Friday 28 September 2018

TITIK ASAL



Setiap kita bermula sebagai satu titik halus di atas dinding rahim ibu. Rahim itu maksudnya belas. Kita bermula sebagai titik dalam belas. Jom kembali ke titik itu.

Utk menjadi titik dalam belas, ibu-bapa kita mestilah dicipta, bertemu, berkasih & belas. Kasih & belas itu cahaya yg halus. Utk mereka bertemu, tersangat byk perkara mesti berlaku, yg perlu dirancang dgn amat teliti & tepat. Apabila cahaya kasih & belas kedua ibu-bapa kita bertaut, terhasillah kita, satu titik halus dlm belas atau rahim ibu. Sebab itu dimuliakan sbg cahaya mata. Dari cahaya, menjadi titik. Dari titik, perlu dirahimi atau dibelas selama 9 bulan utk menjadi gabungan unsur2 tanah, air, api & angin hingga bergelar bayi manusia. Sebab itu bila melihat bayi, kita rasa cahaya kasih & belas. Cahaya itu juga adalah asal kita.

Utk kita menjadi titik dlm belas, kedua ibubapa kita mesti dicipta, keempat2 atok & nenek kita mesti dicipta, moyang2 kita mesti dicipta, Nabi Adam mesti dicipta, bumi mesti dicipta, sistem solar mesti dicipta, galaksi bimasakti mesti dicipta & utk galaksi bimasakti dicipta, seluruh Alam mesti dicipta.

Seluruh alam mesti dicipta utk kita nenjadi satu titik belas atas dinding rahim ibu.

Seluruh Alam dicipta utk kita menjadi saksi yg mengalaminya, pd setiap titik, setiap detik sedar dlm hidup kita. Dalam tiap titik & detik, ada seluruh Alam.

Jika seluruh Alam perlu dicipta utk kita mengalami setiap sekarang, bagaimana kita mengisi setiap sekarang setiap titik & momen hidup kita ini?



Jom getarkan & bangunkanlah dlm sebutan 'Rabbil' alamin'.

Jom kembali kpd titik asal. 

Thursday 27 September 2018

Wednesday 26 September 2018

HARGA DIRI TINGGI

Balas yg paling osem adalah
....jaga harga diri takyah nak rendahkan dgn balas dendam.

LEPASKAN BENCI

Lu punya benci, berat la.
Buat penat nak angkat
Gua kasi lepas je.

Friday 21 September 2018

UDAH LE

Duhai,
Yg byk komplen je
Yg byk menengok je
Yg byk menghukum je
Yg byk menakutkan je
Yg byk cakap je
Yg byk marah je
Yg byk mengguna je
Yg byk mengambil je
Yg byk merisaukan je
Yg byk benci je

Udah le tu.

GEMAKAN BELAS 4

Gemakanlah BELAS. Kalau ada yg melatah bila mendengarnya, tinggalkan.

GEMABELAS 3

Duhai saka & baka angkuh yg enggan sujud, 

BELAS tidak boleh diracun, dilupus & dibunuh. ALLAH Maha Belas. 

GEMABELAS 2.

Teruslah gemakan BELAS. Yang datang, sambut sebagai kawan. Yang lari & hilang, relakan.

GEMAKAN BELAS

Jenis rupa manusia tapi ada saka baka iblis ni selalunya akan lari bila dengar gema BELAS.

Teruslah gemakan BELAS.

Thursday 20 September 2018

SILA BERAMBUS

Tinggi pelajaran
Rendah budi

Hebat bakat
Tak lekat berkat

Pengetahuan banyak
Adab digasak

Makan najis sendiri
baling pada orang

Sila berambus duhai toksik puaka

KESETANAN TAKKAN MENANG

"Hoii syaitan & para pengikut mu, kamu takkan dpt meracun &   belas aku." 

Selamat pergi Dudu anak Duma. Jgn lupa bekalkan syafaat. Kirim peluk cium buat Duma. Dudu sondollah dia mcm awak sondol abah. Abah dah penat nak sedih. Abah redha. 

Tapi kesetanan yg merasuk manusia celaka yg bertopeng takkan menang.

#gemaBELAS #BELASinsan #BELAShaiwan

ANGST LE KONON

I used to b an angry man. I was even encouraged by the label 'angst' as if its cool to b one. Then I met a wise person who told me,

"Anger is a punishment u give yourself for someone's else bullshit."

Now Im taking a pill everyday to stabilize my blood pressure.

Monday 17 September 2018

REMEDY FOR FEAR, RESENTMENT & ANGER.

My mind used to b infested with fear, resentment and anger, hiding behind what we normally labeled as intellect. Then a kind person gave me the remedy. They are called faith, acceptance & love.



JENIS JANGAN IKUT

Kecam dulu, siasat kemudian.

Rajin bercakap & berkarya tentang macam2 isu popular, malas utk tolong menyelesaikannya.

Bersuara cepat & kuat, membantu lambat & ketat. 

Cari salah orang pandai, salah sendiri tak sedar. 

Nampak mcm penyelamat, tapi diri sendiri pun tak mahu dirawat. 

Semua dia tahu, tapi takda satu pun dia lalu & kenal.

Jgn ikut jenis ni. Kalau ramai, jauhkan diri. Kirim doa. 

Sunday 16 September 2018

THE FALACY OF KNOWING, HAVING & THINKING

Too noisy in knowing
Too shallow in believing.
Too much of having
Too little of being.
Too thick in thinking
Too thin in emphatizing.

The remedy:
Be mindfull of knowing, having & thinking.

TAHU & PERCAYA

Awak ambillah 1000 orang yg tahu.
Saya cuma perlu seorang yg yakin & percaya.

TAHU & KENAL

Tak sama antara tahu dgn kenal.
Orang yg tahu, kuat fikirannya.
Orang yg kenal, kuat keyakinannya. 

YANG LEPAS

Yang lepas bukan hukuman seumur hidup. Ia hanya topik matapelajaran.

Friday 14 September 2018

HILANG & JUMPA DIRI

Nak jumpa (menyukakan) ramai orang, kena sanggup kehilangan diri sendiri.

Nak jumpa diri sendiri, kena sanggup kehilangan ramai orang.

Tuesday 11 September 2018

Sunday 2 September 2018

PERCAYA & JADI

Jom jadi saksi yg sedar akan 3 getaran kuantum - fikir, rasa, percaya. Agaknya, mana yg lebih mendasar, lebih halus? Adakah apa yg kita fikir dipengaruhi oleh apa yg kita rasa atau sebaliknya? Cuba saksikan fikiran dan perasaan kita sendiri, bukan org lain. Apa yg kita fikir & rasa dipengaruhi oleh apa yg kita percaya. Apa yg kita percaya dgn yakin, jadi. Ujian fikiran & ujian perasaan, tak sehebat ujian kepercayaan & keyakinan. Cakap teori guna ilmu buku dan ilmu tahu memang sedap goreng sampai hangit. Tapi ujian kepercayaan & keyakinan ini examnya dlm hidup bukan atas kertas. Itulah ilmu lalu. Setiap org ada exam masing2 ikut tahap atau makam dia.  May the force b with us. Sekian, petikan sembang dgn puan @nabila_shila



RAHMAT & BELAS

Rahmat & belas utk sesiapa jua yg baca & lihat gambar2 ini.



FOREST-BATHING

Forest-bathing can:
1. Boost the immune system
2. Increase energy
3. Decrease anxiety, depression & anger
4. Reduce stress & bring about a state of relaxation
(Dr. Qing Li. "Shinrin-Yoki: The Art & Science of Forest Bathing. How trees can help you find health & happiness", 2018)

Experience the healing Tree Top Walk, only 3 kilometers from #RumahTokCu #kebunDsedim.



BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...