Wednesday 29 August 2012

TERIMA KASIH AKIB DAN IMAN

Terima kasih Akib 
kerana sudi tunjukkan pakcik yang rock ni
buku lakaran buatan kamu sendiri
yang dalamnya terisi lukisan-lukisan kamu yang best-best tu

Terima kasih Akib
kerana sudi izinkan pakcik menkartunkan kamu
Sori la ya, kalau lubang hidung kamu tu pakcik terlukis besar
pakcik pun bukan terrer sangat melukis

Terima kasih Iman
kerana sudi izinkan pakcik mengkartunkan kamu
Sori la ya, jambul kamu tu pakcik jadikan lebih brutal lagi

Pakcik ni
agaknya
dah jauh sangat 'meninggi diri'
dengan segala pameran solo dalam dan luar negeri
dengan gah seni kontemporari yang nama pun hanya temporary
dengan festival, trienalle, biennale segala binawe layan setengah mati
dengan usapan kurator  dan galeri yang sedia tolong jaja diri ini
dengan belaian kolektor dan wang melimpah kerana karya dibeli
dengan simbahan populariti di serata media termasuk tv
dengan deretan anugerah punca segala megah diri
hingga pakcik pun dah semakin lupa
DIRI.

Terima kasih la Akib dan Amin
kerana mengingatkan pakcik
kenapa pakcik suka sangat melukis
masa kecil-kecil dulu




Ramadhan
Masjid USM


"Ni, salah ni. Lubang hidung saya tak la besar sangat macam ni Pakcik!"

2 comments:

  1. Betullah kata orang, sumber kesedaran itu tidak semestinya dari orang berilmu, tapi juga dari orang yang kerdil.

    ReplyDelete
  2. Setakat berpengetahuan, bukanlah dekat dengan kearifan, silap-silap jadi hijab yang tak berkesudahan. Selamat menemui kearifan dalam penyelidikan, duhai kawan.

    ReplyDelete

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...