Monday, 3 October 2011

(h)ONG! (k)ONG! 1.1 : GLOBALISASAU & GOOGLELISASI

Nina, Mia and Dila, Mee Hong Kong abah dah cari, tapi tak da di Wancai, Pulau Hong Kong ni. Dah tiga hari abah di sini, tak jumpa pun. Teringat abah masa di Bandung dulu, tak jumpa pun Mee Bandung mahupun Air Bandung, Mee Jawa lagila takda. Di Jepun dulu, 3 bulan abah duduk di Fukuoka, lepas tu ke Yamaguchi, Kyoto, Osaka dan Tokyo, takda sorang pun Jepun yang kenal selipar Jepun. Masa di Shanghai dan Beijing, tak jumpa Mee Hailam dan Mee Kungfu. 3 tahun di USA dulu, merata tempat abah dan mama merantau, tak jumpa nasi goreng USA. Agaknya di Teluk Beggala, ada tak roti Benggali?


Takpa, Macdonald dan Starbuck ada di mana-mana, Begitu juga dengan eksport globalisasi yang sehati dan sekentut dengannya. Mereka ada di merata bandaraya Asia yang pernah abah ziarah......Singapura, Bandar Sri Benggawan, Bangkok, Jakarta, Jogja, Surabaya, Denpasar, Manila.......

Terima kasih globalisasi atas hadiah gergaji dua mata - melabur, dan melebur ikut kau punya suka.


Hari pertama, abah kenyang makan samosa. Kalau di Little India, Penang, satu harganya 50 sen kot, di sini, tiga ketul harganya lebih kurang RM 15.00. Makanan India di Restoran Jojo di Wancai Hong Kong, adalah makanan mewah. Lebih kurang macam makan di restoran India di London dulu, seketul ikan gorengnya RM 20.00. Semalam abah makan makanan arab tapi tak ingat namanya. Pemiliknya orang Cina Muslim Hong Kong.


Tengah hari tadi, makan nasi briyani dengan ayam, di sini RM 25.00. Tapi sedap, sama sedap dengan briyani yang abah makan semasa di Islamabad dan Karachi dulu, sama sedap dengan nasi briyani Pakistan Airline.  Pemilik restoran nasi briyani ni orang Arab Jordan campur Mesir. Pekerjanya dari Filiphina. Pekerja wanita Filiphina dan Indonesia ramai di sini. Kalau pekerja Indonesia (majoritinya wanita), ramai yang berkumpul tiap Sabtu dan Ahad (cuti) di masjid di Wancai ni. Pagi semalam, singgah di masjid, makan dumpling halal. Boleh tahan juga sedapnya.

Di Hong Kong, semua benda mahal. Restoran semua sempit, sebab sewa sangat mahal.

Lepas ni kita janganlah kutuk harga restoran mamak atau banyak songeh sangat tentang harga dan nikmat makan (halal) di negara sendiri. Syukurla dengan rezeki melimpah yang Allah beri pada kemakmuran ekonomi di negara sendiri, sebelum sasau globalisasi dan ekonomi kapitalisma pasaran bebas (ada modal besar, boleh meniaga di mana saja di dunia) menjajah segalanya.

Abah nak google nasi lemak pulak, manalah tau, boleh jumpa nasi lemak paling sedap di Jerman, mungkin satu set RM50.00.

Abah
Wancai
Hong Kong
Oktober 2011

1 comment:

  1. tu dia! kalau tak boleh oder briani tadi :P
    apa bikin sana bos? performance art?

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...