, Azar, dah pergi dulu. Paling terkesan ialah Azar. Tapi lagi baik ingat yg osem2 je tentang dia, seperti juga Bapak, anak sedar aku Izar dan ramai lagi. 

Naratif aku makin hilang jasad. Tapi batinnya, biarlah abadi.

Rumah yang osem dan happy adalah di hati mereka yang kasih, belas dan memaafkan kita, walaupun kita byk defisit. 

Rumah yang paling Hebat adalah rumah yang membawa kita pulang ke Yang Maha Pengasih, Yang Maha Belas dan Pengampun. 

Malam Raya memang aku playback naratif ini. Ini iklan Raya aku sendiri. 




(Iklan Raya ini disahkan tanpa dedak sebarang penaja)





Friday 23 June 2017

AMAN & BETUL

Adakalanya pilihlah menjadi orang yg aman, dari obses menjadi orang yg nak dia je betul sepanjang masa. 

Thursday 22 June 2017

PANDAI-PANDAI

Ada yg hanya pandai menghurai tentang Tuhan, tapi tak pandai mengalami Adanya Tuhan. Ada yg sebaliknya, tak pandai menghurai tapi pandai mengalami. Ada yg pandai kedua-duanya. Ada yg bukan kedua-duanya. 
Pandai-pandailah pilih, lagipun semua dah pandai. 

EXPLAIN & EXPERIENCE

The ability to explain the Infinite does not necessarily suggest the ability to experience the Infinite. 

To those who veil themselves by searching for a proof of the Infinite merely through explaining rather than experiencing, ask your mother to explain and measure her love to you. 

FEMININ-MASKULIN

Apa kata pamerkan interpretasi seniman lelaki terhadap wanita sebagai inspirasi dan interpretasi seniman wanita terhadap lelaki sebagai inspirasi. 

Hidup perlu imbangan ya sayang. 

KENAPA BUKAN BAPAKOTA ATAU DATOKATA

PROF SITI ZAINON ISMAIL
Masih adakah jambatan tempatan laluan jalan kaki dan rel keretapi di Teluk Intan? Tahun 1964 ibu dan ayah tiri saya membawa diri dan tinggal di Kampung Baru jalan hala ke Chenderong Balai. Ibu berjalan kaki ke bandar Teluk Intan berniaga nasi campur..tapi saya hanya sekali ke situ...ya cerita lisan yang terabaikan....itulah zaman susah ibu harus meninggalakan Gombak,  berpindah ke Kelantan, ke JB, ke Teluk Intan, dan saya membesar dengan Nenek....adoiiii. Sudah remaja baru berkumpul dengan ibu yang kadang terasa jaraknya....mujurlah saya dapat bersama ibu dihari tuanya...dengan ungkapan berulang-ualng juga ... Al Fatehah untuk semua ayah ibu kita...terima kasih Hasnul.....

AKU
Prof Siti Zainon Ismail, semalam saya ditunjukkan kawan buku prof tentang rumah warisan 'bonda' di tgh2 kota KL. Buku tu comel dan molek. Nak cari satu utk simpanan peribadi.? Ada petikan istilah 'bonda', kaitannya dgn bahasa Minang (taliair) juga asal-usul nama 'banda' atau bandar. Saya terkesan dgn istilah 'ibu-negara' atau 'ibu-kota' yg tak diguna dlm bahasa inggeris. Ibu itu lebih memuliakan. Ada 'belas'. Cuma sedihlah Prof, sekarang ni ibu-kota dah jadi 'bapak-kata' dan 'Dato kata' yg hilang belas, byk 'belasah', terutama tinggalan warisan. Maaf Prof, terlajak luah, hahahhhhh.

Wednesday 21 June 2017

BEST ART

Best art is to b experienced and felt, not explained and understood. 

Please la. 

(Karya terbaik adalah untuk dialami dan dirasai, bukan dihurai dan difahami. 

Tolong la ya.)

SAY YES

Why 'say NO' when there r so many things that we can 'say YES' to. 

Chill la. 

Tuesday 20 June 2017

DUHAI LAILATULQADAR


"The universe is not outside of you. Look inside yourself, everything that you want you already are."(Rumi)

....duhai Lailatulqadar...

KATAKAN YA PADA BELAS & KEBAIKAN

Kenapa la abihkan energy pada 'say No'? Napa tak pilih utk fokus pada 'say Yes'. 
Pilihlah utk fokus pada apa yg kita mahu, bukan pada apa yg kita tak mahu. Issh...tak buat research ke sayang oii. 

'Say YES to compassion and kindness'
'Katakan YA pada belas dan kebaikan.'

Friday 16 June 2017

DEAR WOUNDED MOTHERS (PART 5)

SCEPTIC:
I dont subscribe to this new age hippy 'unconditional love' thing.

RECEIVER:
Tell that to you mother. 


Seeking forgiveness, with lots of love and compassion to all the wounded mothers around the world.

DEAR WOUNDED MOTHERS (PART 4)

Throwback mid 2016

SCHOLAR:
You must define and elaborate clearly, what is compassion. 

STUDENT:
Yes, the way our mothers did to us since we were in their womb for 9 months, until now. 

Seeking forgiveness, with lots of love and compassion to all the wounded mothers around the world. 

DEAR WOUNDED MOTHERS (PART 3)

Throwback mid 2016

BRANDING EXPERT & CONSULTANT:
Why belas? Does it mean we all don't have enough love and compassion?"

CLIENT:
Perhaps you should ask that question to all those wounded mothers out there.

Seeking forgiveness, with lots of love and compassion to all the wounded mothers around the world. 

DUHAI BONDA-BONDA YANG TERLUKA (BHG 2)

Tanya: 
Apa sebenarnya 'objektif' kasih dan belas tu? Apa matlamatnya? KPI? ROI? 
Jawab:
Cuba tanya bonda2 kita. 

Mohon ampun, dengan limpahan kasih dan belas buat semua bonda yg terluka. 




MOGA KITA PEROLEH LAILATULQADAR

Perbuatan yg sakit, disusul oleh kebanjiran komen yg juga sakit, malah lebih menyakitkan. 

Selamatkanlah kami semua. Moga kita peroleh 'Lailatulqadar'. 

DUHAI BONDA-BONDA YG TERLUKA


Duhai bonda2 yg terluka, kami tidak sanggup membayangkan apa yg terpaksa kamu lalui. Luka kita dalam. Begitu ingin sekali kami menawarkan ketenangan untuk kamu, namun tiada siapa pun dikalangan kami yg mampu. 

"Kelukaan itu adalah tempatnya cahaya memasuki kamu." (Rumi)

Kami hanya dapat melimpahkan kasih dan belas untuk kamu, sepertimana yg telah kamu limpahkan kepada kami semasa kami masih bayi dan kanak2. Izinkanlah cahaya memasuki kamu duhai Bonda2 yg terluka. 



 (Picture source: Malaysian Insight, Fahmi Hamid, June 16, 2017)

OUR WOUNDED MOTHERS


Dear wounded mothers, we can't bear to even think about what u have to endure. We r deeply wounded. How we wish to offer a solace for u, but none of us can. 

"The wound is the place where the light enters you" (Rumi)

We can only shower you with love and compassion, as you did to us when we were babies and young kids. Let the light enters you dear wounded mothers. 






(Picture source: Malaysian Insight, Fahmi Hanid, June 16, 2017)


SPREAD & ECHO HIGHER-MIND ENERGY

Responding to animalistic lower mind act, from a lower mind position, only yields even more lower-mind responds@energy. 

Cukup la hoi! Stop la this cycle bodo. 

Spread and echo higher mind energy. 

AMARAN

AMARAN TANPA TAJAAN KERAJAAN

Modus operandi kejahatan ada 2:
1. Menarik perhatian (kepada perkara2 yg jahat)
2. Mengalih perhatian (dari berniat baik dan berbuat kebaikan)
Yg nak buat baik pun boleh ditarik dan dikalih. Paling disasar - niat. 
Diminta semua berhati-hati sebelum Raya ni. 

Sekian. 





Thursday 15 June 2017

SEE GOODNESS, HEAR GOODNESS

So what's the counter-point for
"See no evil, hear no evil"? Is it...
"See evil, hear evil"?
Maknanya apa? Jom nengok setan, dengor ckp setan?
Akhirnya? 
Jadi setan la kot!!!

Lebih sihat...
"See goodness, hear goodness"

BULI

'Buli' dgn 'siksa sampai mati' tu sama ke? Ishhh

Tuesday 13 June 2017

BALIK KAMPUNG


"Bila kamu nak balik Hasnul?"

ULANGKAJI SURAT CINTA 2


Ulangkaji  SURAT CINTA 2 "Ilmu tauhid feqah tasawuf sebagai pembangunan ROHANI manakala ilmu lain2 Sains, Teknologi, Ekonomi, Syosial, Kedoktoran dan sebagainya yang mesti berasaskan Islam adalah sebagai Pembangunan JASMANI atau Fizikal. Oleh yang demikian, ayahanda harap apabila anakanda Berjaya dengan pelajaran sekarang ini, balek kembali ke Negara, hadapilah pula pelajaran Ugama, mana2 doa harian yang perlu, ayat2 lazim (surah dalam sembahyang), wirid selepas sembahyang – pelajaran tasauf mestilah juga dituntut disamping beramal. Inilah sahaja satu2nya pesan bapak dan inilah dia KEBUN/LADANG yang mungkin bapak emak akan terima Insyaallah di akhirat kelak. Kalau Lon, Nan, Dud, Yong bagi wang pada emak terima kaseh Al-hamdulillah – ini merupakan pertolongan untuk fizikal sahaja, Tapi rohani adalah bantuan yang datang dari anak yang berupa doa – zikir, tahlil, bacaan Quran itulah yang benar2 ABADI. Rasulullah bersabda apabila mati anak Adam putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu Sadaqah jariahnya (amal soleh), kedua ilmu yang manfaat dan anak yang soleh (anak yang mendoakan ibu-bapak.)". #H3RO #h3ropulangketelukintan @gemabelas2017 #gemaBELAS2017 #belasinsan  Koleksi #balaiseninegara


GEMAKAN KASIH & BELAS IKHSAN

Keganasan dan kejahatan berleluasa bukan kerana tidak didedah, tidak diendah, tidak diberi respon, dicemuh, dilawan, ditentang, di'viral', dikomen, diulas, dianalisis, di'bahan' dan di'spin'. Malah, keganasan dan kejahatan dianggap memiliki 'news value' yg tinggi, termasuk dlm media sosial. Ia juga sering dijadikan modal pusingan (spin) utk melanjutkan agenda extremis kekuasaan kapitalisma, bertopengkan berbagai wajah. 

Keganasan dan kejahatan berleluasa kerana KASIH dan BELAS IKHSAN semakin tidak digemakan. 

Kasih dan belas ikhsan ada di depan mata. Malah, keduanya dah ditanam dan diprogram dalam diri setiap manusia selama 9 bulan sebelum dilahirkan. 

Jom gemakan. 

3 TAHUN BAPAK DAH PINDAH


Assalamu'alaikum Bapak. 3 tahun dah bapak pindah. Sini redup.

PULANG KE TAMAN SYURGA


Pulang ke Taman Syorga. Dari saat bapak meninggal sampai dimandikan, Mak tenang. Sebelum disembahyangkan, Mak cium dahi bapak yg sejuk. Aku duduk dekat mengadap mereka. Mak bisik pada bapak "awak tunggu saya di pintu syurga ya," sambil usap muka bapak. Lepas tu dia terus tersembam lemah ke bahu aku dan menangis. Saat itu aku rasa spt dipeluk satu ketenangan yg tak terperi, tapi cuma utk beberapa detik saja. Mahu aku bawa semua manusia pulang ke situ, utk merasainya. Sampai sekarang aku cuba pulang kepada rasa itu, tapi cuma dapat tempias je, persis mengintai dari jauh. Gitupun, jika kita dpt tempias pun takpa la, mungkin dpt kurangkan bahang panaz keinsanan yg makin gering kini. Selamat pulang ke Taman Syorga dalam hati kita,  sebelum ia lupus ditelan nafsu zaman yg makin mengganas. Jenguk kat pagar pun cukupla dulu. #gemaBELAS2017 @gemabelas2017

BELAS ITU MEMULIH

Cikgu Mau Khoon Thye dgn anak didik istimewanya, Clement. Foto dari program #gemaBELAS2017 di SKC Aik Hua berjudul #BELASalamAikHua, George Town, Pulau Pinang, Mac 2017x 


Berikut adalah versi pendek dari entry blog terdahulu (2014) berkait dengan pembinaan naratif dalaman yang dipacu oleh keikhsanan. http://hasnulsaidon.blogspot.my/2014/11/naratif-peribadi-pagi-jumaat.html?m=0 

James Doty, seorang profesor pakar-bedah neuro (neurosurgeon) dan Pengarah Center for Compassion and Altruism Research (CCARE) di Stanford University California, mengatakan bahawa sifat keikhsanan (compassion) boleh menjadikan kita sihat, panjang umur dan menyumbang kepada dunia yang lebih baik. 

Menurut Prof. Doty lagi, keikhsanan boleh meningkatkan kualiti hubungan peribadi,  mengurangkan pemanasan dalam badan, memperbaiki fungsi jantung, dan memanjangkan telomere (DNA yang melindungi bahagian hujung kromoson kita). 

Debat tentang keikhsanan berlegar antara keikhsanan yang tertanam dalam DNA dengan yang dibentuk oleh faktor persekitaran (nature and nurture).  Faktor persekitaran ini termasuklah usaha merangka program latihan yang boleh meningkatkan daya keikhsanan seseorang. 

Menurut Prof. Doty lagi, penyelidikan lepas telah menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan pada manusia, berdasarkan aspek evolusi, untuk mentakrif diri berdasarkan apa yang diistilahkan sebagai 'in-group' dan 'out-group'. Ada yang menamakannya 'selfish genes' (Hawkins, kalau tak silap). Kajian sosial dan budaya memanggilnya sentrik-bangsa (ethno-centric), yang juga boleh dipalitkan dengan sentrik-agama (religio-centric) atau kedua-dua sekali, ethno-religiocentric. Saya pernah dikhutbahkan bahawa sentrik ni fitrah, cuma jika ia dijadikan sebab untuk membuat kerosakan terhadap 'orang lain', ia jadi asabiah terlajak laris (melampau). Boleh merosakkan sesiapa jua, tak kiralah apa pun nama atau jenis bangsa, dan negara.

Pada pendapat Prof. Doty, satu cara untuk menjinakkan 'asabiah melampau' ini adalah dengan mengenal 'orang lain', maksudnya, mendekati sesiapa jua yang selama ini kita tidak anggap sebagai sebahagian dari 'in-group' kita, atau 'orang kita' atau 'kroni kita'. Kata Prof Doty, mungkin kita akan dapati bahawa "well, it turns out that they want their children to be educated like mine. They have the same interest in seeing X, Y or Z to occur, just like me. It has a profound effect on how you perceive your responsibility to others. It gives you the realisation of our shared humanity and interdependence. It changes how you interact."  

Keikhsanan merujuk juga kepada psikologi keterlibatan  (psychology of engagement) yang mempengaruhi psisiologi kita juga. Keterjalinan manusia menerusi teknologi komunikasi, media sosial umpamanya, boleh dijadikan wahana dan pemacu keikhsanan, bukan kebencian, syak wasangka, curiga, dengki dan sebagainya.

Mengenal 'orang lain' atau 'satu sama lain' juga sering dikuliahkan pada abang yang rock ni oleh aruah ayahanda, guru-guru dan rakan-rakan yang alim dan warak, berdasarkan sepotong ayat dalam Quran yang abang tak ingat surah dan nombor ayatnya (semasa menulis ni). Ia merupakan susulan dari ciri 'kepelbagaian' yang Allah ciptakan untuk manusia (pelbagai bangsa). Dalam kepelbagaian, ad kesatuan, itulah yang selalu dilaungkan oleh otai abang Sulaiman Esa, yang menyahut laungan otai dia, Allahyarham Ismail Faruqi.

Abang yang rock ni juga sering dikhutbahkan oleh aruah ayahanda tentang  pesanan (hadis) Nabi Muhammad S.A.W agar kita tidak melakukan perkara yang kita sendiri tidak suka orang lain lakukan pada diri kita. Mensejahterakan silaturrahim memanjangkan umur, ini dah ditanam dalam pelbagai budaya, termasuk budaya Islam dan resam orang Melayu, tak perlu tunggu kuliah Prof. Doty.

Mengenal orang lain juga dikategorikan dalam kerangkan 'habluminannas' atau hubungan sesama manusia, yang wajib disejahtera atau dilestarikan. Putusnya hubungan sesama manusia adalah benih kehancuran (juga ketamadunan). Kalau tak nak bertegur dan berkawan pun, sekurang-kurangnya tak bermusuh, panjangkan doa yang baik-baik, atau hidupkan berbaik sangka. Salah satu dari amanah manusia sebagai khalifah adalah menjaga hubungan sesama umat manusia (manusia ok, sejagat, merentas segala bentuk identifikasi). Gitulah yang abang faham lebih kurang, dari guru-guru.

Ringkasnya, mengenal-mendekati-mengetahui-memahami 'orang lain' adalah denai mencapai keikhsanan. Abang juga ingin masukkan 'makhluk lain' (tumbuhan, binatang, organisma, termasuklah makhluk halus) dalam hal mengenal ini.  Bila ada rasa ikhsan, ada rasa hormat.

Pada abang la (bukan 'bangla' ya), naratif dalaman yang terbina dari mengenal satu sama lain ini adalah naratif yang inklusif, dipacu oleh rasa ikhsan (compassion) dan hormat (respect). Ia menjadi alternatif dan pengimbang untuk naratif ekslusif asabiah terlajak, yang dipacu oleh rasa angkuh (juga dengki serta curiga).

Dalam amalan akademik, mengenal-mendekati-mengetahui-memahami 'orang lain' dirujuk sebagai kaedah pengumpulan data primer, langsung dari sumber subjek (orang lain) yang ingin dikenali. Ini termasuklah pi mengadap, berjumpa, berbual, berkongsi pendapat dan rasa, bertukar pandangan dan rasa, dengan subjek yang ingin dikenali, dalam persekitaran atau habitat dia (bukan kita). Ini membolehkan kita membina rasa ikhsan, dan memahami 'naratif dalaman' nya. Boleh panjang umur ok.

Monday 12 June 2017

TOLONG SEORANG MANUSIA & MENCAPAI TAHAP 'INTERNATIONAL'.

Maaf, ni nak panjangkan pesan yg rasanya baik. 

"Tolong seorang manusia, buat baik pada seorang manusia, sama dgn tolong seluruh umat manusia."

"Jika nak capai tahap 'international', selamilah sedalam2nya yg 'local', termasuk dlm jiwa-sanubari diri sendiri."

Jika baik, alhamdulillah. Jika tak, lupakan je, takpa. 

RACUN TGH KELUAR

Bulan Ramadhan ni byk toksid (racun) sakit timbul (keluar) dlm media sosial, termasuklah yg beri komen, respon, reaksi, ulasan, spin, analisis yg juga sakit. Toksid kena keluar dulu, baru boleh pulih, insyaAllah.


3 TAHUN DAH BAPAK PINDAH


DAH 3 TAHUN

"Tuhan... Mana mungkin aku tidak merindui suara itu.  Suara lunak itu mengazankan kelahiran ku. Suara qari itu mengajar ku seni berlagu. Suara guru itu lantang mendidik ku di sekolah dulu. Suara merdu itu sering mengimamkan solat jemaah ku di rumah di masjid.  Suara khatib itu menyampai khutbah solat jumaat ku. Suara syahdu tuan guru itu kerap mengisi kuliah subuhku. Sore tadi...tenungan sayunya, genggaman lemah tangannya seolah ingin membisikkan sesuatu. Namun suara emas itu masih tidak berdaya dilontarkan. Tuhan... Mana mungkin tidak aku merindui suara itu."

Zaharul Lailiddin B Saidon.


"Bapak saya selalu ingatkan, org yg paling kuat ialah org yg paling sabar dlm menahan nafsunya."


"Dalam ruang ni lah dulu, sekitar 70an, bapak saya mengajar. Dia mengajar sepenuh jiwa raga. Memang dia garang, tapi bertempat & dipacu oleh rasa kasih dan belas yg dalam terhadap anak2 murid dia."


"Bapak saya pernah mengajar di sini, di ruang ini, sekitar 70an dulu. Saya sendiri pernah belajar di sini. Bila saya lihat bapak saya meniti hari-hari terakhir dia terlantar di katil hospital dgn sabar, byk soalan menyerang minda saya sampai hati saya sgt penat. Apa sebenarnya yg saya cari dan kejar sangat selama ini? Ijazah, jawatan, gelaran, pangkat, rumah dan kereta besar, pujian, anugerah manusia, kekayaan, kemasyuran dan segala benda yg boleh disukat-sakat, dibanding2, dikira dicongak? Itukah yg mentakrif siapa saya? Itukah asas kesejahteraan dan kebahagiaan? Akhirnya apa yg sebenarnya penting dlm hidup ni? Apa sebenarnya pelaburan yg berterusan? Cukupke bekalan yg ada? Minta maafla ya."


Assalamu'alaikum Bapak. 3 tahun dah Bapak pindah. Sini redup.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...