Sunday 4 June 2017

SAINS DAN LINGUISTIK DISEBALIK 'ARRIVAL (2016)'

Satu ulasan yg osem tentang filem 'Arrival' yg aku terserempak dlm fb. 
Oleh Zamir Mohyedin.

Moga dpt pencerahan, 


SAINS DAN LINGUISTIK DISEBALIK 'ARRIVAL (2016)'

Aku perhati, antara kelemahan filem sains fiksyen adalah tarikan pada peringkat awal iaitu tajuk dan kaver.

Kau perhatikan tajuk dan kaver filem 'Interstellar', 'Martian', 'Gravity' dan yang aku baru tengok semalam, 'Arrival'.

Kavernya 'kosong' dan 'sunyi', ditambah pula tajuknya sepatah perkataan cuma. Perkataan itu pula adalah jargon sains. 

Aku masih tak nampak lagi macam mana orang boleh tergerak nak mencuba tonton filem-filem ini pada peringkat awal sedangkan tarikan awal saja dah tak cantik.

'Martian' dan 'Gravity' itu pun aku tak tonton lagi, tahu?

Okey, filem 'Arrival' ini dia lebih kepada intelektual sentrik. Tak ada aksi apa pun. Tapi pengolahan dan penyampaian cerita yang membuatkan cerita ini jadi menarik walaupun ada orang tak faham.

Aku cuma nak kongsi pengetahuan disebalik filem ini.

1. Adakah Alien wujud?

Aku ada naikkan artikel ini, sila rujuk pautan berikut,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1456243117729195&set=a.461154530571397.101937.100000305631702&type=3&theater

Dalam artikel itu ada sembang manusia pernah mendapat isyarat daripada angkasa, pelaburan yang dilakukan untuk mencari tamadung asing, reaksi dan bancian manusia terhadap kedatangan alien.

Carl Sagan pernah berkata, "Sama ada kita hidup seorang ataupun ada makhluk asing di alam ini, kedua-dua jawapan sangat menakutkan."

2. Ortografi tak linear (non-linear orthography)

Dalam filem ini watak Dr. Louis Banks kata, "Mereka (alien) gunakan ortigrafi tak linear. Adakah mereka berfikir macam itu juga?"

Okey, kita pergi satu-satu. Apa itu ortografi?

Ortografi adalah salah satu daripada disiplin linguistik. Linguistik ini bukan orang yang belajar banyak bahasa tapi orang yang belajar sifat-sifat bahasa seperti bagaimana bahasa dibentuk, bagaimana bahasa mempengaruhi budaya, bagaimana bahasa mempengaruhi sosial, dan macam-macam lagi.

Ortografi pula adalah set peraturan bagaimana bahasa itu ditulis termasuk bagaimana ia dieja dan disebut. Bahasa manusia adalah linear.

Linear ini maksudnya ada arah dan 'cause-effect'. Contohnya bahasa Inggeris ditulis dari kiri ke kanan. Bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri. Bahasa Mandarin dari atas ke bawah.

Bahasa jadi tak linear bila tak ada arah dan susunannya menjadi rawak. Contohnya macam dalam filem 'Arrival' ini tunjukkan. Struktur tulisan alien semua berbentuk bulat, tak ada permulaan dan pengakhiran kerana permulaan dan pegakhiran berada di satu tempat yang sama.

Kemudian, susunanya pula rawak (random) sehingga kalau ikut pemahaman kita, ia macam tak logik. Contoh mudah, 

"Aku Zamir." Tapi tulisan tak linear ini boleh jadi "Zamir aku" ikut suka dia. Ini baru dua patah. Kalau banyak patah perkataan, kadar kerawakan lagi tinggi dan sukar untuk dibaca.

3. Hubungan antara Linguistik dan Minda.

Sekali lagi aku petik kata-kata Dr. Banks, "Mereka (alien) gunakan ortigrafi tak linear. Adakah mereka berfikir macam itu juga?"

Ya, adakah bahasa mempengaruhi pemikiran manusia?

Pada tahun 1940, Edward Sapir dan Benjamin Whorf pernah mengusulkan hipotesis bahawa bahasa membentuk minda manusia. 

Mereka menyatakan struktur bahasa menentukan bagaimana kita melihat dunia ini. Hipotesis mereka ini dipanggil sebagai 'Relativiti Linguistik'.

Dalam filem ini menunjukkan bagaimana berbezanya alien membentuk konsep masa dengan manusia membentuk konsep masa.

Bahasa manusia yang linear membuatkan manusia melihat dunia menjadi linear iaitu dunia bergerak dari masa lalu dan terus bergerak ke depan, satu-satu dan ia tak berlaku dalam satu masa.

Bahasa alien yang tak linear membuatkan alien melihat dunia dalam keadaan tak linear. Bagi mereka, tak ada istilah masa depan dan masa lalu kerana semuanya berlaku dalam satu masa seperti mana permulaan dan pengakhiran tulisan mereka berada di satu tempat yang sama.

Konsep masa alien ini dapat dlihat oleh diri Dr. Banks sendiri yang mengalami visi atau mimpi dia melihat dirinya di masa lalu dan masa depan setelah menerima 'hadiah' daripada alien tersebut.

4. Pemahaman Baru Tentang Masa?

Otak adalah organ yang misteri. Manusia belum dapat memahami otak secara sepenuhnya. 

Dalam awal filem ini, Dr. Banks ada kata, "Memory is a strange thing, bound by the order of time."

Aku fikir filem ini cuba melunakkan hipotesis Sapir dan Whorf tadi. Hipotesis mereka ini sebenarnya agak kontroversi dan banyak tentangan.

Memori kita tersusun dalam bentuk aturan dan linear. Maksudnya, kita ingat suatu perkara dalam bentuk aturan dari masa lalu, hinggalah ke masa kini.

Tapi, filem ini cuba nak meneroka sekiranya manusia mampu menstrukturkan bahasa menjadi tak linear, otak akan akan mula 'rewired' menjadi tak linear, lantas menjadikan memori kita tak teratur dan tak linear.

Kemudian, menjadikan manusia mampu melihat masa hadapan.

Seterusnya, ia menjadi masa itu tak linear. Masa tak linear ini macam tak ada konsep masa lalu dan masa depan, sebab ia berlaku dalam 'bulatan' dalam masa yang sama.

Benda ini pula akan membawa kita kepada pengetahuan lain tentang realiti yang dibina oleh persepsi manusia. Aku ada tulis artikel pasal ini. Boleh rujuk pautan berikut,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1452890938064413&set=a.461154530571397.101937.100000305631702&type=3&theater

Adakah apa yang kita lihat di hadapan kita benar-benar wujud ataupun sekadar hologram daripada otak ktia sendiri.

5. Apakah bahasa sejagat (universal language)?

Bahasa sejagat, semua orang kena setuju, ia adalah matematik. Bukan bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris. Apatah lagi bahasa Arab.

Dalam realiti, apabila bertemu dengan alien, saintis memang bercadang nak gunakan bahasa matematik untuk berkomunikasi. Kita boleh nampak Dr. Ian cuba nak cari kalau alien ada gunakan 'nombor Fibonacci' ataupun 'nombor perdana' (prime number).

Sebab matematik adalah 'bahasa' yang alam. Bahasa yang membentuk struktur-struktur alam. Di mana pun alien duduk, ia duduk di alam yang sama dengan manusia. 

Bahasa sejagat yang dibawa oleh filem ini adalah bahasa alien tersebut. Ia masih mengandungi struktur matematik, cuma penulisannya sukar difahami oleh manusia kerana rawak dan tak linear.

Ia boleh jadi juga, bahasa tersebut membawa persamaan matematik yang baru sepeti yang Dr. Ian mahu mencari formula mengatasi kelajuan cahaya.

6. Adakah manusia mampu memindahkan minda mereka ke masa hadapan?

Bila fikirkan soal ini, aku teringat dua perkara iaitu 'Steins Gate' dan 'Quantum Teleportation'.

Steins Gate adalah anime tentang masa. Dalam anime ini, ada ditunjukkan babak watak utama mampu memindahkan memori dan minda mereka ke masa lalu.

Tapi dalam filem ini, memori Dr. Banks boleh ke mana-mana seperti tiada aturan kerana memorinya telah dicabut daripada konsep masa yang linear.

Quantum Teleportation ini pula ada perbincangan yang sangat panjang. Tapi aku ringkaskan. 

Kemajuan manusia dalam mekanik kuantum telah membuatkan manusia rasa mampu teleport manusia ke mana-mana saja.

Ini pun mereka ada bincang pasal pemindahan jasad dan minda. Adakah cukup pindahkan minda saja ataupun perlu pindahkan kedua-duanya sekali.

Sifat kuantum itu menjadikan quantum teleportation menjadi sangat rumit.

7. Adakah masa mampu jadi tak linear?

Kalau ikut pengetahuan manusia kini, masa tak mampu jadi tak linear. Menurut Einstein, ruang dan masa bersatu. Ruang terus berkembang ke depan, jadi masa pun akan terus gerak ke depan.

Ia tak mampu bergerak ke belakang ataupun pusing secara bulatan sesuka hati jadi tak linear. Perkara ini disebabkan oleh hukum termodinamik kedua iaitu entropi.

Entropi telah menyebabkan masa mempunyai arah dan arah itu pula ke depan dan ia menjadi linear.

Kalau kita tak bersetuju dengan hipotesis relativiti linguistik tadi, mungkin kita bersetuju dengan hukum ini.

8. Adakah terdapat sesuatu yang lebih laju daripada cahaya?

Dr. Ian dalam filem ini tertanya-tanya dan mencari formula daripada alien tentang pengetahuan sesuatu yang lebih laju daripada cahaya.

Kalau ikut teori relativiti Einstein, memang tiada apa yang boleh bergerak melebih cahaya.

Tapi, terdapat beberapa fenomena yang menyanggah perkara tersebut seperti fenomena keterbelitan kuantum (quantum entanglement). Nak cerita panjang pulak. 

Tapi benda ini yang menyebabkan Einstein menghabiskan seumur hidup dia untuk mencari sifat deterministik kuantum. Sebab ini juga dia tak suka dengan mekanik kuantum sebab menyanggah teori relativiti dia sendiri.

Satu lagi fenomena adalah kejadian inflasi sewaktu Big Bang. Pada waktu inflasi ini, ruang-masa berkembang melebih kelajuan cahaya.

Sebenarnya agak sesuai dengan istilah 'nothing can go faster than light' sebab ruang itu sendiri adalah kosong dan 'nothing'.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...