Zul berkali-kali mohon maaf sekiranya ada cacat-cela dalam hal menjemput saya bersyarah ke UPSI. Zul, kalau ada pun, semua dah dibasuh oleh engkau punya 'Sri Gala'.
Yang empunya "Sri gala" (sayang tak dapat gambar isterinya) |
Gelombang 'Sri Gala' membasuh karat. Inilah kebun bunyi yang paling asli! Doakan agar saya dapat berkat tempias yang sama untuk "Tanah Tok Timah" di Balik Pulau. Boleh kita buat rangkaian 'kebun rupa dan kebun bunyi' yang meningkatkan makam rohani.
Zul, kita tak menyalak bukit lagi!
Tak payahlah saya tulis berjela-jela, anda lihatlah sendiri (dengan ingatan bahawa gambar tidak boleh menyalin pengalaman rasa berada di dalam auranya).
KSU (Ketua Setiausaha), En Liew dengan setiausahanya yang diimpot khas dari luar negara untuk menjaga "Sri Gala" Semua gambar di'petik' dari laman fb Zulkifli Yusoff. |
No comments:
Post a Comment