Tuesday 19 June 2012

LAKARAN AWAL UNTUK HARGA SEBUAH MARUAH

Lakaran-awal untuk pentas dan sekuen dinding video teater "Harga Sebuah Maruah". Hasnul J Saidon, 2011.

Dinding video dan rekabentuk pentas teater "Harga Sebuah Maruah", Hasnul J Saidon, Sahmsul Ikhmal Mansori, Anderson Ee, Afzanizam, Husni, Adi, Izrul, Rosli, (c) Hasnul J Saidon & MGTF USM,  2011.


Kepada para pelajar yang dikasihi, canggih macam mana sekalipun gajet yang kita miliki (komputer ke, sebarang software ke, underware ke, tupperware ke), yang pasti, cara terbaik membenihkan getaran ide awal dari minda ke alam zahir adalah dengan MELUKIS.

Ilmu 'melukis' janganlah ditinggalkan, atau dipinggirkan, atau dilayan acuh tak acuh. Kalau rasa ilmu melukis tu tak berapa cukup akil baligh lagi, bawak-bawaklah taubat seni, pi cari tok guru yang berkelayakan berikan jalan. Janganlah prasan. 

Lepas ni, janganlah bawak badan dan mulut je, sambil terkumat-kamit menabur janji-janji mulut yang manis, "saya nak buat macam ni, macam tu, begini, begitu". Lebih afdal dan menjimatkan jika diLUKISkan ide tu. Tak larat saya nak layan gambaran yang disampaikan menerusi kata-kata yang keluar dari mulut. Lainlah kalau bercita-cita nak jadi tukang karut.

Di atas ni antara contoh 'LUKISAN' awal saya (dipanggil lakaran awal) untuk rekabentuk pentas teater "Harga Sebuah Maruah". Saya boleh taburkan ide dengan kata-kata je pada pengarah teater, mahupun penerbit, sebab mereka tahu saya boleh tunaikan. Lagipun, sekarang ni ada macam-macam teknologi yang boleh bantu. Tapi semua tu tak sama dengan membentangkan ide-ide awal dalam bentuk lakaran awal yang hadir dari getaran minda yang asli. Tenaganya membawa frekuensi yang jauh lebih dekat dengan semangat dan jiwa. Bila dikongsi (disebar atau di'viral'kan) pada rakan-rakan yang sehati-sejiwa juga (seperti saya dan rakan-rakan di MGTF USM), ia membenihkan hasil yang inysaAllah.....membawa kebaikan.

Setelah melalui denai frekuensi lakaran awal, nak disusul dan nak guna teknologi canggih apa pun, lantaklah, buatlah.

Rujukan lakaran awal tersebut datang dari tinjauan di lapangan, di Padang Benggali, Seberang Prai, Pulau Pinang, bukan dari sumber yang di 'googlekasi'. 

Jika nak tengok visualnya, sila klik :


Hasil akhir dan ulasan tentangnya boleh dilihat dan dibaca di sini :

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/ingatan-tragis-tentang-longgokan-tanah.html

Silalah 'kutuk' kalau sudi. Ianya digalak dan dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...