Tuesday, 19 June 2012

ALOY DI KEBUN RUPA


Dia ni tak jemu ziarah saya. Nama dia Aloysius Yap, orang muda Cina Sarawak asal dari Betong. Orangnya esentrik, kreatif. Dulu, angin dia kuat dan panas, tapi sekarang mungkin dah berusia sikit, dia tenang.
 
Aloy bekas pelajar saya di UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dulu. Semasa tahun akhir, dia buat animasi berdasarkan watak 'Rentap' yang ikonik di Sarawak. Semasa menunaikan penyelidikan untuk ijazah sarjana di Universiti yang sama, dia buat tentang animasi juga. 

Bila ada bekas anak murid ziarah, hati jadi sejuk, mulut mentasbihkan syukur.  

Aloy ni ada getar 'passion' yang kuat, dan tempiasnya meninggalkan banyak kesan positif pada para pelajarnya.  Pada yang bertentang frekuensi dengan dia, mungkin tempiasnya negatif.

Dia pernah mengajar di beberapa tempat, termasuk Universiti Limkokwing. Kini, dia mengajar di Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR. 

Sekarang dia sedang mengusahakan projek animasi terbaru dia, juga ada kaitan dengan watak mitos, kali ini di Johor. 

Terimakasihla Aloy sudi singgah lagi. Saya tunggu pameran solo dan tayangan animasi saudara di MGTF USM.



2 comments:

  1. Dear en hasnol, blessing to have u as mentor last time.now someone to share with, thinking, ideology and movement. En hasnol cam mana get the infor for my exhibition at the museum?

    My email, kilikulu_2004@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Work with MGTF USM team there, lead by Afzanizam (curator). They are the best! MGTF USM is also on fb.

      Delete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...