Wednesday 29 August 2018

TOKYO KALI KE 4.

Throwback. Dah 3 kali ke kota ni, kali ni
bukan solo, tapi bersama 4 manusia yg aku kasihi. Tkasih semua yg kirim doa. Luv u ol.


SIKECIK BUDAK TOKYO.


Trowback. Dah jadi budak tokyo si kecik ni. Selamat sampai lapangan terbang Haneda, Tokyo. Alhamdulillah.

PERJALANAN UTK PELUK AMIRA



Throwback KLIA2 dlm perjalanan utk peluk Amira di Togane, Jepun.

HUKUM RESONAN




HUKUM RESONAN (GETARAN TENAGA DLM JULAT FREKUENSI TERTENTU)

1. Ada medan tenaga yg menghubungkan segalanya
2. Medan tenaga ini berkomunikasi dgn medan resonan
3. Kita membina medan resonan ini melalui kata2 perasaan dan melalui tenaga fikiran. Namun, paling ketara sekali melalui kepercayaan2 yg mendalam.
4. Kita menghantar (menggemakan) kepercayaan2 ini dgn degup jantung, DNA & kuasa fikiran.
5. Jarak mahupun masa tidak mempunyai apa2 peranan dlm mempengaruhi medan resonan ini
6. Kita bertaut dgn semua org & segalanya melalui hukum resonan.
7. Sesiapa dan apa jua yg masuk dlm resonan kita akan memberi reaksi kpd kita.
8. Sesiapa dan apa jua yg bergetar dlm resonan yg sama dgn kita akan tertarik masuk dlm hidup kita.
9. Begitu juga dgn kita, yg akan tertarik masuk ke dalam hidup org lain jika kita bergetar dlm resonan yg sama dgn mereka. 

Sumber: fibonaccifibonacci

4 (D.O.S E.) HORMON GEMBIRA




Dopamine
Oxytocin
Serotonin
Endorphins

Dopamine:
Badan kita renjiskan bila kita berjaya menyelesaikan sesuatu kerja, bila dihargai, bila rasa berjaya mencapai sesuatu, atau melepasi sesuatu cabaran. Ini termasuklah membesarkan anak2 menjadi anak yg baik dunia-akhirat.

Endorphins:
Badan kita renjiskan hormon ini bila kita eksersais, melakukan riadah fizikal, berkembara, berjenaka & ketawa.

Serotonin:
Badan kita renjiskan bila kita buat amalan baik dan tolong org lain dgn ikhlas tanpa harap balasan, terutama ibu-bapa, adik-beradik, saudara mara, jiran & rakan terdekat.

Oxytocin:
Direnjis bila kita merasa kasih sayang & belas, bila kita memeluk dan mencium org atau apa jua yg kita sayangi, terutama antara  ibu-bapa dgn anak2. Berjabat tangan dgn penuh mesra juga boleh merenjiskan oxytocin.

Moga diari hidup kita diisi dgn DOSE yg cukup.

Throwback trip peluk Amira di Togane, Jepun.

SELAMAT TINGGAL FUJI


Selamat tinggal Fuji, ada rezki kita jumpa lagi. Tkasih kerana sudi buka hijab awan utk nampakkan wajah mu. Kami terpegun & rasa kerdil serentak. Kembali ke Shinjuku & terus ke Nishi Chiba utk pekena udon daging halal yg power. Dlm keretapi sembang dgn pakcik Kenji yg separa high sebab baru balik kerja & bar. Selepas dia demo Tai Chi, Aikido & nyanyi lagu2 Beetles, kami lanjut ke Togane utk lepak di apartment @amirahasnul . Esok ke Narita, layan seni bina warisan Edo. Stand-by.




PRE-LOVED BOOKS AT AKIHABARA

Hunting pre-loved books in Akihabara.



TEMPURA HALAL TANPA SIJIL JAKIM.

Tempura halal dgn nasi, checked. Restoran kecil bernama Ginza Itsuki. Lenguh kaki menjejaknya. Cari brader ni.


I CREATE WHAT I SPEAK

'I create what I speak.' (btw, thats what harry porter's "avada kedavra" means in hebrew). Kun faya kun. Speak in peace & compassion dear bradah & sistah. The world desperately needs that.

HIJRAH KELUAR

Salah satu cara paling berkesan utk melihat dgn perspektif yg baru & segar adalah dgn berhijrah mengeluarkan diri dari sesuatu yg kita dah biasa & selesa.

Keluar ini termasuk dari segi cara berfikir & merasa.

Tuesday 28 August 2018

DETACHMENT & MERDEKA


'Detachment' bukannya mengasing & melarikan diri. Ia bermaksud bebas dari dimiliki, dijajah, dipenjara, dikuasai & dibelenggu oleh keadaan, nafsu, perasaan & fikiran.

Semua org sdg berada di tempat yg mereka perlu berada.

Yg penting,
Tak diperhambai oleh ego, tak terganggu oleh penghakiman, pandangan dan pilihan orang lain.

(Not enslaved by ego, not disturbed by other people's judgements, opinions and choices.)

MERDEKA!!

HANTU KAK LIMAH

Setelah penat dan stress bergelumang dgn segala jenis pemberat hidup seharian & isu2 semasa, ramai yg pergi menonton "Hantu Kak Limah".

Tahniah brader Mamat Khalid.

Oh ya, syabas buat "Pulang".


TAMAN MINDA. APA YG KITA TANAM DLM DIMENSI KUANTUM?

Garden of the mind. Apa yg kita tanam dlm dimensi kuantum, tumbuh dlm dimensi fizikal. Tonton dgn hati bersih minda jernih. 19 min yg harapnya mencerah. Moga kita peroleh pencerahan.

Doa & salam kasih.
https://youtu.be/B81GJF0iKp8

Monday 27 August 2018

Sunday 26 August 2018

ASLI DGN REPUTASI

Karektor adalah diri yg asli. Reputasi adalah persepsi org.

Jom fokus pada yg asli.

FOKUS PADA REZKI

Jom fokus pada apa yg kita akan perolehi, dari apa yg kita patut lepaskan.

Thursday 23 August 2018

MELIHAT DGN CARA BARU.

Ada yg mencari tempat baru utk melihat, ada yg melihat dgn cara yg baru.

BIADAP

Biadap adakah cara orang yg lemah tunjuk kekuatannya.

KASIH SEEKOR DUMA


Tak dapat mati sebelah aku, kamu mati sebelah kereta aku, walau dlm hujan. Kamu terkam sambut aku balik tiap hari. Kamu teman aku membaca, menulis, melukis, main muzik & menyanyi, siram pokok, kemas rumah, bersihkan sangkar.


Kamu duduk sebelah bila aku solat & berzikir. Kamu tunggu aku bagi makan & minum dgn patuh, tanpa bising mengiau.


Kamu suka mengadap aku, renung aku dgn tajam tanpa perlu dibelai-belai. Dalam renungan anak mata kamu itu ada pancaran kasih yg sering memulih & merawat jiwa aku. Kamu tidak merenget bila sakit. Aku zikirkan 'good cat, healthy cat, beautiful cat, bawa rezeki cat, bawa kasih sayang cat, bawa kesihatan cat' tiap kali menyisir bulu kamu.




Kamu jadi kawan baik arwah bapak yg kamu sayang sewaktu dia menjaga kamu. 12 tahun kamu bersama aku. Dari kecil sampai kamu tua. Kamu telah mengajar aku & keluarga aku erti kasih, taat, setia yg tak bersyarat. Kamu jadi inspirasi belas utk aku, penebat aku dari segala toksik manusia, pemulih jiwa aku.


Kini ini kamu dah takda. Tapi aku rasa kasih kamu bergema pada tiap haiwan & alam yg tidak dinoda kejahatan manusia. Selamat bersemadi Duma ku. Selamat bermanja-semula dgn arwah bapak. Aku redha kamu pergi. Kamu kucing baik, kucing syurga. Kamu lekat dlm hati aku buat selamanya.


Tuesday 21 August 2018

PANDAI CAKAP, DENGAR BAIK2

Orang yg pandai, banyak cakap.
Orang yg baik, banyak mendengar.

Pilihlah nak orang apa.

DIAM

Bila sesak,
DIAM.


Asakusa, Tokyo.

HAIKU DI NARITA

HAIKU
H
e
m
b
u
s
a


k
a
m
u
    k
    u

    s
    e
    d
    u
    t

    b
    i
    s
    u

           kebunjiwahalus2018
           Narita.


Kita hembus, dia sedut. Dia hembus, kita sedut. Dia musnah, kita punah. Nak hadam yg tu, bukannya susah. 'Romantisme' , 'cliche' dll muntah kata adalah tanda2 sembelit minda yg telah hilang upaya kekaguman (awe) bila berada dlm pelukan belas alam. Kelestarian adalah penzahiran kosmologi rohani, satu pertautan kuantum yg halus. Sohail Inayatullah mengusulkan spiritualiti sebagai "the forth bottom line." "Asia's colossal crisis of the modern age is one of sustainability, of which a crisis of ecology, a crisis of justice, a crisis of compassion and a crisis of spirituality are all a part." Can we create "feasible pathways to sustainable futures in which Nature is protected and nurtured, and where creativity, imagination and active happiness are promoted and sustained by compassion, dialogue, justice and harmony?"

ANUGERAH & KEAJAIBAN

Anugerah & keajaiban utk seorang suami & bapak yg byk defisit.



CAHAYA ATAS CAHAYA

Satu petang di hutan Sengen, Allah tempiaskan cahaya. Ia hanya boleh diungkap sebagai rahmat yg meliputi segala & kasih sayang abadi.




BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...