Thursday 10 May 2012

KE MANA KITA?

Setiap kali kita menghantar signal fikir dan rasa, kita sebenarnya sedang memanipulasi fungsi medan kuantum alam sejagat. Setiap fikir dan rasa yang terjentik adalah fungsi medan kuantum (qwiff) yang akan bertaut dengan gelombang kuantum (qwiff) yang sama di seluruh alam. Segalanya berlaku dengan sepintas dan berterusan, merentas ruang dan masa (tak terbatas). 

Soalnya, adakah gelombang kuantum yang kita hantar menerusi signal minda itu cukup kuat untuk mencipta 'realiti mimpi benda' yang baru untuk kita? Adakah suatu jentikan fikir yang pantas boleh mendatangkan kesan yang kuat yang dapat merubah 'realiti mimpi benda' kita?

Fikiran yang pintas dan lemah hanya akan mencetus riak gelombang yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan lautan atau medan kuantum seluruh alam. Ia tidak begitu kuat untuk bertaut dan berselaras dengan fungsi medan kuantum (qwiff) yang lebih besar (makro) untuk mencipta realti mimpi benda yang baru. 

Jika tercetus fikiran rawak, seperti contohnya, terfikirnya 'kari kepala ikan', kari tersebut takkan muncul dengan serta-merta depan mata kita! 

Namun, jika kita beristiqamah (berterusan) dalam menzikirkan (memikir dan menutur secara berulang dan berterusan), ia akan menjadi qwiff yang akan bertaut dengan qwiff lain yang sama untuk mencipta keadaan-keadaan yang membawa kita kepada 'kari kepala ikan'. 

Ingat, segalanya adalah subset kepada medan yang lebih luas, termasuklah fikiran kita tentang 'kari kepala ikan'. Malah ruang dan masa itu sendiri satu bentuk tenaga. Segalanya bertaut. Jika kita bijak dan istiqamah dalam menghantar signal minda, kita akan disampaikan kepada 'alami' signal minda kita itu.  Jangkamasanya bergantung pada kekuatan kita dalam menghantar signal minda. 

Bagi manusia Islam, penghantaran ini dipanggil doa, dan caranya telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika tidak dibaca dari sisi fizik kuantum, kita boleh melihat kaedah penghantaran qwiff ini dari sudut metafizik dan psikologi, termasuklah apa yang dikatakan sebagai pertautan psikik, ESP, 'synchronicity' (keselarasan minda dan rasa yang tidak dibatasi ruang dan masa), 'kebetulan', mimpi menjadi realiti, perkongsian rasa oleh dua manusia yang terpisah secara jasad dan ruang, kebolehan melihat perkara yang belum terjadi, pengalaman merasa sesuatu yang seakan sudah pernah terjadi sebelumnya (dejavu), melihat tenaga halus dan banyak lagi. 

Tenaga tidak boleh dimusnahkan. Ia hanya bertukar bentuk, dari yang paling kasar (benda) kepada yang paling halus. Tenaga yang kasar akan kembali menjadi sebahagian dari medan tenaga halus yang lebih luas, dan seterusnya kembali kepada Cahaya keTunggalan, punca kepada ADAnya qwiff sejagat.

Malah, Stephen Hawking yang totok pegangan sains fiziknya itu pun sendiri memperakui bahawa seluruh sejarah sains adalah realisasi bahawa segala peristiwa tidak berlaku secara literal atau cetek. Segala peristiwa yang terjadi membayangkan terdapatnya satu ATURAN.

Oleh itu, gunakanlah otak dengan baik-baik. Kita perlu bijak menggunakan anugerah otak ini, kerana ia adalah satu pemberian yang amat penting. 

Dalamnya terkandung pelbagai tanda yang membuka hijab rahsia tentang kejadian diri kita, tentang alam dan Penciptanya. 

Kita perlu bijak mengurusnya, mengawalnya, menjurusnya, memfokuskannya (persis fokus pada projektor video untuk mendapatkan 'gambaran' yang jelas). 

Kita tidak seharusnya membiarkan diri dikawal oleh 'fikiran', atau membiarkan 'fikiran' berada dalam 'free gear' secara rawak. 

Kita juga tidak seharusnya membiarkan fikiran kita di'jajah' oleh qwiff yang menghantar signal permusuhan, kebencian, kemusnahan, dan bermacam-macam lagi jenis fikiran yang negatif.

Kitalah SAKSI yang memandu fikir dan rasa. 

Ke manakah kita membawa pengalaman mimpi benda kita?


2 comments:

  1. this is awesome Prof! membuatkan sy lebih faham teknik NLP, alpha yg sy belajar bagaimana menyampaikan mesej2 yg betul(dan dgn betul) kpd otak kita serta 'memanipulasi' segala tenaga di sekeliling kita agar kita dapat men'design' hidup ke arah lebih hebat..juz my 2 cents comment..correct me if im wrong..jazakallahhu khairan kathiran.

    ReplyDelete

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...